MALULAH PADA USTAZ UMNO NETIZEN UNTUK MOKHTAR SENIK

WALAU TERPALIT DENGAN DAKWAAN KES SEKS DI INTERNET...BELIAU MASIH TIDAK BERANI UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS.MALAH BLOG KHAS YANG DI BUAT ITU MASIH MENERIMA KUNJUNGAN YANG CUKUP BANYAK SELEPAS MOKHTAR MEMUATNAIK KUDA KUDA HITAMNYA...

Kuliah Muslimat Moktar Senik

Blog ini akan menyiarkan keseluruhan screenshoot chatting di facebook antara Ketua
 Dewan 
Ulama Pas Pahang yang juga AJK Pas Pusat dengan seorang gadis bernama
 Nursyakiqah 
Shaari. Persoalannya adakah benar AJK Pas Pusat ini berkelakuan tidak senonoh 
seperti
 yang telah di dedahkan oleh seorang pengguna facebook bernama
 Alexander Pittsuwan Thomprason dengan seorang facebook wanita bernama
 Nursayafikah Shaari?

Jika perkara ini tidak benar Mokhtar Senik wajib menafikannya dan membuat dakwaan
di makamah terhadap Alexander Pittsuwan Thomprason sebagaimana yang telah beliau
cabar agar dirinya di bawa ke mahkamah oleh Mokhtar Senik supaya semuanya terjawab
 siapa yang benar dan siapa yang salah. Tetapi sehingga hari ini Moktar Senik masih
 berdiam diri dan tidak pernah membuat apa-apa laporan polis terhadap
 Alexander Pittsuwan Thomprason.

Kenapa?

Kerana Moktar Senik sama sekali tidak akan berani berhadapan dengan
 Alexander Pittsuwan Thomprason di makamah sebab beliau sedar sekiranya
 perkara ini di bawa ke mahkamah secara terang tingkah lakunya berlucah menggunakan
 FB messenger akan terbukti. Mokhtar Senik mungkin boleh menipu penyokongnya
 dengan berbagai alasan tetapi beliau tentu lebih sedar setiap pembohongan yang
 beliau beri akan makan dirinya sendiri kerana di makamah beliau sudah pasti tidak
 dapat mengelak untuk membuka messengernya sebagai menafikan bahan bukti dari
pihak Alexander Pittsuwan Thomprason.

Walaupun Mokhtar Senik telah menyekat (block) akaun facebook Nursyafikah tetapi
 sekiranya pihak makamah meminta beliau "batalkan sekatan" (unblock) segala
 mesej-mesej beliau dengan Nursyafikah akan timbul kembali di messenger Nursyafikah
dan 3 perkara yang lebih penting lagi ialah IP Address divice yangbeliau guna telah pun
 di simpan sebagai bukti, Nama facebooknya walaupun berapa banyak pun beliau tukar
akan tetap naik pada facebook Nursyafikah dan "username" iaitu URL facebooknya.

Siapa Nursayafikah Shaari?

Sebenarnya Nursayafikah Shaari tidak pernah wujud dan gambar yang di gunakan untuk
 menjadi watak Nursayafikah Shaari telah di ambil di sebuah laman sesawang lucah
sebagai
umpan untuk menjerat AJK Pas Pusat ini. Modus Operandinya ialah facebook Nursayafikah
 Shaari ini di wujudkan sebagai satu jerat untuk membongkar sikap sebenar Moktar Senik
 yang berpura-pura di sebalik pakaian agama agar rakyat Malaysia tahu siapakah
 sebenarnya orang yang bernama Moktar Senik. Facebook Nursayafikah Shaari mula
menjerat Moktar Senik dengan menulis status-status menghentam dan mengutuk parti
Amanah, PKR, Dap, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Rafizi dan semua pemimpin parti
 Pakatan Harapan dengan tujuan meyakinkan Moktar Senik bahawa facebook
 Nursayafikah Shaari ini adalah penyokong tegar gabungan Pas dan Umno.

Tektik menghentam parti-parti dan pemimpin Pakatan Harapan menjadi apabila setiap
kali status ni naikkan akan mendapat sokogan dari penyokong Pas/Umno dan facebookers
 dari Pakatan Harapan pula berbalas komen melawan status-status Nursayafikah Shaari
. Lebih menarik lagi tektik ini telah membuat Moktar Senik tidak melepaskan peluang untuk
 LIKE setiap status-status Nursayafikah Shaari.
Sehinggalah sampai masanya admin facebook Nursayafikah Shaari merasankan tiba
 waktu yang cukup sesuai untuk mula memancing Moktar Senik dengan mula memberi
salam pertama.


PRAKATA DARI BLOG BERKENAAN DENGAN TUDUHAN SKANDAL BERSAMA ORANG YG TIDAK WUJUD.MOKHTAR SENIK PATUT MALU.

LINK DIBAWAH

http://dedahskandalsenik.blogspot.my/?m=1




Bukan Islam tak mau masuk Islam kerana bencinya Islam..tetapi kerana sikap orang Islam yang tidak menunjukkan contoh yang baik,makan rasuah, tak senonoh.Make sure u masuk Islam dan bukam masuk melayu.....contoh lebai hangit...

Artikel berkaitan:
“Malulah pada ustaz Umno,” kata netizen kepada ustaz Pas

Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas


Mokhtar Senik di sisi kereta Mercedes miliknya yang juga pernah dimuat naik di Facebook pada Disember 2015.Mokhtar Senik di sisi kereta Mercedes miliknya yang juga pernah dimuat naik di Facebook pada Disember 2015.
Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.
Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu, Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan perjalanan yang jauh.
"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2 Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat. Alhamdulillah kuda2 hitam saya masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu kenyataannya itu mahu 'menguji'.
"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test," tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14 Januari itu.
Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.
"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?" ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi media sosial itu.
Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk bengkel.
Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan jangan hanya membaca Facebook.
Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.

No comments: