PERMOHONAN MAAF HISHAMUDDIN SUDAH TERLEWAT,RAKYAT TELAH TOLAK


ELOK LAH SIMPAN KERIS.SETELAH TEWAS.INILAH PENGAJARAN KEANGKUHAN KEPADA RAKYAT,JUGA TIDAK MEMBELA KAUM GURU DAN MELETAKKAN GURU DITEMPAT YANG SEWAJARNYA.
Kuala Lumpur-26April, setelah tewas barulah Hishamuddin Hussein mahu memohon maaf kepada rakyat terutamanya kaum Cina dan kaum India kononnya beliau tersilap membuat percaturan dan mengganggap bahawa keris adalah lambang kaum Melayu.
Kepada kaum Melayu pula Hishamuddin menyatakan bahawa beliau tidak dapat mempertahankan keris sebagai penyatuan kaum Melayu dan sebagai lambang kekuatan Melayu.
Sebenarnya dua pernyataan diatas memang dapat dipertikaikan setelah kekalahan UMNO kali ke 2 .Kali pertamanya ialah pada pilihanraya tahun 1999 dan kali ini lebih teruk lagi. UMNO dikatakan hampir menunggu masa untuk kembali pulih .
Permohonan maaf Hishamuddin adalah terlalu lewat untuk dibuat analisa. Sejak dahulu kaum Cina tidak gemar dengan menghunus keris apabila UMNO tidak berpuas hati dengan kaum tersebut dan setiap kali juga keris itu dihunus.
Kepada kaum Melayu, keris adalah lambang kekuatan zaman dahulu kala.Jika sikap Melayu diambil kira,bukan diketika perhipunan agung UMNO sahaja parti tersebut memakai baju Melayu dan diketika menjelang hariraya, lambang Melayu adalah kekuatan raja-raja Melayu Melayu yang telah di robek UMNO dan kedaulatan bahasa juga dinodai UMNO. Inilah yang menyebabkan kaum Melayu tidak menyenangi UMNO.
Kes mempermainkan raja-raja Melayu berlaku di awal tahun 1990an, apabila Mahathir dengan bantuan akhbar-akhbar Melayu mempersendakan dan membogelkan Raja-raja Melayu sehingga mengaibkan golongan tersebut dan menyebabkan rakyat memandang rendah kepada golongan istana. Kini dengan kuasa yang ada pada Mahathir juga, beliau telah membuang kedaulatan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di sekolah-sekolah Melayu.Bagi kaum Melayu lambang keris tersebut tidak ada gunanya jika hanya sekadar menjunjung keris tetapi mengabaikan kaum Melayu. Ini lah mesej jelas yang harus disedari Hishamuddin ejak awal lagi jika hendak memohon kemaafan dan bukannya menyatakan bahawa beliau tidak dapat mempertahankan semangat keris.Semoga keinsafan ini menjadi pengajaran yang berguna.