HA..HA...KECUT BILA NAK KENA SAMAN......

Bukan main menyalak bila pekena kerajaan negeri Pualau Pinang. Bila nak kena saman mula mengelabah...


Persatuan Kontraktor Melayu dilapor minta maaf pada Guan Eng

January 07, 2011



KUALA LUMPUR, 7 Jan — Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.

Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.

“Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang ‘blacklist’ 46 kontraktor Melayu,” kata Lim (gambar) dalam laman sosial Facebook hari ini.

Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.

Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.