KENAPA TESLA BATAL RANCANGAN BUKA KILANG DI MALAYSIA?


Adrian Lim Chee An. 





Jawapan mudah, sebab faktor China.


Jawapan panjang, ini dia...


Sebelum munculnya China dalam industri EV, Tesla (Amerika) adalah jenama yang diwar-warkan oleh media barat sebagai "global industry leader".


Ini bukan perkara baharu. Amerika sememangnya sentiasa mahu menonjolkan diri sebagai "global leader" atau "global big brother" dalam semua benda.


Semua benda dia nak jadi nombor satu. Orang lain tak boleh.

Dia je betul. Orang lain semua tak betul.


Sama ada dalam EV, ataupun kini, cara pengiraan kedudukan tangga Olimpik, Amerika sentiasa mengubah "the rules of the games" untuk memberi kelebihan kepada diri. Itulah sikap Amerika.


Pada masa yang sama, dalam diam-diam, selain sukan, China telah memajukan diri dalam industri EV untuk bersaing di pentas dunia.


Dalam Olimpik, seperti yang kita lihat pada hari ini, China telah mendahului Amerika dalam jumlah pingat emas. China nombor satu, Amerika nombor dua.


Dalam industri EV pula, pada hujung tahun 2023, BYD China telah berjaya mencatat jualan kenderaan EV melebihi Tesla Amerika buat kali pertama dalam sejarah.


Dunia barat terkejut.


Elon Musk, ikon Tesla yang begitu tersohor telah tewas kepada BYD China yang mana siapa ikon atau siapa bos BYD pun kita tidak tahu.


Olimpik, pun kalah pada China.


Susulan itu, pada pertengahan tahun 2024, Amerika seperti "sore losers", telah membuat keputusan melaksanakan tarif ke atas EV dari China supaya EV BYD China menjadi lebih mahal di Amerika, sekaligus memberi kelebihan kepada Tesla.


Sama lah dalam Olimpik. Oleh sebab Amerika ketinggalan dalam jumlah pingat emas, maka Amerika pun pakai cara lain membuat pengiraan. Amerika kira sekali jumlah pingat perak dan gangsa supaya nampak melebihi China.


Dalam kes mengenakan tarif ke atas EV China pula, keputusan itu tidak menggugat BYD. Syarikat-syarikat besar seperti Uber masih memilih BYD kerana faktor kos.


Dalam kes menukar cara pengiraan kedudukan tangga Olimpik, satu dunia menggelak Amerika sebab mengambil kira jumlah perak dan gangsa.


Tesla kini dilaporkan tidak jadi buka kilang di Malaysia. Selain Malaysia, niat membuka kilang di Thailand dan Indonesia pun terbatal.


Itu yang berlaku.

Itu yang fakta.


Dalam pengamatan saya sepanjang berlakunya perkara-perkara ini, kehadiran Elon Musk di Chima, kemudiam Indonesia, disusuli pengumuman tentangan rancangan Tesla di Thailand dan Malaysia seolah-olah cuma angin dan "publicity stunt" di Asia Tenggara.


Ianya dibuat untuk menaikkan nama Tesla Amerika yang sedang kecundang dalam persaingan dengan BYD China.


Kemungkinan besar, Tesla memilih Asia Tenggara sebagai strategu untuk "menyerang" BYD China di kawasan yang lebih dekat dengan China. "Attack your competition closer to home". Maka Asia Tenggara dipilih.


Tetapi publicity stunt itu tidak berjaya. Sebaliknya BYD semakin hari semakin kuat.


Maka Tesla pun membatalkan niat itu dan mengubah "marketing strategy". Mereka fokus pasaran China dan Amerika Syarikat.


Kita sebagai negara Asia Tenggara yang dikenali di seluruh dunia sebagai negara-negara ramah di mana rakyatnya sentiasa senyum, kita terbuka je jika orang nak datang. Kita bagi salam. Kita bagi senyuman manis.


We welcome you, Elon Musk and Tesla.


Tetapi jika mereka mengubah strategi dan tidak lagi memandang ke Asia Tenggara, takpelah.


We have nothing to lose pun sebenarnya.


Jiran dekat kita China.


Kebangkitan China di pentas dunia ini memberi kelebihan kepada Asia Tenggara yang sebelum ini dipandang oleh dunia barat sebagai tidak kaya, tidak bijak, tidak maju, tidak bersih, tidak berdaya saing.


Semua yang buruk, kene pada kita kat Asia Tenggara.

Semua yang betul, dituntut habis oleh barat.


So, now is the time. Takkanlah dunia barat je sentiasa betul sentiasa ke depan? Kan? Takkan lah dunia timur ni tak mampu sampai selalu kene belajar atau tabik dengan dunia barat je?




No comments: