MH370 – Seseorang sedang sembunyikan sesuatu – Tun Mahathir
Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing, pembuat pesawat ini dan juga CIA Amerika.
Tulis Dr Mahathir di blog Chedet hari ini.
Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.
“Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.
“Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja,” tulis Dr Mahathir.
Bagi beliau, adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau “ping” daripada kotak hitam.
“Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.
“Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya,” tulis bekas PM itu.
Beliau juga menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai “sistem pendaratan auto anti keganasan”.
“Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu,” kata Dr Mahathir dipetik The Malaysian Insider.