DENGKI?
Penat lelah bekerja bertungkus lumus di KKM tidak pernah saya harapkan balasan dunia. Tapi bila penglibatan saya menjadi pelatih kepada doktor-doktor pakar dipersoal, saya sangat sedih. Ada suara-suara sumbang menyatakan doktor di KKM hanya tahu bekerja, bukan mengajar.
Tahukah anda semua kami hari-hari melatih, mengajar sambil bekerja?
Golongan kayangan ini DENGKI? Mengapa? Kami tidak buat apa pun! Berilah kami peluang terus melatih doktor-doktor pakar. Berilah peluang doktor-doktor muda menjadi pakar dengan laluan parallel, iaitu latihan dibawah pengawasan KKM dan peperiksaan luar negara (duit sendiri). Doakan kami dapat teruskan parallel pathway ini untuk menghasilkan lebih ramai pakar di negara kita.
Hina sangat ke kami di KKM?
Rafidah Abdullah