CUBA NAK BUAT KACAU BILAU DAN TUDUH PM SEBAGAIMANA YANG SEDIA TAHU- KDN ADA POLIS ADA SEMUA ADA- TAPI HANGPA CUB=MA BOLEH BAGI AMARAN- KEMETOT SANGAT LA HANGPA BILA PEGANG KUASA NI SECARA HEMAT SAMPAI NAIK KEPALA.

 

KENYATAAN MEDIA

Pejabat Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri telah menerima laporan berkenaan satu acara hiburan yang bakal dianjurkan oleh Privacy Club di Jalan Tun Razak pada 30 Mac 2023 bermula jam 6 petang. Setelah meneliti iklan di akaun Facebook bar berkenaan, pihak kami mendapati acara hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian Wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya.

Justeru hasil siasatan awal dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), telah mendapati bahawa premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd. Walaubagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 yang lalu. Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan. DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat – syarat oleh penganjur.

AZMAN BIN ABIDIN

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri

22 Mac 2023

 

No comments: