Kenyataan tersebut juga mencerminkan betapa pemimpin Umno/BN begitu ketandusan idea dengan menjadikan sebarang isu sebagi bahan politik murahan.
Timbalan Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar Zainuddin berkata tindakan Razali adalah bukti jelas bahawa pemimpin Umno sedang berada dalam keadaan amat terdesak berikutan terdapat pelbagai isu seperti skandal Fidlot dan pelbagai yang menyebabkan rakyat semakin hilang sokongan kepada kerajaan.
"Sebab itu kita tidak hairan sekiranya apa sahaja isu, pemimpin Umno akan cuba menfitnah pembangkang.
"Jadi apa isunya sekiranya kita menceritakan kebenaran sekiranya memang berlaku kezaliman kerajaan pada rakyat negara ini.
"Isu yang melibatkan Malaysia-Indonesia berada dalam keadaan murung disebabkan pelbagai isu seperti layanan buruk terhadap amah, malah ada kabar berhubung seorang menteri pernah merogol amah dari indonesia dan pelbagai lagi isu yang gagal ditangani oleh kerajaan." tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut Khairul lagi, tindakan Razali juga sebagi salah satu kaedah murahan untuk menarik perhatian ahli Umno berikutan perhimpunan Agung Umno yang bakal di adakan hujung November ini.