INI DIA CONTOH PARTI PELACUR...KATA KATA YM KULI.



 Apabila ahli PAS ditanya tentang kerusi N.41 Puteri Wangsa, siapakah yang patut mereka dipilih? Tiada calon PAS atau PN di situ. Kalau PN letak calon pun, kena tengok dulu, jika daripada BERSATU tetap tak boleh undi. Walaupun dia Islam. 









Sebahagian besar komen daripada penyokong PAS ketika ini cenderung memilih MUDA kerana mereka melihat parti tersebut lebih boleh diterima dan tidak bersekongkol dengan DAP.


Namun hari ini, pendirian itu telah menjadi lebih jelas apabila pimpinan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyeru penyokong PAS supaya mengundi calon BN. 


Ini bermakna di N.41 Puteri Wangsa, mereka diminta mengundi Ms. Teow, walaupun beliau berbangsa Cina dan bukan beragama Islam, serta partinya juga tidak menyokong pelaksanaan hudud (sama macam DAP). Pada masa yang sama, calon MUDA dan PH diketepikan walaupun mereka berdua beragama Islam. Calon PH juga terbukti membawa suara umat Islam di seluruh dunia termasuk isu P.


Justeru, selepas ini janganlah lagi menjadikan isu agama atau kaum sebagai ukuran mutlak dalam kempen politik. Hakikatnya, keputusan politik sering dibuat berdasarkan strategi, gabungan dan pertimbangan kepentingan yang lebih luas. Ya, sudah pasti - ia memang dibenarkan oleh agama Islam. 


Bagi pengundi pula, fokus utama sepatutnya ialah memilih calon yang benar-benar berkelayakan, berilmu, berpengalaman, berintegriti dan mampu berkhidmat untuk kepentingan rakyat serta negara, tanpa mengira kaum atau agama semata-mata.


---

Syihabudin Ahmad





APA NAK SUSAH...MEMANG DARI DULU SIKAP UMNO MACAM TU...LAMA LAMA RAKYAT PUN OAHAM..SAMPAI TINGGAL 29 KERUSI MASIH LAGI NAK SOMBONG.



 “Nak bagi Perdana Menteri guna kompleks penghulu di Sungai Balang pun tak boleh?”.





Dakwaan itu dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim yang mempersoalkan layanan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan ke Sungai Balang, pada dua minggu lalu.


#malaysiagazette #PRNJohor #PakatanHarapan #PH #JohorMemilih #PRNJohor2026 #UndiJohor  


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com





SEMALAM DI SEGHOMBAN



Norman Radzuan.






Semalam di Seghomban ( Seremban ) bertemu kawan lama disertai seorang lagi kawannya. Sengaja saya ke sana utk mendalami ‘mood’ politik semasa N9.


Kebetulan dia penyokong parti Keris Tanpa Sarung. Tapi mcm kawan2 lain saya boleh duduk semeja dengan mereka. Itu bezanya saya dan Onn… berbeza ideologi tapi boleh duduk pekena kopi semeja.


Bila dua2 kaki politik… topik politik main perbualan selain kisah Cinggey lama dan keluarga. Kedua kami memang suka bergurau.


Saja den usik dia, kenapa UMNO N9 tak pertahankan Tuanku Mukhriz.


Jawabnya, : “ Ekau tak faham adat N9…”. 


Saya balas: “Ok den tak faham adat… jelaskan kan lah.”


Jawabnya : “ Adat N9 ini 4 Undang tu berhak utk menurunkan takhta Tuanku Mukhriz.”


Saya balas : “ Aik mudahnya, kalau 4 ini sepakat atas sb peribadi… mudahnya seorang Raja kena turun takhta?”


Jawabnya: Aah gitu la.


Saya balas: ( Bila dia jawab begitu saya tahu dia sendiri pun tak faham perlembagaan Undang2 N9, jadi saya ambil peluang ). 


Kalau ekau baca skg dekat google pun ada beritahu, Berdasarkan Undang2 Tubuh Negeri Sembilan, Undang Yang Empat tidak mempunyai kuasa perundangan untuk memecat atau menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar secara unilateral.


Jawabnya: Rais Yatim tu pakar undang2… dia tahu la Man… ekau ni memandai mandai. Undang Yang Ompat ini boleh melantik, Yang Ompat ini juga boleh melucutkan. 


Saya balas: Betul ikut adat tapi kena beradab. Kena panggil Tuanku sebab apo? Bagitau dkt Raja dulu, bukan terus lantik Raja baru… Tuanku Mukhriz tu Raja, bukan ketua kelas yang suka hati nak tarik jawatannya (kedudukan baginda).


Den nak tanya Tuanku Mukhriz dah hilang upaya ka, dah gila ka, langgar martabat Istana ka??? Undang Yang Empat tak bulih main pacat macam tu yo. Kono ado siasatan yang ponuh dan longkap utk buktikan salah laku tu.


Nak buang orang kojo pun kena DI dulu…ini kan Raja.


Jawabnya: Pasal itu Den tak tahu mungkin ada sebab tertentu Undang 4 marah (confirm dia pun tak baca atau tidak faham Perlembagaan atau adat Perpatih ini).


Saya balas: Marah je mana boleh gitu. Den nak tanya ini, dekat Selangor bukan main turun demo konon bela Sultan, kenapa di N9 UMNO sini tak pertahankan Tuanku.


Jawabnya: Kami tak mahu masuk campur.


Saya senyum dan hentikan isu tersebut sebelum menjadi panas. Adat berkawan perlu beradab. Lagi pun sekejap lagi dia nak belanja Ikan Keli Cili Padi.


Pandangan peribadi saya selepas beberapa kali turun ke N9, sedikit kelebihan kepada PH memandangkan rakyat N9 marah tindakan Jalal dan mereka sangat kasihkan Tuanku Mukhriz.


Malah seorang rakan yang ditemui memberitahu pilihanraya N9 ini bukan sahaja perlawanan antara PH vs BN tetapi seolah olah nak pilih Tuanku Mukhriz kena pilih PH atau sebaliknya.


Wah menarik apa yang berlaku di N9 sekarang ini. Saya akan turun lagi untuk melihat mood orang Nogori.






KENAPA UMNO JOHOR SERAH 5 KERUSI MELAYU PADA MCA DAN MIC?

 




PAS yakin akan menjadi pembangkang di Johor.

KENAPA UMNO JOHOR SERAH 5 KERUSI MELAYU PADA MCA DAN MIC?


Kali ini PAS begitu yakin boleh menjadi pembangkang di Johor. BERSATU belum keluarkan kenyataan keyakinan mereka utk menjadi pembangkang sepertimana rakan parti komponen PN yg lain.


Kempen sana sini konon nak tegakkan Islam… tiba2 PRN Johor PAS nak jadi pembangkang. Lagi melucukan tiap2 hari ratib Dap Dap Dap… tiba masa bertarung… satu kerusi pun PN tak lawan DAP.


Yg lawan DAP ialah MCA dgn UMNO. Faktanya 


N.02 Jementah - DAP vs MCA

N.06 Bekok - DAP vs MCA 

N.10 Tangkak - DAP vs MCA 

N.12 Bentayan - DAP vs MCA 

N.19 Yong Peng - DAP vs MCA

N.22 Parit Raja - DAP vs UMNO

N.23 Penggaram - DAP vs MCA

N.28 Mengkibol - DAP vs MCA

N.30 Paloh - DAP vs MCA 

N.40 Tiram - DAP vs UMNO

N.42 Johor Jaya - DAP vs MCA

N.45 Stulang - DAP vS MCA

N.46 Perling - DAP vs MIC

N.48 Skudai - DAP vs MCA

N.50 Bukit Permai - DAP vs UMNO

N.52 Senai - DAP vs MCA

N.55 Pekan Nanas - DAP vs MCA


Yg lagi satu tak mahu duduk semeja dgn wakil Cina… tiba2 calon BN lebih ramai Cina dari PH. Cina MCA atau Cina PH yg control Johor ini? Malah PH lebih ramai wakil Melayu berbanding BN mahupun PAS atau BERSATU di Johor.


PH - Calon keturunan Cina 13 org

BN - Calon keturunan Cina 15 org

PH - Calon keturunan India 4 org

BN - Calon keturunan India 4 org

PH -Calon keturunan Melayu 39 org

BN -Calon keturunan Melayu 37 org


Sebab itu bangsa ku… jgn dgr sembang atas pentas… boleh bergegar bumbung khemah. Tapi bila waktu bertarung… fakta dan data menunjukkan sebaliknya.


Lepas itu berdegah degah perpaduan Ummah… PAS dan BERSATU satu rumah tapi alamat lain2. Bersatu apa namanya tu? 


Itu belum lagi PN dan BN… akhirnya bangsa Melayu yg ramai terpedaya sentimen Melayu terancam kena scam dgn game org politik.


Tuan Guru Hadi Awang berkata, “Apa yg penting saya nak tengok Johor diperintah oleh org Melayu Islam.” Ana nak beritahu TGHA….samada PH, BN mahupun PN jadi kerajaan, Johor tetap diperintah org Melayu.


Sebab utama Johor negeri bersultan dan fakta kerua kerusi Cina hanya ada 15 sahaja.  


———————————————————————————-


Buat bangsa Melayu cuba anda lihat fakta di bawah ini yg ditulis rakan saya Adrian.


KENAPA UMNO SERAH LIMA KERUSI MELAYU KEPADA CINA INDIA MCA MIC?


Saya teliti senarai calon BN yang diumum pada sebelah petang tadi dan mendapati seperkara yang menarik.


UMNO telah menyerah 5 kerusi majoriti Melayu kepada calon-calon Cina India.


5 kerusi majoriti Melayu ini adalah:


• N27 LAYANG-LAYANG: Melayu 55%, Cina 30%, India 13%

-> Diserah kepada Cina MCA


• N30 PALOH: Melayu 46%, Cina 36%, India 16%

-> Diserah kepada Cina MCA


• N55 PEKAN NANAS: Melayu 55%, Cina 42%, India 1%

-> Diserah kepada Cina MCA


• N04 KEMELAH: Melayu 54%, Cina 30%, India 5%

-> Diserah kepada India MIC


• N31 KAHANG: Melayu 73%, Cina 21%, India 3%

-> Diserah kepada India MIC


(*Komposisi kaum berdasarkan daftar pemilih tahun 2022)


Johor mempunyai 14 kerusi DUN di mana komposisi kaumnya adalah majoriti Cina dan minoriti Melayu.


BN telahpun mencalonkan Cina India MCA MIC di kesemua 14 kerusi-kerusi ini.


Tidak ada satu pun kerusi majoriti Cina India ditanding oleh Melayu UMNO.


Tetapi dalam kalangan kerusi-kerusi Melayu pula, UMNO telah menyerah 5 kerusi Melayu kepada Cina India MCA MIC.


Paling menarik, N27 Layang-layang.

Penyandangnya orang Melayu sejak tahun 2004.

Lima penggal ditanding dan dimenangi oleh orang Melayu.


Onn Hafiz MB Johor sendiri pernah menjadi ADUN Layang-layang pada tahun 2018.


Tiba-tiba pada tahun ini, kerusi Melayu N27 Layang-layang diserah kepada calon Cina MCA.


Kenapa saya bangkitkan perkara ini?


Walaupun saya Cina dan kebanyakan orang Cina tidak akan setuju dengan pandangan saya, tetapi saya berpendirian bahawa cukup lah 14 kerusi majoriti Cina India itu ditanding oleh Cina India MCA MIC. It is fair kerana Cina India sememangnya merupakan kaum minoriti.


Tidak ada keperluan UMNO menyerah 5 kerusi Melayu tambahan kepada Cina India MCA MIC.


Malaysia (dan Johor) adalah komuniti majmuk. Benar. Tetapi majoriti warganegara Malaysia (dan Johor) adalah kaum Melayu. Maka komposisi di mana Melayu sebagai majoriti itu harus dicerminkan.


Kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dengan majoriti orang Melayu akan wujudkan keadaan yang stabil. 


Sebelum ini, beberapa pemimpin MCA telah mendesak supaya UEC diiktiraf. Ada juga ahli majlis MCA menghina wanita Islam bertudung.


Jadi bayangkanlah sekiranya wakil rakyat kawasan Melayu adalah orang Cina, apakah yang akan berlaku?


Apakah pendirian wakil rakyat Cina MCA apabila timbul desakan supaya UEC diiktiraf?

Cina MCA akan sokong pendirian majoriti Melayu yang tidak mahu UEC, atau sokong kelompok Cina yang mahu UEC diiktiraf?


Apakah pendirian wakil rakyat India MIC apabila timbul desakan supaya biasiswa pendidikan disamaratakan di antara kaum?

India MIC akan sokong pendirian majoriti Melayu yang mahu kekalkan kedudukan istimewa Bumiputera, atau sokong pendirian kelompok India yang mahu biasiswa pendidikan disamaratakan?


Jadi apa sebabnya UMNO menyerah lima kerusi Melayu kepada Cina MCA dan India MIC? Apa keperluan berbuat sedemikian? Adakah wujud tokey-tokey di


Kredit : Adrian






Strategi PAS akan hancurkan UMNO 5-10 tahun mendatang


Norman Radzuan



 Strategi PAS akan hancurkan UMNO 5-10 tahun mendatang

NIAT BURUK PAS UNTUK CONTROL UMNO.




Pendek sahaja… sb sudah 2 kali saya ulas mengrna bahaya kerjasama dgn PAS. Mereka akan makan bakik UMNO apabila mereka kuasai ata merasai lebih kuat dari UMNO.


Percayalah jika PAS tidak berpuashati pembahagian kerusi, Menteri (kalau menang) dan jawatan2 lain… dgn mudah mereka akn ugut UMNO. 


Niat saya utk kawan2 saya di dlm UMNO sedar bergabung dgn PAS bukan jalan penyelesaian utk UMNO bangkit. Ia hanya membuatkan UMNO berada tahap tepu di kalangan org Melayu.


UMNO bakal bukan lagi dominan Melayu kerana di Perlis, Penang, Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang kekuatan PAs jauh lebih kuat dari UMNO. Malah akn jadi lebih teruk bila hulurkan tangan kpd PAS.


Cuba tanya PAS…Mereka boleh serahkan Pahang pada UMNO?




ACAH BERANI....TAPI DIAM TAK BERANI.



Ahmad Faizuddin.





 Saya akan buktikan selama 3 tahun ni apa yang saya ajar. Sebab saya memang rekodkan semua kelas saya. Sume rakaman ada


Bacaan analisis awal. Hasil akhir. Sume ade. Sume dalam Google Groups. Setiap minggu saya ajar. Analyze sume jenis market. Matawang. Saham. Indices. Komoditi.


—


Pernah nampak saya tayang kaya?. Tak kan. Sebab saya explore FOREX untuk faham bagaimana ekonomi dunia bergerak dan bagaimana kesan kepada pelbagai financial market.


Saya memang tak kaya. Sebab saya bukan taik. Saya nak explore ilmu ekonomi dunia.





IYA LAH DAH KO MEMANG OENAKUT..NAK BUAT LAGU MANA?

 


Budak ni memang kelakar la. Debat boleh cetuskan suasana tak harmoni? Siapa ajar dia ni?




Debat ni budaya yang elok. Kalau tak, takkanlah dari peringkat sekolah lagi dah ada pertandingan debat? Apa dari dulu kita 𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 budaya tak elok ke?


Kita tahu dia takut nak berdebat dengan Dr. Maszlee. Tapi beri alasan macam ni, menampakkan 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dia. Takkan dah habis idea sangat?


Kalau dia cakap 𝘀𝗶𝗯𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁, nampak la bermaruah sikit. Tak pun kata Istana tak benarkan. Boleh la diterima lagi. Ini alasan macam kartun.


Parah la kalau MB takut berdebat ni. Biasanya yang takut berdebat ni ada beberapa faktor.


Pertama, mungkin dia jenis 𝗴𝘂𝗴𝘂𝗽 bila cakap depan orang ramai. Kedua, mungkin dia 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗽. Atau ketiga dia jenis 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴. Jenis tak ada idea. Jenis bila bercakap memang tak ada fakta.


Tapi Onn Hafiz ni aku pernah tengok di cakap depan khalayak. Ok je tak gugup pun. Dan setahu aku dia tak gagap. Jadi rasanya sebab yang ketiga la kot.


Dr. Maszlee relax je sahut pelawaan. Padahal kalau nak dikira, Onn Hafiz lerbih banyak 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 sebab dia mantan MB. Banyak perkara yang dia lebih tahu daripada Dr. Maszlee dalam soal pentadbiran Johor.


Tapi terbalik. Dr. Maszlee pulak yang lebih bersedia. Rasa kelakar pun ada. Kesian pun ada. Tapi kesian pun dekat rakyat sebab ada MB 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 macam dia.


Lepas ni kalau BN menang lagi (wana'uzubillah) dan dia jadi MB lagi (wana'uzubillah), bolehlah dia keluar arahan agar 𝗱𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 di sekolah-sekolah dalam Johor.


Sebab takut nanti 𝗰𝗲𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗺𝗼𝗻𝗶 di kalangan murid sekolah. Bukan cara orang Johor pun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ALAHAI...KO BERTANDING BERAPA KERUSI ?

 


Bertanding kerusi pun 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵, nak beri mandat memerintah macamana? Apa jenis lawak ni?




Yang menariknya, dia dakwa PH tak selesaikan lagi masalah rakyat. Tapi dia tak cerita mana datangnya masalah rakyat tu?


Masalah kita meruncing masa PAS/PN memerintah. Masa tu ringgit jatuh merudum, perusahaan tutup, ekonomi lebur, harga barang keperluan seperti ayam, telur, minyak masak meroket, kadar pengangguran meningkat dan lebih parah, dana negara kena 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂.


Masalah tu semua berlaku zaman PN. Dan PN tak selesaikan satu pun. Tubuh jawatankuasa jihad la kononnya tapi hasil 𝗵𝗮𝗯𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸.


Rakyat sampai keluarkan 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘁𝘂𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 tapi PN mengaku itu bantuan daripada mereka. Tak reti malu betul! Dia tak sebut pulak semua ni.


Zaman 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶, pelaburan naik, ringgit mengukuh, pengangguran menurun, inflasi stabil, kadar 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂 menurun dan harga barangan keperluan kekal rendah (turun banyak berbanding zaman PN) walau tanpa subsidi.


Tengok SG4 je cukup. Sampai hari ni, tiada apa-apa kemajuan pun yang mereka bawa. Pengumuman je lebih. Umum itu, umum ini, lepas tu senyap.


Projek yang kerajaan pusat biaya pun dia tak mampu siapkan. Ada yang nak bagi bonus pun kena tunggu dana daripada Pusat. 𝗥𝗲𝗯𝗮𝗻 betul!


Jatuhkan PH dan pilih PN umpama bercerai dengan CEO dan kahwin dengan penagih dadah.  Menghina akal sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




WALAUNTIT NI SIAP SEDIA BAYAR SAMAN. BUKAN MASA NAK MOHON MAAF YA.KESIAN.

 


Che Ibrahim.


Politik dan fitnah sudah tidak dapat dipisahkan, ada saja peluang, terus buat fitnah


Siti Aminah, 




Wanita di sebelah Presiden AMANAH adalah menantu beliau dan juga merupakan sahabat saya dalam sayap Wanita Muda AMANAH, WARDA Nasional


Jadi, hentikanlah budaya politik kebencian dan fitnah murahan. Kita mesti ajar erti tanggungjawab terhadap kata-kata dan tindakan. 


Untuk makluman, Ketua WARDA Nasional telah membuat aduan kepada SKMM dan laporan polis akan menyusul.




PARTI PELACUR ITU SAHIH

 




Che Ibrahim


Dulu UMNO jatuh Malaysia Selamat. 

Bila UMNO jatuh, Pas yang beri tongkat dalam Muafakat Nasional (MN).


Kini bila UMNO berdepan cabaran dari rakan perpaduan PH, Pas memilih untuk menyokong UMNO/BN. 


Muslihat politik apa lagi yang Pas mahu tonjolkan?





UNDI PH


 

PAS YANG GAGAL


 

TALAM BANYAK MUKA PAS


 

PERTABALAN UNDANG LUAK


 

KAMU ADALAH MB YANG GAGAL


 

POLITIK TAK PERNAH ABAIKAN ORANG BERKECUALI

 

Politik sememangnya tidak pernah mengabaikan orang berkecuali. Mahu tidak mahu, politik akan terus menentukan arah kehidupan rakyat. Mereka yang memilih untuk memahami politik memiliki ruang lebih besar untuk mempertahankan hak dan bersuara. Namun orang-orang yang terus menjauhkan diri, akan “dimakan” politik dan menerima segala keputusan yang dibuat oleh orang lain.


Ramai memilih untuk menjauhkan diri daripada politik atas pelbagai sebab. Ada yang menganggap politik sekadar gelanggang perebutan kuasa, sarat fitnah dan percaturan elit. Ada juga yang berpegang bahawa kehidupan harian mereka tetap akan berjalan seperti biasa walau siapa pun yang memegang tampuk pemerintahan. Sikap sedemikian semakin lazim, khususnya dalam kalangan generasi muda yang melihat politik sebagai sesuatu yang melelahkan dan jauh daripada realiti kehidupan mereka.

Hakikatnya, politik tetap hadir dalam setiap relung kehidupan. Ramai merasakan mereka mampu mengelakkan konflik dengan memilih untuk berdiam diri. Namun dalam sebuah negara demokrasi, sikap berkecuali tetap menghasilkan kesan politik. Apabila sebahagian rakyat enggan mengambil tahu atau memilih untuk tidak mengundi, ruang membuat keputusan akhirnya dipenuhi oleh kelompok yang hadir. Keputusan pilihan raya akhirnya tetap menentukan siapa yang akan mentadbir rakyat, termasuk mereka yang memilih untuk tidak mengambil bahagian.

Harga barang keperluan, subsidi bahan api, kadar gaji minimum, peluang pekerjaan, pembinaan hospital, jaringan pengangkutan awam, kemudahan internet, biasiswa pendidikan malah dasar berkaitan rumah mampu milik, lahir daripada perut politik. Setiap dasar tersebut melalui proses perbahasan, kelulusan dan pelaksanaan yang diputuskan oleh pihak yang memegang kuasa pemerintahan. Keadaan ini membuktikan bahawa politik tidak sekadar cerita di Dewan Rakyat akan tetapi menguis-nguis meja makan setiap rumah. Maka, bagaimana lagi kita boleh menafikan kesan politik ke atas kehidupan kita?

Paulo Freire menerusi karya Pedagogi Kaum Tertindas mengingatkan bahawa semakin rendah kesedaran politik rakyat, semakin mudah mereka dimanipulasi oleh mereka yang mahu terus mengekalkan kuasa. Ungkapan ini sarat dengan sebuah amaran. Kekuasaan sentiasa mencari ruang untuk berkembang. Tatkala rakyat kurang memahami hak mereka, kuasa menjadi semakin sukar dipersoalkan. Keputusan-keputusan yang kurang menguntungkan masyarakat lebih mudah diteruskan kerana rakyat kurang menilai dasar kerajaan.

Oleh kerana itu, kesedaran politik sangat mustahak dalam menjadi bangsa bertamadun. Kesedaran tersebut tidak semestinya diterjemahkan melalui keahlian parti politik atau penyertaan aktif dalam kempen. Setidaknya mengambil tahu, membaca, menilai fakta, memahami dasar kerajaan dan menggunakan hak mengundi secara bertanggungjawab kerana setiap undi membawa nilai yang sama di sisi undang-undang. Seorang profesor, petani, nelayan, pekerja kilang, doktor atau pelajar, masing-masing memiliki satu undi. Demokrasi memberikan peluang yang seimbang kepada setiap warganegara untuk mempengaruhi perjalanan negara.

Islam sendiri memberikan perhatian besar terhadap urusan pentadbiran masyarakat. Politik dalam perspektif Islam ialah amanah untuk mengurus kehidupan manusia dengan adil dan bukannya sekadar perebutan jawatan.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” (Surah an-Nisa’: 58)

Ayat ini meletakkan dua prinsip besar dalam pemerintahan iaitu amanah dan keadilan. Kedua-duanya menjadi tunjang kepada politik yang membawa maslahat terhadap masyarakat. Seorang pengundi memikul amanah apabila memilih pemimpin yang akan mentadbir negara. Pilihan tersebut akhirnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak.

Lantaran itu, ambillah tahu tentang politik. Kita tak perlu menjadi ahli parti politik. Cukup sekadar mengikuti perkembangan dasar kerajaan, memahami isu nasional, menilai rekod pemimpin dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi sudah. Sikap inilah yang membentuk masyarakat berilmu serta menjadi benteng kepada penyalahgunaan kuasa.

Politik sememangnya tidak pernah mengabaikan orang berkecuali. Mahu tidak mahu, politik akan terus menentukan arah kehidupan rakyat. Mereka yang memilih untuk memahami politik memiliki ruang lebih besar untuk mempertahankan hak dan bersuara. Namun orang-orang yang terus menjauhkan diri, akan “dimakan” politik dan menerima segala keputusan yang dibuat oleh orang lain. — AlHijrah Online



PRU Johor: PM Anwar Seru Rakyat Beri Mandat Kepada Calon Pakatan Harapan

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyeru rakyat Johor memilih calon PH pada PRU DUN Johor ke-16 pada 11 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon rakyat Johor memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu untuk menerajui pentadbiran negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Menerusi hantaran menerusi media sosial hari ini, Perdana Menteri sekali gus menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah itu dengan penuh bertanggungjawab dan ia tidak akan sekali-kali disia-siakan.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon PH untuk memimpin Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa membabitkan ayat 58 yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.

Pada PRU Johor kali ini, PH bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula dari N01 Buloh Kasap di Segamat sehingga N56 Kukup, di Tanjung Piai.

PRU Johor akan berlangsung pada 11 Julai depan, manakala pengundian awal pada 7 Julai dengan lebih 2.7 juta pemilih layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi membentuk kerajaan negeri baharu bagi tempoh lima tahun.

Kalau mahu BN menang Johor, tarik diri sahaja dari 11 kerusi


 


Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar menggesa Pas supaya tidak mempermainkan maruah pengundi Johor dengan menghantar mesej politik yang bercanggah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, arahan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta ahli, penyokong dan pengundi Pas mengundi calon BN di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) menimbulkan kekeliruan serius terhadap pendirian sebenar parti itu.

Katanya, pendekatan tersebut mencerminkan politik baharu Pas yang merosakkan prinsip demokrasi kerana di satu pihak Pas meminta rakyat menolak BN di 11 kerusi yang ditandinginya, tetapi pada masa sama secara rasmi mengarahkan penyokong membantu kemenangan BN di kawasan lain.

“Jadi, yang mana satu pendirian Pas? Adakah BN parti yang wajib ditolak, atau parti yang wajib disokong? Prinsip politik tidak boleh berubah mengikut sempadan DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, sekiranya Pas benar-benar percaya Johor perlu terus diperintah BN atas alasan mahu mempertahankan kerajaan Melayu-Islam, parti itu sepatutnya berterus terang kepada rakyat dan menarik diri daripada semua 11 kerusi yang sedang ditandingi.

Menurutnya, tindakan meminta rakyat menjatuhkan BN di sesetengah kawasan tetapi mengarahkan kemenangan BN di kawasan lain adalah pendirian yang tidak jujur dan hanya mengelirukan pengundi.

“Tarik diri sahaja daripada 11 kerusi yang ditandingi dan beri laluan sepenuhnya kepada BN.

“Itulah pendirian yang jelas dan jujur. Jangan di satu tempat meminta rakyat mengalahkan BN, tetapi di tempat lain mengarahkan rakyat memenangkan BN,” kata Mahfuz.

Kerjasama politik

Terdahulu, Tuan Ibrahim dilaporkan menggesa penyokong PN mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan pembangkang itu pada PRN Johor bagi menghalang kemenangan PH.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menegaskan pendirian itu tidak bermaksud Pas menjalin kerjasama politik dengan BN pada PRN Johor.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, lebih menyedihkan ahli-ahli Pas yang selama puluhan tahun diajar melihat Umno sebagai lawan politik tetapi kini diminta pula mengundi parti sama bergantung kepada strategi pilihan raya.

“Penyokong Pas telah berkorban masa, tenaga dan wang demi perjuangan parti. Mereka bukan alat percaturan politik yang boleh diarahkan sesuka hati mengikut strategi pilihan raya.

“Mereka berhak mendapat penjelasan yang jujur, bukannya arahan yang berubah-ubah,” katanya.

Bekas Naib Presiden Pas berkenaan turut menegaskan rakyat Johor berhak mengetahui sama ada Pas benar-benar mahu menggantikan BN atau sebenarnya sedang membantu memastikan BN terus memerintah negeri itu.

“Jika benar mahu menjadi pembangkang, lawan BN secara konsisten. Jika benar mahu BN terus memerintah Johor, nyatakan secara terbuka dan tarik diri daripada semua kerusi yang ditandingi.

“Kejujuran kepada rakyat jauh lebih mulia daripada percaturan politik yang mengelirukan. Bangsa Johor bukan barang jualan,” tegas Mahfuz lagi.



Bang Mat seru pengundi pilih pemimpin bekerja untuk rakyat, sokong PH di DUN Mahkota


 


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru pengundi DUN Mahkota memilih pemimpin yang bekerja untuk rakyat, dengan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Zuhan.

Berucap pada ceramah kempen di DUN Mahkota malam tadi, beliau berkata, Dr. Zuhan membawa semangat perpaduan serta iltizam untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Menurutnya, Johor memerlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat, bukannya sekadar berpolitik.

“Kita mahu membina negeri yang terus maju, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mengukuhkan ekonomi tempatan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau turut mengajak pengundi DUN Mahkota memberikan sokongan kepada calon PH, Dr. Zuhan.

“Undilah calon nombor tiga, Dr. Zuhan daripada Pakatan Harapan. Bersama-sama kita bawa harapan baharu, memperkukuh perpaduan dan membina Johor yang lebih makmur untuk semua,” katanya.

Sementara itu dalam perkongsian berasingan di Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR itu merayu rakyat Johor untuk memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah An-Nisa: 58)


KEHADIRAN TOKOH PAS



 Tokoh influencer terkenal PAS , father Aspirasi memberi kata kata azimat pada Pengarah Pilihanraya PAS Johor Tn Guru Hj Annuar Musa - Ustaz Mat Idris Al Saguni




Senarai pendek pengganti anti-kapal NSM oleh MINDEF




 👉 










Kementerian Pertahanan Malaysia telah menyenarai pendek empat buah negara sebagai pembekal berpotensi bagi sistem peluru berpandu anti-kapal projek Kapal Tempur Pesisir (LCS). Langkah ini diambil selepas kerajaan Norway membatalkan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) kepada Malaysia atas faktor keselamatan negara mereka.


Sebagai tindak balas, kementerian telah mengemukakan tuntutan ganti rugi bernilai RM1 bilion terhadap syarikat pertahanan berkaitan susulan pembatalan tersebut.


Empat Negara Calon Pengganti - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyatakan bahawa negara-negara yang sedang dipertimbangkan adalah :


1) Turkiye

2) Korea Selatan

3) Dua buah negara Eropah


Untuk 2 buah negara eropah tersebut kemungkinan negara yang mengeluarkan variasi Exocet, dan Taseo MK2E. 


Kriteria Utama Pemilihan Peluru Berpandu

Pemilihan sistem baharu ini tidak hanya bergantung pada spesifikasi asas, malah fokus kepada beberapa kriteria kritikal.


Integrasi Sistem (CMS) - Peluru berpandu gantian mesti boleh disepadukan dan beroperasi sepenuhnya dengan Sistem Pengurusan Pertempuran (CMS) buatan Perancis yang sedia ada pada kapal LCS.


Tempoh Penghantaran Fast-Track - Kerajaan mengutamakan pembekal yang mampu menghantar peluru berpandu dengan kadar segera. Tempoh menunggu yang terlalu lama (sehingga lapan tahun) adalah tidak diterima bagi mengelakkan kelewatan keupayaan pertahanan maritim.


Kos dan Harga - Harga mestilah munasabah dan berpadutan dengan sistem teknologi tinggi yang ditawarkan.


Keupayaan Setanding NSM - Senjata baharu wajib mempunyai ciri-ciri halimunan (stealth), keupayaan terbang rendah merayap di permukaan laut (sea-skimming) untuk mengelak radar musuh, serta sistem sasaran berketepatan tinggi 💥


Tuan-tuan pilih yang mana ? Nyatakan dalam ruangan komen 👇 


Rujukan Kementerian Pertahanan Malaysia, 

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





SENARAI BANTUAN DI BAWAH KERAJAAN PMX (DATUK SERI ANWAR IBRAHIM)




1)   Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

2)   Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

3)   Bantuan Awal Persekolahan

4)   Bantuan Khas Kewangan

5)   Bantuan Khas Aidilfitri

6)   Bantuan Bakul Rahmah

7)   eMadani / eTunai Belia Rahmah

8)   eWallet RM100 M40, B40 & RM200 setiap bulan 

9)   Baucar Perlindungan Tenang

10) Subsidi Barangan Asas

11) Diskaun Bil Elektrik

12) Program Menu Rahmah

13) Jualan Rahmah (PJR)

14) Skim Perlindungan MySalam

15) Skim Peka B40

16) Saringan Kesihatan Percuma

17) Rawatan Mental & Psikososial

18) Bantuan OKU

19) Program MySTEP

20) Bantuan Rumah Perlindungan

21) Diskaun Bayaran PTPTN

22) Penangguhan Bayaran PTPTN

23) Baucar Buku / eBaucar Pelajar

24) Elaun Latihan Industri

25) Bantuan MyBrain15

26) Subsidi Yuran TASKA/TADIKA

27) Insentif PERKESO Graduan TVET

28) Bayaran Latihan Pekerja Gig

29) Dana IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat)

30) Dana TEKUN / AIM

31) Dana Usahawan Tani

32) Geran Padanan Usahawan Muda

33)Kredit Mikro MADANI

34)Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

35)Latihan Kemahiran & TVET

36)Pas MY50 / MY100

37)Diskaun Pengangkutan Pelajar & Warga Emas

38)Tambang Percuma OKU

39)Bas Percuma Wilayah

40)Skim Perumahan MADANI

41)Bina Rumah Mesra Rakyat

42)Subsidi Pesawah

43)Insentif Harga Getah (IPG)

44)Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)

45)Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

46)Subsidi Baja & Racun

47)Bantuan Input Pertanian

48)Elaun Sara Hidup Nelayan

49)Insentif Tangkapan Laut & Darat

50)Elaun Pekebun Kecil

51)Program Rezeki Tani MADANI

52)Elaun Imam

53)Elaun Bilal

54)Elaun Siak

55)Elaun Guru KAFA

56)Bantuan Sekolah Agama Rakyat

57)Peruntukan Masjid & Surau

58)Sumbangan Maal Hijrah

59)Insentif Khas Guru KAFA

60)Bantuan Khas Penjawat Awam

61)Bantuan Khas Pesara Kerajaan

62)Bayaran Khas Gred 56 ke bawah

63)Kenaikan Elaun ITKA

64)Insentif Awal Aidilfitri

65)Geran PMKS One-Off RM1,000

66)CahayaMata Keluarga Malaysia

67)MyBAS50 (Johor Bahru)

68)Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama

69)Penstrukturan Subsidi Diesel & RON95

70)Bantuan Tunai Diesel Bersasar

71)Pembatalan Kebankrapan Golongan Rentan

72)Dividen Tambahan & Had Pelaburan ASB/ASB2

73)Penambahbaikan/ kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%

74)Wujudkan gaji minima penjawat awam baharu/swasta.

75)Banyak lagi lah, letih pulak nak taip... hahahaha Terbaik DSAI


🟢 Kerajaan MADANI bukan sekadar janji – tapi terbukti memberi manfaat langsung kepada rakyat pelbagai lapisan. 

#KAMISOKONGKERAJAANMADANI😍


#MalaysiaMadani





LEBAI APA LAGU NI ?






Che Ibrahim Mohamed









 Dulu Pas lawan UMNO kononnya UMNO tolak Islam,

Umno tolak hudud,
Umno halal Judi dan arak,
Umno kekal undang undang penjajah.
Tiba tiba kerana berbalah dengan Bersatu, kerana benci PMX, kerana Pas hanya bertanding 11 dari 56 kerusi...keluar arahan suruh ahli Pas undi UMNO...dalil apa pula yang Pas pakai??

Dulu usahkan undi UMNO, sokong UMNO pun tak sah jadi imam, taksah jadi wali nikah, haram makan sembelihan orang UMNO.
Sekarang suruh undi pula... Lebai apa ni???