Alhamdullilah, saya berkesempatan makan tengah hari bersama warga penduduk sekitar Putrajaya di kafeteria Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya seraya diapit Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama), Datuk Dr. Mohd Nai'im Mokhtar.
Dalam kesempatan yang sama, turut dilancarkan Projek Usahasama Akademik Pensijilan Maqasid Al-Shariah serta Tabung Palestin seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Saya kemudian menunaikan Solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah yang diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar Mohamad.
Moga hari penuh keberkatan ini membawa manfaat kepada kita semua, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI