BERTEMU KESULTANAN SULU :MAHATHIR DAN PAK LAH TERLIBAT

 Heboh ketika pencerobohan Lahat Datu, Anwar dikaitkan dan surat khabar pemerintah memainkan isu Anwar sebagai dalangnya,Lihat berita dibawah

 

 

Terima dana asing untuk huru-harakan negara bukti Anwar tidak ...

www.theborneopost.com/.../terima-dana-

2 'Komander' Anwar Didakwa Salur Wang Kepada Pengganas ...

www.anwaraidc.com/?p=33100Translate this page
asing-untuk-...Translate this page
 Yang ini pula dalam siasatan RCI ;
RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah, hari ini mendakwa beliau telah mengatur pertemuan antara dua bekas perdana menteri Malaysia dengan kesultanan Sulu.

Ketika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Akjan berkata kedua-dua bekas perdana menteri itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

NONE"Sejak tahun 1970-an (Sultan) Jamalul Kiram (yang mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan Sulu - kiri) meminta bantuan saya. Saya membantu beliau untuk bertemu Mahathir pada 1980-an tetapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas itu, Ismail Kiram (adik Jamalul itu) datang untuk bertemu dengan Pak Lah," katanya kepada RCI di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini.

Akjan berkata beliau bersetuju untuk mengatur pertemuan itu dengan syarat mereka akan melepaskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

"Tetapi pada 2000-an, matlamat mereka nampaknya telah berubah dan mereka mahu menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Jamalul kemudian mengarahkan serangan ke Sabah pada bulan Februari tahun ini, yang mengakibatkan kematian sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia, yang terburuk sejak pemberontakan Komunis.