ANWAR DIBERI PENGHORMATAN IJAZAH KEHORMAT DARI UNIVERSITI OF THE PHILIPPINES

 





Sesudah acara rasmi di Rizal Park, saya langsung ke University of the Philippines untuk menyampaikan syarahan umum berjudul ‘30 Years After The Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN.

Sebelumnya saya menerima ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Doctor of Law dari University of the Philippines.

Dalam ucaptama, saya singgung sejarah penubuhan ASEAN serta kemajuan dan perubahan dari segi kerjasama antara negara tetangga di rantau ini, dan menekankan bahawa perserikatan ini mesti terus terpahat atas hujah berkongsi identiti yang sama meski rencam bangsa dan budaya.

Konsep ini dicerakinkan dengan baik oleh ‘The Great Malayan’ Dr. José Rizal dalam ‘The Philippines a Century Hence’ tatkala negara Filipina tertubuh kuat meski berlainan kepulauan, bahasa, budaya dan etnik.

Selain itu, saya amat berharap ASEAN terus berpadu dan kukuh dalam menyikapi isu-isu mendesak terutamanya di rantau ini kerana berdiam diri tatkala berdepan kezaliman bukanlah pilihan.

Saya turut menghimbau sejarah lampau tatkala saya sering ke Manila di tahun-tahun lampau semasa masih sebagai seorang mahasiswa dan universiti ini adalah tempat yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan terkait pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di sini. Justeru, Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi.

#MalaysiaMADANI #MASPH

 

No comments: