MEREKA INGAT NAK BENTUK KERAJAAN MACAM MAIN PONDOK PONDOK..

 


Tersebar cerita kononnya PN dah dapat 126 kerusi. Dah cukup jumlah nak bentuk kerajaan. Agaknya dorang ni anggap bentuk kerajaan macam main pondok-pondok. Boleh ikut suka je.


Sebenarnya setakat cukup SD belum boleh jatuhkan PM yang ada. Cara yang boleh cuma dengan buat undi tak percaya di parlimen. Bukan dapat SD, bawa jumpa YDP Agong terus dilantik jadi PM.


Dan kedua, sekarang ada akta anti lompat parti. Jadi tak boleh sesuka hati nak tukar sokongan. Dan ada MoU yang mana kalau undi selain dari yang dipersetujui parti akan sebabkan hilang kerusi.


Jadi perlu ada PRK di parlimen tersebut. Sokongan mereka terhadap Mahiaddin takkan beri apa makna hinggalah mereka berjaya menang semula di kerusi mereka itu. Itu pun kalau boleh bertanding.


Jadi jalan ceritanya rumit. Bukan semudah berita yang tersebar. Boleh tak berlaku? Memang boleh. Tapi mudah ke nak berlaku? Tidak. Sangat sangat sukar. Ada ke MP yang sanggup hilang kerusi demi nak angkat Mahiaddin jadi PM? MP BN pulak tu.


Jadi aku lebih percaya berita ini sengaja disebarkan hanya sebagai maajun buat penyokong PN yang kini semakin hilang semangat. PN semakin hilang taring ditambah lagi dengan akaun yang disita oleh SPRM, langkah mereka semakin longlai.


Sedangkan PRN sudah semakin hampir. Kalaulah masalah semangat penyokong PN yang semakin pudar ini tak diatasi, PN akan masuk ke PRN dalam keadaan paling lemah.


Sebab itu disebarkan cerita ini. Kononnya selepas PRN akan ada kerajaan baru. Kenapa lepas PRN? Kenapa bukan sekarang? Sebab mereka perlu jana tenaga penyokong untuk ditunggang ketika PRN.


Dengan reka cerita begini, penyokong mereka nanti seolah diberi steroid untuk berusaha keras, dengan keyakinan mereka akan bentuk kerajaan selepas PRN nanti. Sedangkan ianya tidak begitu.


Untungnya PN ni, penyokong mereka jarang sangat guna otak untuk berfikir. Jadi perkara yang di luar logik akal pun mereka akan telan bulat-bulat. Sebab itu berita selonggar begini pun mereka hirup.


Apa pun, PH tetap kena berhati-hati. Dan aku juga tak fikir DS Anwar duduk diam di atas sana. Takkan la berita begini tak sampai kepada beliau. Takkan la beliau dah tahu cerita begini nak duduk diam je?


Dan kalau beliau ada rencana pun, takkanlah beliau nak umumkan. Itu tentulah jadi rahsia DS Anwar dan orang yang hampir kepada beliau. Usaha nak jatuhkan Zahid pun pasti dah ada mitigasinya.


Jadi kita penyokong PH tak perlu tekan sangat isu ini. Apa yang penting, kita teruskan beri penjelasan kepada rakyat agar mereka tahu kerajaan yang ada ini memang prihatin rakyat dan bukan kaki sakau macam masa PN dalam kerajaan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: