Ada Cubaan Sabotaj Kereta Anwar, Kata Pemandu



PETALING JAYA 10 MEI : Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat laporan polis petang ini kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa dinaiki Ketua Pembangkang itu dan keluarganya.

Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat mendedahkan satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.

Abdullah Sani bin Haji Said yang bertugas sebagai pemandu untuk keluarga Anwar selama 28 tahun akan membuat laporan polis itu pada pukul tiga petang di Balai Polis bersebelahan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya.

Butir-butir penuh mengenai sabotaj itu akan didedahkan selepas beliau membuat laporan itu.