Laporan terhadap Karpal Singh sesungguhnya berniat jahat dan politik sempit UMNO.Itulah yang diluahkan oleh para penyokong PR.Ini adalah kerana pandangan Karpal adalah pandangan dari sudut perundangan.Memang betul pun kerana selama ini Raja-Raja tidak pernah mencampuri urusan politik yang melibatkan UMNO.Kita akan mengkajinya dalam beberapa peristiwa yang pernah UMNO lakukan kepada Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebelum ini mempersoalkan kuasa Sultan Perak khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.Namun menurut Karpal lagi apa yang beliau katakan adalah dari segi perundangan kuasa sultan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.Sebenarnya Sultan Azlan sendiri pun telah selesaikan dengan cara yang elok bersama YB Ahmad Nizar.
Cuma yang menjadi masalahnya ialah perkara ini dibangkitkan oleh UMNo yang telah tewas dan tidak mendapat mandat dari orang -orang Melayu sendiri.Mereka cuba bangun kembali dengan membawa isu kedaulatan Sultan.Pada hal mereka juga yang pernah mempermainkan arahan sultan-sultan malah mengenepikan segala macam bentuk perkara yang seolah-olah sultan adalah tongkol kayu.
Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai MB", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana.Itu yang terbaru selepas piliharaya Semuanya berunsur menghina dan menderhakai pihak istana.
Ditahun 1993 Mahathir dengan sekongkolan akhbar utusan telah mendedahkan betapa Sultan-Sultan melakukan perkara-perkara yang begitu buruk,jijik,tidak bertimbang rasa,tidak berjiwa rakyat,malahan jika di fikirkan lagi,UMNO lah yang penah memalukan Raja-Raja Melayu sendiri . Maka jelaslah bahawa UMNO hanya mengambil kesempatan dan perasaan tidak puas hati mereka itu sebenarnya telah menyebabkan rakyat menjauhi mereka juga.