GAMBAR GAMBAR PMX DI NANNING. -EXPO CHINA ASEAN












 Tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Sewaktu berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan untuk China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama para pemimpin ASEAN yang lain, saya singgung kepentingan kebersamaan rantau ini dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini.


Apakala ASEAN diramai menjadi antara benua yang pantas membangun tahun ini, adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar.


Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19, hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, serta memastikan pergerakan barangan dan perkhidmatan yang lancar.


Justeru, kemasukan rundingan yang termasuk bidang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital, teknologi hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna, dan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) diharap dapat memastikan perjanjian itu kekal relevan dan berwawasan.


Berkenaan Belt and Road Initiative (BRI)oleh China, saya singgung akan kepentingan usaha itu dalam mengukuhkan hubungan antara rantau ASEAN dengan negara itu, selain kesemua negara lain yang terlibat dalam BRI, sementelahan meluluk kesalinghubungan dan peluang pertumbuhan baharu merentasi rantau ASEAN, Asia Pasifik, Afrika, serta Eropah Timur dan Eropah Tengah.


Saya kemudian merasmikan Pavillion Malaysia, di mana sebanyak 107 syarikat Malaysia telah membuka gerai mereka untuk mempamerkan produk terbaik masing-masing.


Moga ekspo ini membawa pulang dan mampu melonjak lebih banyak pelaburan serta perdagangan untuk dimanfaatkan ekonomi negara pada masa hadapan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#20thCAEXPO