Tugas dipikul dengan amanah.MAJU BLOM ?

 


Tugas dipikul dengan amanah.

Bercakap tentang amanah ni, jawatan Menteri Besar adalah satu 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 untuk majukan negeri.
Dah maju belum negeri tu? Tanya je. Guane boh?

JANJI BN DULU



 Dulu tahun 2022 BN janji, anak muda sewa dan dapat rumah. Hari ni 2026, BN downgrade janji hanya nak bantu deposit sewa je..Buat Menifesto macam tak pernah jadi kerajaan. Walhal dah 69 tahun pegang Johor.




GOYAH

 


kita sangka hati mereka bersatu, tapi hati mereka berpecah belah.. 3x tukar PM, 3x tukar Ketua Pembangkang..





Pelantikan Undang Luak Sungai Ujong ke-11 hari ini membuka lembaran baharu dalam sejarah Luak Sungai Ujong.


ISLAH




 Pelantikan Undang Luak Sungai Ujong ke-11 hari ini membuka lembaran baharu dalam sejarah Luak Sungai Ujong.

Di sebalik pelantikan ini, ada satu prinsip penting yang wajar difahami. Dalam Adat Perpatih, autonomi Luak sentiasa dipelihara. Kuasa melantik dan memberhentikan Undang berada di tangan institusi adat mengikut hukum adat, bukan ditentukan oleh tekanan politik atau campur tangan pihak luar.
Pemberhentian penyandang terdahulu juga melalui proses yang diperuntukkan dalam adat, termasuk pendengaran Anak Waris, penelitian terhadap keterangan serta bukti, sebelum keputusan dimuktamadkan mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.
Menghormati pelantikan hari ini bererti menghormati proses adat yang telah menjadi tunjang pemerintahan Luak sejak turun-temurun. Institusi yang dihormati ialah institusi yang diberi ruang menjalankan amanahnya mengikut adat, tanpa diganggu kepentingan lain.
Ikuti kami:
📘 Facebook

Epilog Sebuah Penempatan: Renungan Tentang Kampung Lee Kong Chian

 


Apa sahaja pembangunan yang dilakukakan di Kampung Lee Kong Chian seharusnya tidak meminggirkan nilai sejarah dan kenangan yang tercipta sejak puluhan tahun lalu.

PENDAPAT, 28 Jun – Dunia bergerak pantas. Di Wangsa Maju, jejak sejarah Kampung Lee Kong Chian kini semakin malap ditelan arus kemajuan.

Sejak 1927, tanah ini bukan sekadar sebuah penempatan pekerja kilang Lee Rubber; ia adalah monumen hidup yang menyimpan seribu satu memori kolektif. Pandangan saya mengenai polemik yang menyelubungi masa depan tanah ini telah pun saya kongsikan secara terperinci sebelum ini dalam artikel di Suara KEADILAN.

Kerjasama semua pihak dalam menyelesaikan isu Kampung Lee Kong Chian wajar dicontohi tatkala Malaysia terus membangun wajah baharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Sebagai penasihat yang tidak menetap di sini, tugas saya adalah menjadi jambatan. Saya sedar kedudukan saya—saya tidak mencampuri urusan pampasan bagi mengelakkan polemik politik, namun saya komited memastikan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya.

Usaha ini tidak akan berhasil tanpa sokongan moral daripada Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Lo Su Fui.

Begitu juga dengan kerjasama Tuan Ismadi Sakirin dari DBKL dan Ketua Kampung, Encik Tan Lai Kee, yang membolehkan sebahagian keluarga penduduk beralih ke penempatan PPR yang lebih selesa.

Kita tidak boleh lari daripada realiti perundangan. Tanah ini adalah hak milik persendirian, dan kita perlu akur dengan hakikat undang-undang. Namun, pembangunan semula tidak harus menjadi pemusnah.

Warisan tradisi Kampung Lee Kong Chian wajar dipertahankan demi tatapan generasi akan datang biarpun ia bakal lenyap ditelan arus pembangunan.

Kita boleh belajar daripada pengalaman Singapura pada tahun 1970-an; mereka berjaya mengubah kampung-kampung lama menjadi bandar moden tanpa menghilangkan jiwa komuniti yang unik.

Ini adalah visi “Malaysia MADANI” yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim—sebuah negara di mana pembangunan bandar raya inklusif tidak hanya memihak kepada kelompok elit, tetapi menjaga kebajikan golongan bawahan agar mereka tidak tercicir.

Pembangunan Kampung Lee Rubber mengambil kira semua kepentingan semua pihak walaupun mungkin ada yang terpaksa berkorban di saat-saat sukar ini.

Pembangunan masa depan di kawasan ini, yang perlu mematuhi kerangka Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040), sepatutnya mengintegrasikan perumahan mampu milik seperti Rumah MADANI dan RumahWIP seiring dengan projek komersial.

Bagi saya, pampasan RM50,000 hanyalah angka di atas kertas; ia tidak mampu membayar nilai nostalgia atau “buku sejarah hidup” yang kita miliki di sini. Itulah sebabnya, sebelum jentolak meratakan segalanya, saya mengambil inisiatif merakamkan keindahan kampung ini dalam video muzik Tahun Baru Cina tahun ini—sebuah dokumentasi cinta sebelum ia hilang.

Saya mengambil inisiatif merakamkan keindahan kampung ini dalam video muzik Tahun Baru Cina tahun ini—sebuah dokumentasi cinta sebelum ia hilang. Foto Lai Chen Heng

Saya berharap pemaju dan pihak berkuasa dapat mencari titik pertemuan yang bermaruah melalui dialog yang rasional. Pembangunan fizikal itu perlu, namun nilai kemanusiaan jangan sesekali dikorbankan.

Tidak lama lagi Kampung Lee Kong Chian akan hilang dari peta, namun Kampung Lee Kong Chian akan sentiasa dalam hati saya.

LAI CHEN HENG
Penasihat, Persatuan Penduduk Kampung Lee Kong Chian
Mantan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur




Watikah untuk Bersatu jadi ‘calon’ selepas rundingan dengan BN gagal, kata pegawai Muhyiddin


 


Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Ahmad Marzuki Mohamad mendakwa pemberian watikah kepada calon-calon Bersatu untuk bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya berlaku selepas rundingan antara Pas dan Barisan Nasional (BN) menemui jalan buntu.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai seorang yang “berjiwa besar” kerana membenarkan logo PN digunakan oleh Bersatu dalam PRN Johor.

Menurut Marzuki, kenyataan sedemikian memberi gambaran seolah-olah Bersatu perlu berterima kasih kerana dibenarkan menggunakan logo PN, sedangkan perkara itu merupakan hak parti berkenaan sebagai salah satu anggota gabungan tersebut.

“Janganlah berkata begini kepada Bersatu. Nampak condescending.

“Padahal itu hak Bersatu sebagai parti anggota PN untuk diberikan watikah bertanding menggunakan logo PN dalam pilihan raya. Ia bukan soal berbesar hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, amalan mengeluarkan watikah kepada calon daripada parti-parti komponen merupakan prosedur biasa dalam mana-mana gabungan politik selepas rundingan pembahagian kerusi dimuktamadkan.

“Sesiapa sahaja yang diberikan amanah untuk menandatangani watikah bagi sesuatu gabungan parti politik akan mengeluarkan watikah kepada calon-calon daripada parti anggota berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat rundingan kerusi,” katanya.

Bagaimanapun, Marzuki mendakwa situasi dalam PN kali ini mempunyai latar belakang yang berbeza dan keputusan membenarkan Bersatu bertanding menggunakan logo PN berlaku hanya selepas usaha rundingan antara Pas dan BN tidak berjaya.

“Bagi yang tahu cerita, ini semua afterthought.

