π¦ππππ‘π ππ¨π‘ πππππ‘π§ππ‘ π£ππ ππ₯πππ‘ π§ππ₯π¨ππ‘π¬π 'πππ₯πππππ‘ ππ¦πππ ' π©ππ₯π¦π π£ππ¦ πππ‘π
βοΈ Ahmad Mursi
1. Hampir kesemua soalan lisan berkaitan kebajikan rakyat oleh Adun Kota Lama, YB Dr Hafidzah tidak dijawab. Beliau hanya terpaksa mencelah melalui soalan tambahan.
2. Adun Perpaduan hanya dua orang tetapi Kerajaan Negeri tidak berani menjawab soalan.
3. Ini ke ketelusan 'Kerajaan Islam' yang PAS dakwa boleh hapuskan dosa pengundi2 mereka itu?
4. Di Terengganu saya yakin hancur terus. Kerajaan boleh buat sesuka hati dan tiada wakil untuk 'check & balance'.
5. Jika Exco Kelantan jawab sekalipun seperti acuh tak acuh. Tidak kurang juga Exco yang BERBOHONG.
6. Bila ditanya oleh Adun Galas sama ada Kelantan pernah menerima geran atasi bekalan air atau tidak, Exco menjawab TIDAK PERNAH.
7. Walhal Tuan Ibrahim semasa menjadi Menteri menjawab di Parlimen bahawa Kelantan telah menerima RM166juta.
8. Siapa sebenarnya berbohong dalam dewan? Exco PAS Kelantan atau Menteri Tebok Atap PAS? Tak ada whatsapp group untuk selaraskan pembohongan ke?
9. Bahkan Tuan Ibrahim pernah jangka dengan bantuan pusat, rakyat Kelantan akan dapat air bersih dalam 30 ke 40 tahun lagi!
10. Kerajaan pusat juga telah hapus kira hutang RM678juta semasa Kelantan sertai migrasi air.
11. Inilah hasilnya bila kerajaan yang dipilih hasil dari indoktrinasi yang salah atas nama agama. Kononnya itu 'kemenangan Islam' dengan menaikkan pemimpin yang tidak kompiten.
12. Walhal itu bertentangan dengan kehendak Islam dan Maqasid Syar'iyyah yang meletakkan kompitensi (Qawiy) syarat Nombor Satu dalam memilih pemimpin.
No comments:
Post a Comment