LAGI NAK BODEK

MAYC kecam pihak yang mengaibkan Dr. Mahathir

SEREMBAN 30 Mei - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Sembilan mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula isi kandungan buku karya Barry Wain jika ia benar mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Kehormat MAYC negeri, Firdaus Aziz berkata, buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mula diedarkan April lalu perlu dihentikan pengedarannya jika ada unsur fitnah dan memburukkan pemimpin negara itu.

''MAYC negeri juga mahu Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan perjumpaan dengan pengurusan Universiti Malaya (UM) supaya kampus itu tidak digunakan oleh pihak yang mahu merosakkan pemikiran penuntut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, MAYC Negeri Sembilan kesal dan kecewa dengan pengurusan UM yang tidak serius dalam memastikan kampus itu bebas daripada sebarang anasir menghentam pemimpin negara.

''Sepatutnya kawasan universiti digunakan untuk penuntut mendalami ilmu dan membentuk golongan penuntut yang berkualiti," ujarnya.

Katanya, sepatutnya program anjuran Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) UM itu digunakan untuk mengkaji dan mendalami kebolehan serta kejayaan yang telah diterajui oleh Mahathir.

''Sebagai golongan belia yang membesar dalam kepimpinan Dr. Mahathir, tentulah hati kami terguris apabila pemimpin idola ini dipersenda oleh pihak berkepentingan dan berniat jahat," ujarnya.


WOIIII MAMAT....BUDAK UNIVERSITI CERDIK DARI MU LA.....BUKAN LEMBU DI CUCUK IDONG.....NGOKKKK

No comments: