KISAH PEMOTONG RUMPUT


 Sedih baca posting asal Puan Lynd Abu Bakar , mengisahkan tentang seorang pakcik yang selalu potong rumput rumah dia follow up untuk dtg potong rumput lagi sebab tak ada job.




Been there done that. 


Aku buat servis potong rumput ni zaman2 kejatuhan business dulu, umur 21 - 22. Mesin rumput tu disponsor oleh wife aku Aimi Shahirah Mazli , hasil dapatan BR1M & biasiswa MARA beliau, masa tu masih girlfriend lagi, apa yang dia syok sangat dkt aku pon aku tak faham, belajar tak kemana, business kelaut, tapi dia cakap dia mmg suka lelaki tall dark handsome, mungkin sebab itu la. Masa tu dia belajar medic, aku pula tukang kebun full time. 


Buat servis potong rumput ni memang penat, malam tidur tangan mengigil sebab vibrate mesin rumput tu. Sepanjang dekat setahun buat kerja ni macam2 pengalaman aku lalui. 


Job pertama aku di Jalan Askar Kg Melayu Majidee, anak tuan rumah tu namanya Fatin. Bayangkan, baru job pertama aku dah kena musibah, ada batu terpelanting menyebabkan cermin kereta aku pecah, dan cik fatin ni tlg bayarkan kos tukar cermin kereta aku RM100 tanpa mengurangkan upah potong rumput RM80. Aku pernah cari dia tapi tak jumpa, yg aku tahu dia kerja di Aeon Tebrau 7-8 tahun lepas. Kalau ada sesiapa kenal boleh sampaikan pada aku, aku nk byr semula 10x ganda apa yg dia bayarkan utk aku dulu.  


Pernah sekali potong rumput rumah terbiar corner lot, semak samun memang paras pinggang, aku terlibas anak ular warna hitam, aku diamkan saja sebab dah nak Maghrib. Selang 10 minit aku rasa betul2 mendung belakang aku, bila aku pusing ada ular berdiri lagi tinggi dari aku, tinggi sampai aku kena mendongak untuk bertentang mata dengan dia, kepala dia mengembang dan aku pasti ianya adalah ular tedung selar. Aku pandang bawah nak pastikan betul ke ular atau jin, dia memang berdiri betul2 pacak dengan ekor dia. Masa tu aku dah fikir ini hari terakhir aku, masih segar dalam ingatan jeliran lidah ular ni dengan bunyi SLRRPP beliau. Aku istighfar dan aku beritahu dia, "Aku minta maaf, aku tak sengaja bunuh anak kau, aku cuma cari rezeki dekat sini, tolong lah pergi, aku betul2 minta maaf". Ular tu terus rebahkan badan dia dan berlalu pergi. Aku sambung potong rumput, takut ada, syukur pon ada, yg penting nak kena habiskan potong rumput kalau tak payment tak dapat. 

 

Dari kerja potong rumput ni juga aku kenal siapa orang betul2 kaya dan buat2 kaya. Selalunya potong rumput rumah2 kampung ni disediakan air manis sejuk, goreng pisang, dan dibayar lebih daripada harga yang diberi. Kalau bulan puasa dibungkuskan lagi makananan berbuka. Potong rumput rumah2 banglo, rumah2 yg ada swimming pool, rumah2 dato datin, jangan kan air, harga upah pon diminta diskaun lepas siap. Siap merayu nk minta kurang rm20. Sedih kan? 


Walau apa pon, buat kerja potong rumput ni memang penat tapi takdalah teruk mana, dulu aku fulltime boleh buat 4k-5k sebulan, sehari 2 rumah dah boleh dpt rm200-rm300. Klau 3 - 4 rumah boleh dpt rm500 sehari. Kemuncak karier aku sebagai pemotong rumput professional ni pernah dapat rm8k-10k sebulan sebab aku ambil job2 kilang, rumah2 flat dan taska. Aku gajikan 2 pekerja rohingya dan aku pon buat kerja sama2. Tapi aku buat proper, ada resit, aku ambil details customer tulis dalam buku log, aku yang buatkan schedule tarikh bila next service, 2 hari sebelum aku hantar mesej reminder. Dan bila aku dah buat business lain, aku pass je buku log yg ada job 10-12k sebulan dekat pekerja Rohingya aku. Dapat la sorang 5-6k sebulan, pekerja rohingya tu siap nak bg aku comission tapi aku tolak sebab nak fokus business baru aku masa tu. 


Aku pon tak faham kenapa generasi sekarang lebih memilih buat grabfood & foodpanda yang nak dapat rm100 sehari pon susah sedangkan kerja potong rumput ni 1jam+ dah boleh dapat rm100. Modal petrol rm2, tali tangsi. Untuk job rm100 modal rm3 - rm5 sahaja termasuk plastik sampah, selebihnya modal kudrat saja lah. 


Tapi di ingatkan kerja potong rumput ni jangan dijadikan karier, cukup sekadar 'transition' jika kau hilang kerja / business down. Sedikit penat, tapi income lg tinggi dari fresh grad degree. Zaman potong rumput umur 21-22 aku konsisten menyimpan 1k-2k sebulan, sebab masih bujang. Modal simpanan tu aku mula perniagaan yg aku usahakan hari ini. Berfikir cara 'entrepreneur', bukan 'self-employed'. 


Orang selalu kata zaman susah tu pengalaman berharga, tapi pengalaman tu hanya akan jadi berharga bila kau dah keluar dari kesusahan tu, kalau kau masih susah dan tak berusaha utk keluar dari kesusahan, itu bukan pengalaman, itu kegagalan. Masa susah tu perit dia kita je yg tahu. Tapi semasa kita sedang harungi tu jangan di anggap kesusahan, anggap ianya sebuah perjalanan.  


Aku juga nak ambil kesempatan ini utk berterima kasih kepada semua pakcik makcik abang kakak yg support aku zaman potong rumput, bagi duit lebih, bagi makan bagi minum, aku ingat dan aku doakan kalian dimurahkan rezeki dunia akhirat. 


P/s; 


Gambar 1 - conversation pakcik potong rumput 


Gambar 2 - zaman aku carry nama Ali, tengok lah gambar aku dulu, bangla potong rumput naik beskal pon dtg kt aku cakap bangla la, merayu2 dia minta maaf bila aku bagitau aku melayu. 


Gambar 3 - Alhamdulillah, masih mesin rumput yg sama, mesin rumput hadiah ex-gf, mesin rumput cari rezeki & cari modal meniaga, cuma sekarang potong rumput di rumah sendiri di pagi hari minggu.


Utk warga Johor yang terbaca post ni, tlg sampaikan kalau sy boleh jumpa semula  Fatin, no rumah x ingat, rumah kampung di jalan askar/jalan tentera kg melayu majidee, jb. Sy nk hadiahkan dia 10x amount (RM1000) dia sedekah utk saya 8 tahun lepas. 


#MENCARIKAKFATIN



No comments: