KES ROHAIZAT BENAR ATAU PENIPU AKAN DIKETAHUI HARI INI


UPDATES 800 PAGI 20/8/09


Hari ini kita akan mengetahui keputusan sama ada benar dakwaan Ahmad Maslan bahawa rakan kongsi Rohaizat yang menyalahgunakan dana persatuan pekebun kecil di Pulau Pinang sebanyak RM150K.

Satu kenyataan akhbar akan di keluarkan hari ini dimana Yusri akan memberi butir-butir terperici mengenai dakwaan yang dikenakan kepada beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Jika benar rakan Rohaizat yang bersalah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno, tidak diketahui mengapa Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Majlis Peguam memecat "wira" Umno itu.

Isu wira Umno dibuang padang oleh Majlis Peguam itu juga menimbulkan persoalan siapakah yang berbohong.

Silih berganti para pemimpin Umno menuduh rakan Rohaizat dalam firma guamannya yang bersalah.

Sedangkan, Ragunath pula menyatakan, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

Kenyatan akhbar akan dikeluarkan hari ini dan kita akan mengetahuinya. Blog ini akan berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci.