𝗞𝗥𝗢𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗟 𝟭𝗕𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜𝗡𝗘𝗧 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟰𝗕𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡


✍️  Ahmad Mursi





𝟮𝟬𝟬𝟵 - Muhyiddin dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga tahun 2015.


𝟮𝟬𝟭𝟬 - TM mula perkenal Unifi dan Fibre Optic dengan Internet lebih laju dan lebih stabil untuk penggunaan intensif.


𝟮𝟬𝟭𝟭 - Kontrak RM4.077 bilion 1BestariNet diberi kepada YTL menggantikan SchoolNet oleh TM untuk sediakan Internet berkelajuan tinggi 4G di 10,000 sekolah.


𝟮𝟬𝟭𝟭-𝟮𝟬𝟭𝟲 - 'Fasa 1' bermula dengan sambungan Internet yang tidak stabil dan penggunaan Frog VLE yang rendah. Pemasangan menara telekomunikasi di sekolah turut timbulkan kontroversi berkaitan bahaya radiasi terhadap anak2 kecil di sekolah.


𝟮𝟬𝟭𝟯 - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berjanji dalam kempen PRU13 untuk batalkan projek ini jika menang kerana disifatkan ini 'perjanjian kroni' dan tidak telus serta gagal capai objektif.


𝟮𝟬𝟭𝟲-𝟮𝟬𝟭𝟵 - Kontrak diperbaharui untuk 'Fasa 2' sehingga Jun 2019. Pelbagai isu masih berterusan termasuk kelemahan infra, internet lemah, kos tersembunyi ditanggung kerajaan.


𝟮𝟬𝟭𝟵 - Laporan Audit Negara dedahkan (1) Kos tersembunyi caj Elektrik RM41juta di 2,715 tapak sekolah tidak dibayar dan ditanggung oleh sekolah (2) Penggunaan Frog VLE hanya 0.01% hingga 4.69% guru, pelajar dan ibubapa (3) Sambungan Internet gagal capai kelajuan yang memadai.


𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟵 - Kontrak ditamatkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee yang akhirnya jadi punca beliau dipecat atas desakan Muhyiddin. 5 sebab diberikan (1) Kos Tersembunyi (2) Hilang pendapatan sewa komersial tapak menara (3) Perlaksanaan fasa 2 lemah (4) Syarikat tidak berupaya guna teknologi terkini (5) Kualiti internet teruk. Perjanjian juga dikatakan berat sebelah. YTL dakwa KPM langgar obligasi kontrak 15 tahun tetapi dinafikan KPM.


𝟮𝟬𝟮𝟰 - SPRM mula menyerbu, menyita dokumen dan siasat berkaitan tuntuan palsu RM2.7 bilion YTL. Ramai Guru-guru merasa lega kerana akhirnya hal ini disiasat.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/946339914199398