Semalam
exco Hjh Halimah dengan YB BN buat program di Unisel. Hari ni Presiden plak
buat program di Unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan Unisel ni.
KOMEN AKU .......Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib,demikian jelas Tan Sri Mat Taib.Beliau yang dikenali sebagai Mike Tyson merupakan antara MB paling lama berkuasa. Beliau arif dengan corak pengundi dan pengundian di Selangor.
Pendedahan dan amaran kepada PAS ini sebagai memperingati keangkuhan parti itu sejak akhir akhir ini dan keinginan besar bergabung dengan UMNO. Ianya bukan sahaja menghampakan ahli peringkat bawahan, malahan juga akan menjadikan parti itu kembali ke era 80an.
Aku suka sahaja biar PAS mengambil sikap dengan keluar Pakatan kerana ini akan menjadikan sama ada PAS benar benar teruji kekuatan mereka di bandar dan kekuatan mereka di kampung. Bagi aku untuk masa kini PAS sudah mula disangsi oleh kaum cina di bandar , malahan sudah ramai yang bercakap bahawa PAS sudah tidak lagi releven kalau keluar PR.
PAS....sama ada tukar Presiden dan Setiausaha Agong ...atau ahli sendiri akan menghumban anda.
Pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat sedang berlaku dan akan berjaya.
Perlantikan MB Selangor bakal memecah belahkan Pakatan Rakyat.Tidak disangka-sangka pengkhianat terdapat di kedua-dua parti PKR dan PAS.Mereka sanggup melacurkan diri demi sedikit habuan dunia dan tidak ada langsung ketakutan dengan pembalasan Allah SWT di atas pengkhianatan mereka.Yang lebih menyedihkan di sebelah kita seperti sudah mengaku kalah mengangkat tangan menyerah diri. Tidak mahu melakukan walau satu apa pun.
Malahan Tulang Besi seorang aktivis PAS memberi Peringatan melalui mesej di FB beliau berbunyi begini:
Hanya doa saudara saudari sahaja yang dapat menyelematkan Pakatan Rakyat.Segala usaha dan kederat telah pun dibuat oleh kami ini.Sudah tidak larat dan tidak berdaya lagi.
Pengkhianatan ini akan sempurna selepas 3 hb September tahun ini.Tolonglha Saudara Saudari sekalian.Semua jalan sudah buntu.Mereka yang sedar semuanya telah menjadi bachul dan penakut.Tidak berani memperjuangkan kebenaran walaupun jelas pengkhianatan berlaku depan mata.Hanya doa saudara saudari diharapkan sepenuhnya.Tolong doakan semoga Allah SWT menggagalkan pengkhianatan 3hb September seperti Allah SWT menggagalkan Firaun dalam percubaan untuk membunuh Nabi Musa AS.Tolong Tolong Saudara Saudari Sekelian.
Wala' Kepada Hadi = Wala' Kepada Najib Tun Razak?
Setelah keluar dari mulut Tuan Guru Haji Hadi Presiden sendiri di hadapan kesemua AJK PAS Pusat perkara tersebut.
Yakni sokongan dan hasrat beliau mahu menjalinkan hubungan rasmi dalam kerajaan antara PAS dengan UMNO di atas nama menjaga kepentingan Melayu.
Adakah ada lagi ahli atau penyokong PAS di luar sana terus memandang orang seperti Tulang Besi@Malaysiawaves ini pengkhianat parti? tidak wala'? Munafiq haraki? pembelot pada parti dsbnya?
Siapakah sebenarnya yang membelot kepada parti?
Siapa sebenarnya menipu ahli dan penyokong?
Siapa sebenarnya mengkhianati sahabat dan rakan demi UMNO?
Sekarang ini, wala' kepada Presiden PAS adalah sama dengan wala' kepada kerajaan perpaduang UMNO-PAS.
Penghujung sekali wala' kepada Presiden PAS membawa kepada wala' kepada Najib Tun Razak.
Sebenarnya tak boleh salahkan Cikgu Mustafa Ali dalam kemelut MB Selangor ni. Dia sudah sememangnya jahat sejak dari mula.Yang Tulang Besi Malaysiawaves salahkan adalah Mat Sabu.Kenapa dia tidak mahu mengangkat suara dan melawan hasrat Cikgu Pa untuk sabotaj proses pencalonan MB Selangor ini?Sedangkan telah jelas Pakatan Rakyat mencalonkan hanya seorang calon.Kenapa Abang MAt tiba-tiba kecut dan tidak berani melawan?
Apabila Timbalan prsiden kecut maka orang-orang lain pun akan jadi kecut juga.Percayalah,Apabila Mustafa Ali mencalonkan dua nama kepada Istana, yakni Wan Azizah dan Azmin, maka Istana akan memilih Azmin sebagai MB,Maklumat Tulang Besi dapat geng Khalid Ibrahim ada sebeban fail terhadap Azmin dan PKNS.Tak tau fail tu betul ke tidak tapi kes ini akan didengar di mahkamah dan akhirnya persepsi buruk adalah PR parti yang korup.
Nasihat Tulang Besi@Malaysiawaves pada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya terus berjalan ke arah menguburkan UMNO dan Barisan Nasional.
Pedulikan Cikgu Mustafa Ali. Pedulikan Ustaz Harun Din.Pedulikan Haji Hadi Awang. Pedulikan Tantawi Vellfire. Pedulikan Khalid Ibrahim. Pedulikan Ustaz Ahmad Yaakob. Pedulikan Nik Amar lebai malang. Pedulikan Nik Abduh laknatullah. Pedulikan si bajingan Samsuri Mokhtar. Pedulkan Khazani dan geng Ilmuannya, pedulikan Ustaz Wan Ismail KelKon, pedulikan si Din Ayam, pedulikan si mulut Joyah sanusi Mat Nor
Mereka lebih sayangkan UMNO dari Pakatan Rakyat.
Mereka tidak mengerti erti persahabatan.
Mereka tidak mengerti erti kesetiaan.
Gengam bara api biar sampai jadi arang.
Biar berdentum guruh di langit, bumi tidak akan hancur sebelum kiamat