PROJEK NAIK TARAF KE 3 LORONG PASIR GUDANG

 

 

Projek naiktaraf lebuhraya Pasir Gudang menjadi 3 lorong. Terima kasih PMX DS Anwar kerana berikan peruntukan sebanyak RM78 juta untuk projek ini. Sesungguhnya ianya sesuatu yang dinanti dan selalu diharapkan oleh warga Pasir Gudang. Guane boh?

Raja Gelap

 

Saya ingin berkongsi berita gembira dengan Rakyat Pasir Gudang berkaitan isu Lebuhraya Pasir Gudang.

(2) Pada pagi ini Selasa 03 Januari 2023 saya telah menerima maklumat dari YB Fazli iaitu Exco Kerjaraya Kerajaan Johor berkenaan Projek Naik taraf lebuhraya Pasir Gudang.

(3) YB Exco Kerjaraya menyatakan antara lainnya bahawa Projek Naik taraf lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa2B

Lokasi - dari Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang sepanjang jarak 5.5 kilometer;

Skop - Naik taraf Jalan 4 Lorong kepada 6 Lorong 2 Hala

Tempoh masa - dari 25 Oktober 2022 hingga 24 Oktober 2025 (36 bulan) telah bermula dengan Kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM78 juta.

(4)Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Fazli Exco Kerjayaraya Negeri Johor dan Menteri Besar Johor serta Kerajaan Johor yang telah memberi perhatian tentang isu Lebuhraya Pasir Gudang.

(5) Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Kerajaan Persekutuan yang telah memperuntukkan dana sebanyak RM78 juta itu untuk Projek menaik taraf lebuhraya Pasir Gudang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

03/01/2023