Saturday, May 24, 2014

CONTOHI TENTERA THAILAND

Tentera tahan bekas PM Thailand

Seorang gadis memegang lilin dan menutup mulut dengan poster pelekat sebagai bantahan tindakan ketenteraan di Bangkok, Thailand. Gambar Reuters, 24 Mei, 2014.Seorang gadis memegang lilin dan menutup mulut dengan poster pelekat sebagai bantahan tindakan ketenteraan di Bangkok, Thailand. Gambar Reuters, 24 Mei, 2014.






















Tentera Thailand menahan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan beberapa anggota keluarganya selepas memanggil beliau dan menteri-menteri lain untuk mengadakan perbincangan di Bangkok semalam, sehari selepas tentera melancarkan rampasan kuasa daripada kerajaan sementara.
"Kami (tentera) menahan Yingluck, saudara perempuannya dan ipar lelakinya," kata seorang pegawai kanan tentera seperti dilaporkan Reuters.

Kedua-dua anggota keluarga Yingluck itu memegang jawatan kanan dalam politik.Ini berikutan adanya beberapa laporan berkaitan dengan rasuah.

Laporan ini juga membuktikan bahawa Thailand , subuah negara yang tidak pernah dijajah itu mempunyai kredilitili pasukan tenteranya dan tanggungjawab bagi menjaga keharmonian negara.Bagaimana dengan tentera kita???

"Kami akan melakukan yang terbaik dalam tempoh tidak lebih daripada seminggu, tempoh itu pun sudah dianggap agak lama.
 Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha tiba di Kelab Tentera di Bangkok, Thailand untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin peringkat tinggi negara itu. Gambar Reuters, 24 Mei, 2014.



















 Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytiharkan dirinya sebagai perdana menteri sementara, sehingga penggantinya dilantik secara rasmi untuk mengambil alih pemerintahan negara itu.

Majlis Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NPOMC) dalam pengumumannya berkata, Prayuth yang juga komander majlis berkenaan, akan bertugas menjaga hal ehwal pentadbiran termasuk hubungan luar negara.


 Dalam kenyataan yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan, tentera turut mengenakan sekatan ke atas kesemua 155 individu terbabit daripada meninggalkan negara ini bagi memastikan konflik politik yang berlanjutan sejak enam bulan lalu dapat diselesaikan, selain bagi mengekalkan keamanan.

“Kami perlu menyelesaikan segala masalah di dalam negara terlebih dahulu," kata pegawai itu, yang enggan menyatakan di mana Yingluck ditahan. – 24 Mei, 2014.


SUMBER: MALAYSIAN INSIDER,WIKIPEDIA- WRLR
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers