Bagaimana Shahrizat Boleh Bayar Hutang Kondo Baru?




PETALING JAYA 8 FEB : Keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Perdana Menteri Datuk Seri NajibRazak perlu membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan dana dari Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) untuk membiayai pembelian dua lagi kondominium mewah di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ada kemungkinan dana rakyat RM250 juta untuk NFC telah digunakan bagi membiayai dua kondo tersebut. Ini berdasarkan kemudahan pembiayaian yang diluluskan oleh Maybank untuk pembelian kondominium mewah bernilai lebih RM34 juta itu.

"Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?", beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

PKR hari ini mendedahkan dua lagi kondominium mewah yang dimiliki suami Sharizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan di Marina Bay Suites, Singapura.

Mengikut kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun, keluarga Shahrizat perlu membayar RM173,000 sebulan bagi membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Justeru, PKR mengesa Shahrizat memperincikan pendapatan keselurahan keluarga dalam menjawab kemampuan mereka memiliki aset jutaan ringgit di Singapura.

"Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?"

Melihat kepada kepincangan dan isu kreadibiliti pemimpin Umno-BN, PKR turut mengesa Najib mewajibkan kesemua ahli kabinetnya mengistiharkan harta bagi menjawab pelbagai persoalan yang bermain dipemikiran rakyat Malaysia hari ini.

"Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?"

No comments: