Salahkah ijtihad Pas sokong MCA?
Bila aku menulis post pasal Allah memilih Tanjung Piai, Di kalangan Ulama PAS sudah mengeluarkan dalil-dalil mereka atas alasan mengikat Perjanjian DAN Persefahaman, Tawwun DAN Tahaaluf… ramai sahabat PAS bertanya… salah kah kita menyokong MCA ?
Jawapannya tidak ada apa yang salah PAS bertahaaluf dengan MCA, Sama ketika dulu PAS bertahaaluf dengan DAP… siyasah dan politik ini perkara Ijtihadi’… bukan perkara I’etiqadi( Aqidah)… malah sebelum ini PAS bertawwun dengan MIC, dengan PBS (Parti Kristian), PAS ada pertimbangan DAN mizan politik dia… itu hak PAS, kami takda masalah… sebabnya Sheikh Ramadhan Al Bouti pernah sebutkan prinsip ini…
السياسة لا دين لها، أي السياسة التي لا ترتبط بمبدأ،..
Politik itu tidak beragama, dan tidak terkait pada soal prinsip dasar (Aqidah)
Hatta kalau PAS mengadakan hubungan dan kerjasama dengan parti Golkar warisan Suharto di Indonesia, Parti Fatah di Palestine, Parti Komunis China di tanah besar China pun tidak menjadi masalah, hatta UMNO dan MCA ada kerjasama rasmi dengan parti Komunis China… perwakilan UMNO dan MCA pernah dihantar ke China bagi menjalinkan kerjasama ini… Itu adalah urusan politik.
Nabi sendiri di dalam politiknya mengikat perjanjian dengan kelompok yahudi dalam piagam Madinah ketika Aman, hatta dalam ketika perang dengan dengan Musyrikin Mekah dalam Perjanjian Hudaybiyah…
2- JADI APA MASALAHNYA PAS SOKONG MCA?
Yang kami pertikaikan bukan soal Ijtihad politik.. yang dipertikaikan selama ini PAS membawa urusan politik dalam urusan dan perkara Aqidah, bila PAS buat dalilnya lain, ORANG LAIN lakukan Tahaaluf DAN Tawwun jadi kafir dan musuh Islam…
PAS menuduh munafiq, takfir mereka yang berbeza Ijtihad dengan kepimpinan Ulama PAS dan Hadi Bewok… hatta PAS menjadi penentu syurga DAN neraka sebagai bagi lawan politiknya… berbeza pendirian dengan PAS bermakna menentang Islam…
Bukan hanya doa laknat, hatta ayat-ayat Al-Quran yang Allah turunkan kepada kelompok kuffar yang memerangi nabi DAN Islam, lalu mereka gunakan kepada musuh politik… sesama Islam…
Inilah gambaran Khawarij, Takfiri yang nabi ingatkan gambaran seburuk buruk makhluk…
وكان ابن عمر يراهم شرار خلق الله..
“Apakah perbuatan mereka yang disifatkan seburuk2 mahkluk itu?”
Dan telah berkata Ibn Umar…
إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين..
“Sesungguhnya mereka menggunakan ayat-ayat yang turun kepada orang-orang kafir, lalu mereka jadikan (mempergunakan) ayat-ayat itu ke atas orang-orang beriman…
Bezanya kami dengan kelompok kamu, kami tidak pernah mempertikaikan Aqidah, soal syurga DAN neraka kepada kelompok kamu…
3- MANA BUKTINYA PAS MUNAFIK DAN TAKFIRKAN SESAMA MUSLIM ?
Apakah kita lupa fatwa-fatwa PAS sebelum ini? hatta ketika Majlis Presiden Pakatan Rakyat dalam krisis MB Selangor pada tahun 2014 menamakan Wan Azizah sebagai MB Selangor.. Presiden PAS secara terbuka mengatakan di dalam Muktamar PAS, Hadi Bewok DAN PAS tidak bersetuju kerana ia bertentangan dengan Islam… presiden PAS tidak mahu mengheret ahli-ahli PAS ke dalam neraka jahanam… walhal ianya hanya Ijtihad dalam politik…
Ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, Selepas Anwar dipenjarakan… ulama PAS Permatang Pauh mengeluarkan fatwa haram sokong calon yang MENOLAK HUDUD kononnya… malah fatwa ini disokong Presiden PAS… walhal Wan Azizah tidak pernah menolak Hudud, cuma berbeza pandangan dan pendekatan, mana lebih teruk antara Wan Azizah dan Calon MCA?
Dalam kuliah-kuliah ulama PAS, bukan hanya bermudah-mudah mentakfirkan sesama Islam, hatta memunafikkan mereka selainnya… DAP yang tidak bersetuju dengan RUU355 dikatakan musuh Islam, digelar kafir harbi , DAN haram bertahaaluf dengannya, hari ini pemimpin yang sama di dalam PAS mengeluarkan surat rasmi, sokongan kepada calon MCA, calon yang juga menentang hudud, Apalagi MCA parti nya paling keras menghina Hudud…
Perbuatan takfir ini bukan saja kita mengata kepada seorang muslim “Hai Kafir…” tetapi menggelarkan mereka dengan gelaran musuh Allah…
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ..
” Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh…”
Yang kita pertikaikan selama ini, PAS menjadikan urusan politik perkara aqidah, melaknat, menghukum kafir dan munafik mereka yang berbeza pandangan dengan PAS… walhal urusan perlaksanaan, hatta dalam konteks perlaksanaan hudud itu perkara Ijtihadi…
Jangan kata MCA, jangan kata DAP… hatta muslim sendiri yang tidak setuju dengan RUU 355 berdasarkan Fiqh Awlawiyyat bukanlah menyentuh urusan Aqidah… PAS hari ini pun menangguhkan perlaksanaannya di Terengganu dan Kelantan atas prinsip yang sama… prinsip kami kekal tak pernah berubah, yang berubah-ubah itu PAS…
4- INGATAN SAID RAMADHAN AL BHUTI KELOMPOK ISLAMIYYIN
Lihatlah bagaimana PAS bermudah-mudah mengubah fatwa mengikut selera dan nafsu politik mereka… yang dulu mereka katakan haram, hari ini mereka halalkan… yang dulu mereka takfir dan munafikkan, hari ini menjadi rakan Tawwun DAN Tahaaluf PAS… yang dulu mereka doa laknatkan, hari ini mereka keluarkan watikah sokongan… PAS boleh mengubah hukum, fatwa urusan agama sekelip mata je mengikut nafsu politik mereka…
Dalam khutbah Jumaat, Said Ramadahan Al Bhuti menyentuh kelompok Islamiyyin… apa yang disebutkan Sheikh Ramadhan hari ini benar-benar menjadi kenyataan… DAN itu yang berlaku… apa kata Sheikh Said Ramadhan tentang kelompok ini di dalam Khutbahnya..?
“.. ما أكثر الأحكام الشرعية التي أيَّد فيها الإسلاميون فقهاء الشريعة الإسلامية المجمعين على حرمة هذه التصرفات وبطلان هذه العقود، ونصغي السمع اليوم إلى موقفهم من هذه الفتاوى التي كانوا يؤيدون فيها فقهاء الشريعة الإسلامية بالحرمة والبطلان والتحذير
” Bertapa banyaknya dari kelompok Islamiyyin ini yang suatu masa dulu berpegang DAN berfatwa kepada pandangan Fuqaha’ atas syariat Allah akan keharaman dan kebathilan sesuatu perjanjian, yang mana dulu mereka Hlharam dan menghukum bathil…
وإذا هم اليوم يفتون بإباحتها، يفتون بصحتها، يفتون بجوازها، ونتساءل ألعل هنالك دليلاً غاب عنكم بالأمس وعرفتموه اليوم ومن ثم غيَّرْتم الحكم؟
Mereka(Islamiyyin) pada hari ini mereka menghalalkannya… mereka hari ini fatwakan membolehkannya… kata Said Ramadhan, kami Ingin bertanya kepada kelompok ini, apakah dalil-dalil Ini tidak kamu jumpai waktu dulu, dan baru kamu dapati pada hari ini, lalu kamu mengubah hukumnya?
لا. الحكم هو هو والدليل هو هو ولكن المصلحة السياسية هي التي اختلفت… ”
Kata Said Ramadhan, tidak… hukumnya tetap sama, DAN dalilnya tetap sama… yang berubah adalah cita-cita dan kepentingan mereka(Islamiyyin) di dalam politik.. ”
Lihatlah, Apa yang dikatakan Said Ramadhan, Itu yang berlaku, dulu mereka katakan haram undi calon bukan Islam, hari ini mereka lakukan… bagaimana PAS mengubah hukum sesuka hati mereka… dulu mereka dalam PRK Cameron Highland katakan, utamakan calon beragama, hari ini mengeluarkan surat rasmi menyeru ahli PAS menyokong mereka yang PAS dulu kata mereka ini kelompok penentang dan penghina hudud…
5. JAUHI KELOMPOK KHAWARIJ DAN TAKFIRI
Wahai sahabatku sesama Muslim… bukan benarkah apa yang diperingatkan Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti akan kelompok Islamiyyin ini… inilah gambaran khawarij… takfiri yang telah menghancurkan bumi Syria dengan fatwa-fatwa mereka…
Jadi berhati-hatilah umat Islam dengan kelompok khawarij DAN takfiri ini… mereka menjadikan ayat Quran, dalil agama sebagai alat mereka untuk mencapai cita-cita mereka merebut kuasa politik…
Dalam hadis Nabi yang lain, Nabi telah sampaikan kebimbangan akan datangnya suatu zaman yang lebih ditakuti Nabi dari dajjal…
من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال
“Sesungguhnya aku lebih takut padamu, melebihi dajjal…
Bila ditanya siapa kah mereka, jawab Nabi..
من الأئمة المضلين..
Imam-imam (pemimpin) yang menyesatkan…