PMX DIMAJLIS MENERIMA SUMBANGAN PALASTINE













 Alhamdulillah. Kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta.


Sayugia, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, dan sekalung penghargaan diucapkan kepada syarikat berkaitan kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam.


Pastinya, tabung ini akan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini.


Saya singgung hasrat tersebut pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP seraya diapit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.


Di sebalik hasrat murni mengutip derma bagi rakyat Palestin, hubaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing.


Seharusnya, mereka perlu lebih telus dan lebih bertanggungjawab dalam penyaluran tabung kemanusiaan ini.


#MalaysiaMADANI