700 UNDI POS UNTUK UMNO DI PERMATANG PAUH,USTAZAH NUR BAHIYAH MENENTANG WAN AZIZAH ????.



PERMATANG PAUH 20 FEBRUARI 2008-Bahang pilihanraya yang makin hangat di Permatang Pauh, kini dihangatkan lagi dengan berbagai desas desus yang makin menggila. Dengan tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, orang ramai tertanya-tanya siapa calon PKR Penanti dan Seberang Jaya, dua kawasan ADUN yang akan di tandingi oleh PKR,dan dua kawasan ini juga PKR menghadapi kekalahan pada pilihanraya yang lepas.


Antara desas desus yang hangat di perkatakan ialah kemasukkan ahli baru UMNO, Ustazah Siti Nor Bahyah yang mengikuti jejak fakir Dr Mashitah. Jika ini berlaku , amat malang buat kerjaya Ustazah Nor Bahyah kerana orang ramai, yakni masyarakat akan hilang rasa hormat masyarakat sebagaimana yang berlaku kepada Dr Mashitah.Manakala Ustaz Firdaus aka Imam duit akan diletakkan di DUN Permatang Pasir menentang YB Hamdan Abdul Rahman.
Jangan bermain api Ustazh,kerana ianya merosak nama Ustazah di mata masyarakat,cakar rimau pun tak mahu mengaum.
Walau bagaimana pun , sesiapa sahaja yang menentang dan menjadi calon di Permatang Pauh, masyarakat akan tetap memberi tentangan yang cukup hebat. Lihat sahaja bagaimana yang berlaku kepada Imam masjid negara,Ustaz Firdaus, rasa hormat masyarakat hilang bila bertanding di atas tiket UMNO.Kalau dahulu menjadi Imam masjid negara,mungkin nama beliau akan lebih harum di mata masyarakat berbanding sekarang.Peristiwa menentang tong sampah akan tetap menjadi ingatan kepada seluruh masyarakat , bahawa seorang imam boleh menjadi begitu bebal dengan menendang tong sampah.
Selain itu terdapat juga desas desus bahawa semua kakitangan kerajaan yang bertugas di Bandar Perda khasnya pasukan keselamatan, Bomba dan sebagainya akan diberikan undi pos untuk mengundi di Parlimen Permatang Pauh.maka kerana itulah kemenangan di Permatang Pauh masih lagi menjadi percaturan dan adakah ianya akan terus di pertaruhkan dengan menjadikan SPR sebagai salah satu komponen besar Barisan Nasional.??????