POLITIK MATANG DAN SEJAHTRA UNTUNGKAN KELANTAN



Politik matang dan sejahtra yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Nasaruddin Daud sebagai Menteri Besar terus memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negeri itu. 


Kesan utama yang diperolehi dari politik matang dan sejahtra,  kerajaan Pas Kelantan berjaya mengurangkan keteganggan dengan pusat dan membina perpaduan ummah. 


MB Kelantan Nasaruddin Daud ketika berucap sebagai mengalu alukan kunjungan perdana menteri ke Kelantan pada majlis Raya Madani, memberi janji dan menggesa rakyat agar berpolitik lima tahun sekali dan bukan berpanjangan seperti sebelum ini. 


Menerusi pendekatan ini aktiviti politik tidak diteruskan seperti diamalkan sebelum ini, di mana rakyat Kelantan berpolitik sepanjang masa sehingga menyukarkan hubungan kerajaan negeri dengan pusat. Formula Nasaruddin itu telah membawa hasil segera dan lumayan, menggembirakan rakyat Kelantan seleuruhnya. 


Kesan daripada pendekatan Nassaruddin itu kerjasama pusat dibawah pimpinan Anwar Ibrahim memenuhi segera keperluan kerajaan Kelantan termasuk meluluskan peruntukan bernilai berbillion ringgit untuk Kelantan,  di mana situasi itu tidak terjadi sebelum ini hatta sewaktu Pas dalam kerajaan.


Antara perkara terdesak bagi Kelantan ialah pembinaan tebatan banjir, menyelesaikan masalah mendapat air bersih dan kemudahan asas lain. Terbaru kerajaan pusat bersetuju mempertimbangkan untuk menyambung landasan keretapi laju ECRL dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang mungkin akan ke Bangkok, Thailand.


Dan sesuatu yang mungkin belum diumumkan, ialah kerajaan pimpinan Anwar juga bersetuju meluluskan peruntukan RM70 juta untuk pembinaan sekolah tahfiz di beberapa jajahan di Kelantan.  Peruntukan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan Madani dibawah pimpinan Anwar mengambil serius tetantang pendidikan Islam di negeri itu.


Jelas dasar dan pendekatan politik yang diambil Nassaruddi telah memberi keuntungan kepada negeri dan rakyat Kelantan dan disambut baik oleh Anwar. Nampaknya Nassaruddin benar-benar merealisasi politik matang dan sejahtra bukannya setakat retorik. Trims.