SEBERANG JAYA-Program memberi bantuan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di nyatakan hari ini apabila ketua Menteri Lim Guan Eng meyampaikan kepada 200 warga emas yang mewakili keseluruhan yang akan menerima terus dari JKKK kampung masing-masing.
Ianya berlangsung petang tadi dan di hadiri oleh exco kerajaan negeri.
MAKLUMAT LANJUT AKAN MENYUSUL.
SEBERANG JAYA, 20 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mengotakan janji apabila seramai 200 orang warga emas seluruh Seberang Perai menerima wang RM100 setahun sebagai penghargaan mereka peringkat Perdana di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya petang tadi.Hdiah RM100 ini diberikan kepada JKKK(N) dahulu sebelum di berikan kepada semuanya warga emas melalui JKKK.
SEBERANG JAYA, 20 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mengotakan janji apabila seramai 200 orang warga emas seluruh Seberang Perai menerima wang RM100 setahun sebagai penghargaan mereka peringkat Perdana di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya petang tadi.Hdiah RM100 ini diberikan kepada JKKK(N) dahulu sebelum di berikan kepada semuanya warga emas melalui JKKK.
Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng diiringi Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman serta Exco Kerajaan Negeri .Ini membuktikan bahawa ianya bukan sekadar laungan kosong, namun ianya di lihat usaha kerajaan negeri yang berjaya menjimatkan perbelanjaan dan dengan inilah di berikan semula kepada rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira latarbelakang politik,bangsa,dan agama.
Prinsip 3P iaitu Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan bukan slogan kosong bahkan telah menjadi realiti BN hingga segala curahan yang mereka berikan tiada tolok bandingnya dengan kemajuan yang diperolehi oleh Negeri Pulau Pinang dari dulu sehinggalah sek
arang.
"Untuk pengetahun anda semua seluruh warga emas yang didaftarkan berjumlah 82,983 orang. Jumlah itu meliputi 54 peratus di bahagian pulau manakala 47 peratus di Seberang Perai. Kami bukan anti Melayu atau Islam sebagaimana yang digambarkan kepada umum," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.
Beliau juga mengucapkan terima kasih pada jentera Adun, Ahli Parlimen, Senator, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Selagi Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang selagi itulah bantuan kepada warga emas akan diteruskan tanpa ada pilih kasih sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan BN dahulu.
"Kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang dengar suara rakyat, buat kerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat tetap tidak akan melupakan jasa yang telah ditaburkan demi pembangunan Pulau Mutiara, " kata Lim bersemangat.
Wrlr/harakah.