Khalid ditolak ahli Cabang, masa untuk bersara

Kekalahan Ketua Cabang Kuala Selagor Khalid Ibrahim kepada bekas ahli parlimen Kapar Manickavasagam memberi tamparan hebat kepada imejnya yang sebelum ini popular.Dalam pengundian Sabtu lalu, Manickavasagam  mendapat 701 undi dan Khalid pula 515.

Khalid yang enggan berundur meskipun didesak oleh partinya PKR dan 2/3 Yang Dipertua PAS kawasan sering menggunakan alasan rakyat menyukai kepimpinannya. Oleh itu, beliau tidak akan berundur kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk rakyat dan bawahan partinya.

Namun apa yang berlaku di Kuala Selangor membuktikan sebaliknya. Bahawa kelemahan Khalid sebelum ini kini terserlah. Khaid sejak menjadi Ketua Cabang Kuala Selangor didakwa sering tidak turun padang. Malah DUN Ijok dalam kawasan Kuala Selangor juga muak dengan sikap Khalid yang selalu lepas tangan.

Program kawasan sering diwakili oleh setiausaha politiknya Faekah Husein. Sedangkan janji untuk membangunkan Ijok tidak banyak yang kelihatan. Situasi ini menyebabkan pengundi Ijok hampir menghukum PKR apabila Khalid berundur ke Pelabuhan Kelang. Dr Idris Ahmad yang menggantikannya hanya menang di bawah seratus undi. Ramai pemerhati politik berpendapat jika Khalid bertanding maka PKR akan kalah.

Keadaan inilah yang membuat banyak pihak dalam PAS, PKR dan DAP mendesak Khalid berundur untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Sekiranya Khalid masih berdegil maka Selangor tidak akan mampu diselamatkan pada PRU ke 14.

PAS akan mengadakan mesyuarat perhubungan Selangor pada hujung bulan ini. Walau bagaimanapun, Presiden Hadi Awang dijangka sukar membuat keputusan untuk mengundurkan Khalid. Namun beberapa pihak dalam PAS terus mendesak agar Khalid digugurkan.

Difahamkan hanya Exco PAS yang mempertahankan Khalid, sedangkan pemimpin PAS negeri dan ADUN majoritinya menentang Khalid dikekalkan sebagai MB. Keputusan PAS dijangka akan menjadi titik akhir kepada perjuangan Khalid mengekalkan kerusi MB.

 http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2199:khalid-ditolak-ahli-cabang-masa-untuk-bersara&catid=102:berita-kiri&Itemid=507