“Watikah diberikan sebab rundingan Pas dengan BN gagal. Kalau rundingan berjaya, tak bertandinglah PN dalam PRN Johor.

“Pengerusi PN tak perlu keluarkan satu watikah pun,” katanya.

Dakwaan itu dilihat menghangatkan lagi spekulasi mengenai hubungan antara Pas, Bersatu dan BN menjelang PRN Johor, khususnya berkaitan usaha menghidupkan semula kerjasama politik antara Pas dan Umno.

Setakat ini, kepimpinan Pas, Bersatu dan PN belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan yang dibangkitkan oleh Marzuki.

PRN Johor menyaksikan PN akhirnya bertanding menggunakan logo gabungan itu selepas rundingan kerusi dimuktamadkan, dengan Pas, Bersatu dan parti-parti komponen lain mengemukakan calon masing-masing bagi menentang Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).

Dakwaan bahawa PN mungkin tidak bertanding sekiranya rundingan antara Pas dan BN berjaya dijangka terus menjadi bahan perdebatan sepanjang tempoh berkempen, ketika pelbagai pihak cuba membaca semula dinamika hubungan antara parti-parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).







Dia nak kata Bangsa Johor kurang Islamik?

 


Entah kenapa setiap kali terbaca berita rundingan sulit PAS-Umno di Johor, teringat kes saman YB Kepala Batas.

 


Fathi Aris Omar




Rundingan itu dilaporkan gagal tetapi strategi PAS mahu bantu kukuhkan Umno masih berjalan. Sebab Umno lebih terdesak tambah kerusi
Pada PRN 2022, BN kuasai 40 kerusi. Jika PH atau PN kuat, jumlah itu mungkin menurun dan jejaskan imej Umno Johor yang galak bubar DUN.
Jadi BN tiada pilihan kecuali tambah lagi beberapa kerusi untuk justifikasi kepada BN pusat, dan seluruh negara, ia sudah pulih dan kuat.
Untuk itu, dalam strategi PAS-Umno, parti Islam tidak akan berikan persaingan sengit. Malah undi orang PAS akan berpindah ke kotak BN di Johor.
Walau di depan pengikut, PAS sering meratib bahaya UmDAP, UmDAP tetapi di belakang kerjasama sedang dirintis.
(Malah, sudah beberapa tahun, pemimpin Melayu ini percaya parti-parti mereka boleh memerintah tanpa bukan Melayu lagi, bukan model BN atau PH).
Cuma saya teringat kes saman ke atas Mastura Muhammad kerana beliau terperangkap dalam permainan licik Umno (atau yang dianggap begitu).
Beliau bukan sahaja bercakap hubungan pemimpin DAP dengan tokoh komunis tetapi menjadikan maklumat itu sandaran membela diri!
Di mahkamah, Mastura berkata dakwaannya itu berdasarkan buku panduan “BN Comms” yang (kononnya) membuat penyelidikan mendalam.
Maklumat ini (kononnya) diterbitkan oleh Barisan Nasional untuk pemimpin partinya menjelang pilihan raya umum ke-15.
Maklumat ini juga diserahkan kepada polis. Susulan itu, polis pula hubungi Penerangan Umno waktu itu (2023) tetapi tidak pasti ada siasatan atau tidak.
Isham Jalil (sebelum dipecat) maklum polis hubunginya berkaitan siasatan terhadap Mastura.
“Polis bagi tau saya, YB Mastura kata dia dapat info daripada satu risalah BN Comms ketika kempen, mungkin polis siasat saya kot, tak tau siasat ke tak sebab saya ketua penerangan Umno [waktu itu].
“Umno dan BN Comms adalah lain. Benda ini berlaku sebelum pilihan raya umum (PRU). Saya bukan ketua penerangan Umno ketika itu.
"Saya tak rasa risalah BN yang keluarkan,’’ jelasnya menerusi Facebook.
Tentunya Umno tidak akan mengaku! 😆
Maklumat palsu seperti ini disebut "operasi gelap" atau black ops. Jadi sesiapa boleh buat tetapi tiada sesiapa yang akan mengakulah.
Namun, apa kata YB Kepala Batas di mahkamah?
“Dalam perjuangan Islam, kita disuruh mengenali musuh kita. Apa yang diperkatakan itu dimaksudkan untuk audiens tertutup, bagi membangkitkan semangat sayap wanita muda PAS,” katanya di depan hakim. 🙃🙃
Apabila terbaca kenyataan ini, saya tertanya-tanya Mastura ini pemimpin PAS atau pengikut sahaja? Dan, di sinilah kaitan TS Annuar Musa dengannya.
UmDAP, UmDAP tetapi ada rundingan di balik tabir. DAP komunis, DAP komunis rupa-rupanya palsu. Kasihan penyokong PAS, dipermain pemimpin.
Iktibarnya, kalau nak sokong mana-mana parti, jangan sampai ditipu pemimpin sendiri. Jangan sampai tertelan propaganda sendiri.
Selamat berkempen di Johor 💪💪👍




