Ada yang minta ulas
tentang pendedahan Lokman Adam di mana ada usaha untuk memujuk GPS agar
mengkhianati Kerajaan Perpaduan dengan jadikan jawatan PM sebagai umpan.
With all due respect,
aku rasa Lokman ada sumber sendiri untuk berkata begitu. Tapi aku pula lebih
cenderung untuk untuk anggap isu tebuk atap ni lebih kepada nak alih isu.
Pertama, masa Langkah
Sheraton dulu, mereka atur secara senyap. Jadi kenapa kali ni nak dihebohkan?
Sedangkan dulu master mind ada dalam kerajaan berbanding sekarang. Logiknya
baik heboh yang dulu, rahsiakan yang sekarang.
Kedua, aku tak fikir
Mahiaddin akan rela lepaskan jawatan PM kepada orang lain. Dulu mereka tolak
pelawaan YDP Agong pun sebab jawatan PM akan jadi milik DS Anwar. Kalau masa tu
YDP Agong kata Mahiaddin yang jadi PM, nescaya mereka terima.
Ketiga, akan ada
tentangan yang begitu kuat dari kalangan MP Sarawak kerana PAS memang dibenci
bukan sahaja oleh rakyat Sarawak, bahkan majoriti ahli parlimen mereka.
Keempat, PN + GPS pun
masih belum dapat jumlah yang diperlukan. UMNO masih perlu ikut serta. Tapi
selagi Zahid presiden, susah untuk itu berlaku apa lagi permusuhan Mahiaddin
dengan Zahid semakin memuncak sekarang.
Tapi itu bukan tak
bermakna perkara ini mustahil. Jika Mahiaddin yakin benar dia akan sangkut
dalam kes Jana Wibawa, mungkin dia sanggup terima PM dari GPS. Tapi rasanya
bakal ada perjanjian untuk tutup kes lepas tukar PM.
Bermakna, jika benar
GPS berlaku khianat kepada Kerajaan Perpaduan dan benar PM dilantik dari MP
GPS, ertinya Mahiaddin memang dalam keadaan yang sangat terdesak.
Sekarang kuncinya
pada ROS. Jika ROS putuskan usul jawatan Presiden UMNO tak dipertandingkan
sebagai tidak sah, maka peluang untuk jatuhkan Zahid cerah. Dan dengan itu, tak
banyak halangan lagi tu betul tukar kerajaan.
Politik Malaysia
susah nak agak. Sebab ahli politik kita ramai yang tak berintegriti. Ramai yang
masuk politik sebab nak jadi kaya, bukan sebab nak bantu rakyat sangat pun.
Cuma dari pemikiran
logik, satu faedah terbesar yang PN boleh dapat dari cerita tebuk atap ni hanya
ia dapat buatkan musuh PN dari berhenti bercakap tentang Jana Wibawa.
Cuba tengok, di media
sosial bahkan di parlimen sendiri, lebih ramai bincang soal tebuk atap ini
berbanding Jana Wibawa sekarang. Jadi diversion ini boleh dikatakan berjaya.
Apa pun, kita
berdoalah semoga kerajaan yang ada ini kekal. Semoga negara ini terlindung
daripada perosak-perosak yang telah dan masih lagi mahu merosakkan negara kita.
Guane boh?
.