JAGA PERKASA SUDAH LAH...CAKAP PANDAI PI .....BERTANDING DI GALAS...

Perkasa gesa ahli PKR pilih Mustaffa timbalan presiden, tolak Azmin

October 04, 2010
Arman: Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli-ahlinya tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR, sebaliknya meminta supaya memilih Mustafa Kamil Ayub.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakang Abimnya.

“Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu,” kata beliau.

“Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman.

Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam.


No comments: