Suratan atau kebetulan ? Kebetulan pun bukan tapi kelemahan. Banyak kali dah cakap ...dia memang lemah. Tapi PMX simpan lagindia.Ingat tak mau henta..Tapi macam tu juga.





Norman Radzuan.


Kelmarin saya bertanya bagaimana infografik Shahir dari pihak pembangkang boleh ditayang ketika debat antara Rafizi dan Shahir. Selalu di pihak kerajaan apatah lagi Menteri mempunyai advantage utk tujuan tersebut.


Pertama tidak pernah berlaku debat menunjukkan infografik kerana kebiasaannya pendebat akan berhujah secara spontan. Seolah penerbit sudah dimaklumkan apa yg ingin dihujahkan.


Adakah ia satu kebetulan atau suratan? Malam tadi jam 1-2 pagi ( jika tidak silap) ketika di dlm bilik sambil berehat di kerusi malas, saya terkejut apabila Ustaz Azhar Idrus muncul di Astro Oasis. 


Setahu saya ( maaf jika saya silap )sekian lamanya UAI ‘tidak dibenarkan’ muncul di mana2 siaran TV kerana ia dilihat pro kpd parti politik tertentu. Bagaimana ia boleh berlaku? 


Benar ceramahnya berkisar soal jawab agama tetapi lazimnya mana2 Guru yg terlibat dgn politik tidak dibenarkan muncul di kaca TV. Seolah olah dlm kerajaan atau tiada lagi guru2 agama yg mempunyai akademik atau bertauliah utk rancangan tersebut. Apakah lulusan UAI?


Selebriti Ustaz apabila ia muncul di TV ia akn mempengaruhi masyarakat bahawa Ustaz tersebut wajib ditaati. Jika diikutkan ramai lagi Ustaz2 selebriti boleh muncul… 


Hari ini Sanusi dlm kempennya mengutuk RTM tidak memberi ruang kpdnya. Katanya nasib baik ada Astro Awani… entahlah adakah ia satu kebetulan atau suratan? Saya mantan org media, rasa mcm tak kena… tak apalah kita fokus saja pada PRN esok… nanti2 lah kita tengok2 kan kebetulan2 nya.