SEDIH APA.....SEMUA HANGPA NAK SAPU...KAIN PELIKAT PUN NAK SAPU,BAJA NAK SAPU,5 TAHUN SEKALI HANGPA PANGKAH UMNO

Pulang semula RM100 bukan sandiwara

01/10/2010 2:47pm

KEPALA BATAS - Tindakan sekumpulan warga emas memulangkan semula bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri kerana dana perjudian bukan dipaksa ataupun sandiwara.

Kumpulan ini melahirkan rasa kesal dan mendakwa dituduh berbuat demikian oleh seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang.

Menurut imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, beliau kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh exco berkenaan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan.

"Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tidak berlakon ataupun bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati kami yang sangat sedih.

"Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan diperoleh daripada sumber haram," katanya ketika mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri hanyalah satu sandiwara.

Saidin yang telah berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun di masjid berkenaan turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu. - Bernama

No comments: