Ini bukti pembangkang sekarang paling lemah dalam sejarah

 



Pembangkang dilihat menggunakan helah dangkal untuk menang pilihan raya sekaligus bukti blok oposisi paling lemah dalam sejarah amalan demokrasi di negara ini.

Pemerhati politik, Liyana Marzuki berpendapat pembangkang menggunakan politik hanya mahu berkuasa bukan untuk membina negara.

“Tak payah nak tunjuk pandai bekerja, atau polisi dan inisiatif mana yang baik untuk semua.
Cukup dengan trick trick dangkal, selagi boleh menang.


“Bila dah menang, RUU 355 pun lupa. Marah bila ditanya. Judi naik suka hati, Jana Wibawa dibuat jadi tabung parti.

“Pembangkang paling lemah dalam sejarah, ternyata belum cukup layak untuk memerintah,” katanya lagi.

Kenyataan Liyana itu sebagai mengulas dua cadangan dangkal pemimpin Pas dari blok Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi pilihan raya.




Pertama, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri menggesa mereka yang berdaftar sebagai pengundi di negeri lain tetapi menetap di Selangor supaya segera memindahkan alamat undi ke negeri itu.


Bercakap pada sesi dialog bersama media dan Program Iftar Ramadan di Pejabat Perhubungan Pas Selangor, 13 Mac lalu, Ab Halim penduduk perlu mengundi di negeri itu kerana fokus Pas sekarang adalah untuk menang di Selangor.


Kedua, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim pernah mencadangkan agar barisan kepimpinan sayap itu mempertimbangkan perkahwinan merentas kaum atau budaya sebagai satu strategi politik.


Cadangan itu dilontarkan Aubidullah tahun lalu pada sesi perbahasan di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 di Kompleks Al-Makmur di Kerdau, Temerloh, Pahang.


Menurutnya, cadangan tersebut dijangka mampu meningkat sokongan masyarakat bukan Melayu dan kaum-kaum lain, sekali gus meraih undi tambahan.


“Bila kita berkahwin merentas kaum atau pun budaya, kita bukan sekadar boleh menangkap satu undi, tapi Insya-ALLAH meraih ratusan undi,” kata Aubidullah lagi.







No comments: