POLIS MERAMPAS KUNCI KENDERAAN YANG MEMBAWA BENDERA

Kemeriahan anak muda meyambut kemenangan PAS berakhir apabila beberapa sekatan jalanraya dilakukan dimana polis menahan motosikal di persimpangan lampu isyarat dengan memaksa penunggang motosikal ke balai polis.

Operasi juga di lakaukan di tengah-engah bandar terhadap kenderaan yang mengibarkan bendera dikenderaan masing-masing dengan menahan kenderaan dan merampas bendera.

Menurut meraka usaha ini dilakukan kerana tidak mahu sambutan anak-anak muda ini berterusan dan disamping ianya dilakukan dengan cara yang agak berbahaya dengan memandu secara laju dan berramai-ramai.

Pada mulanya konvoi ini bermula secara sedikit demi sedikit dan akhirnya bergabung menjadi satu gerombolan yang besar dan hampir mencecah lebih 500 buah motosikal yang membawa bendera.

Polis bukan sahaja mengejar malah bermain kejar-mengejar dengan penunggang motosikal dengan merampas kunci kenderaan ketika sampai di lampu isyarat.Turut terlibat ialah unit udara.Operasi berakhir jam 100 pagi.Ratusan kenderaaan di periksa di balai Polis kontijen Kuala Terengganu pagi tadi.

Apabila di tanya anak muda mereka menyatakan perasaan puas kerana kemenangan caon Pas dan menaikkan nama Pakatan Rakyat, walau mereka membayar dengan harga tinggi disaman pihak polis.