Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

EKSKLUSIF: Penerimaan usul memutuskan kerjasama PAS – DAP tanpa dibahas perwakilan dalam Muktamar ke 61 di Kuala Selangor pada 5 Jun lalu terus mendapat teguran pemimpin PAS.

Bekas calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata, menerima usul yang dibawa oleh Dewan Ulama itu tanpa dibahaskan oleh perwakilan adalah bercanggah dengan hasrat ahli parti.

Selain itu, kata beliau, penerimaan tanpa bahas juga melanggar peruntukan dalam perlembagaan PAS.

“Mengikut perlembagaan PAS, penerimaan usul tanpa bahas hanya boleh berlaku melibatkan perkara-perkara kecil dan tidak perlu dibahaskan kerana ianya terpencil. Usul seperti itu (kecil) wajar dipercepatkan tanpa melalui proses yang panjang.
“Tapi berbeza sama sekali pengurusannya jika berhadapan dengan perkara besar (memutuskan kerjasama) seperti ini,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu kepada Suarapakatandaily.

Kata Ahmad lagi, usul menamatkan kerjasama itu kelihatan pelik apabila PAS hanya memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih mahu berada dalam Pakatan Rakyat.

“Amat mengelirukan, mereka (pemimpin PAS) tak mahu bekerjasama dengan DAP tetapi mahu terus duduk dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing mempunyai wakil dalam kerajaan campuran PR,” kata Ahmad lagi.

Usul menamatkan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik pada 3 Jun lalu dan disokong sebulat suara. Usul sama kemudian turut disokong tanpa perbahasan dalam Muktamar penuh yang berlangsung 4 – 6 Jun di Kuala Selangor.


No comments: