‘Saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam’ – Wardina


Setelah menyatakan dengan berani tidak menyokong Barisan Nasional, personaliti popular Wardina Safiyyah sekali lagi berkongsi pendapatnya di media sosial.
Kali ini beliau meluahkan rasa meluatnya terhadap usaha-usaha menjadi DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.
“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.
“Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya di laman Facebook.
Pelakon yang menempah nama melalui sitkom Spanar Jaya itu memberi perbandingan realiti di Malaysia dan Australia, tentang bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.
Di Australia – Muslim digelar babi
Di Malaysia – DAP atau Cina dianggap babi
(btw kesian babi)
Di Australia – Muslim mahu menguasai negara
Di Malaysia – DAP mahu mengambil alih negara
Di Australia – Muslim mahu undang-undang syariah dan tidak menghormati Kristian
Di Malaysia – DAP tidak mahu Islam. Orang Kristian tidak hormati agama Islam bla, bla, bla
Di Australia – Muslim adalah jahat, dahagakan darah, ganas, penipu, pengamal taqiyya, mereka tidak boleh dipercayai.
Di Malaysia, DAP penipu, tidak boleh dipercayai, ada agenda tersembunyi.
Di Australia – mengapa kami perlu memberi layanan istimewa kepada Muslim? Mengapa mereka memaksa kita mengikut cara mereka? (Bagi pakai tudung, bagi bilik solat, bagi makanan halal. Uish, dia antihalal, katanya duit halal bagi pada pengganas).
Di Malaysia – Kenapa kita terhina di bumi sendiri – jangan bagi muka kepada mereka. Mereka patut ikut kita bukan sebaliknya.
“Aduhai. Bila saya tengok…sama. Sama kan? Sakit nya hati bila membaca berbagai berita dan hinaan terhadap orang Islam. Sedih. Susahnya menjadi minoriti. Jadi kepada kita yang menjadi majoriti adalah amanah kita menjaga minoriti kerana itulah Islam.
“Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini adalah negara Islam,” jelasnya.
“Saya tidak percaya mereka jahat sepertimana saya agama lain tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?” ujar beliau.