Umno pernah kalah, kali ini PH boleh kuburkan lagi — Aminolhuda jawab sinis penyokong BN


 


Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan tampil menjawab secara spontan pertanyaan seorang penyokong Barisan Nasional (BN) berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyebut mengenai usaha menguburkan BN walaupun beliau sendiri tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menjawab persoalan itu ketika hari penamaan calon semalam, Aminolhuda berkata beliau memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang lebih keras terhadap BN.

“Nasib baik saya tidak cakap kasar. Umno pernah kalah, kali ini kita boleh kalahkan lagi. Istilahnya kebumikan semula,” katanya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani itu berkata, sejarah pilihan raya lalu membuktikan BN bukanlah sebuah gabungan yang mustahil untuk ditewaskan jika peratusan keluar mengundi tinggi.

Menurut beliau, dalam Pilihan Raya Umum lalu, Umno hanya berjaya memenangi sembilan daripada 26 kerusi yang ditandingi apabila lebih ramai rakyat keluar mengundi dan membuat pilihan berbeza.

“Bila rakyat semua keluar mengundi, perubahan keputusan itu berbeza,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Aminolhuda mengakui berasa kecewa apabila BN Johor memilih untuk bergerak secara bersendirian dalam PRN kali ini walaupun parti itu bersama-sama membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan bersama PH.

“Kita sedihlah. Kawan yang berada dalam Kerajaan Persekutuan, tetapi kenapa di Johor mahu bersendirian,” kata Aminolhuda lagi.



NOH...LAGU TU WALAUN

 

Mohd Shah Rim



Bila kita tulis tolak Islam extreme, walaun cakap tak ada Islam extreme, tu rekaan barat saja, tapi bila Hadi cakap tolak Islam Liberal, tetiba walaun sokong.

PAS dakwa Islam Extreme tak wujud, itu pendapat sesat walaupun jelas amalan kafir mengkafir, menolak pemerintah Islam kerana merasakan tidak islam, menghalalkan fitnah demi agenda politik mereka adalah ciri amalan extreme yang dibawa PAS.
Islam Liberal dilabel pada mereka yang menolak pendekatan radikal dan extreme dalam negara.
Itulah PAS yang extreme sdr sdr sekalian.. jangan benarkan mereka menguasai negara.



NAK GAK KAWIN PELACUR

 

sajetanya


Nak kahwin dengan "pelacur".. Silakan.. Salah ke nak kahwin dengan pelacur?? Tak salah pun kalau dia betul2 dah bertaubat... Tapi npk pelacur tu jenis kaki kikis dan ambil kesempatan.. Ini nama anak tiri tak kenang budi.. Mak tiri punye la baik, rumah ko dah nak roboh, die baiki sikit demi sikit, bagi semangat n kekuatan.. alih2 jenis pelacur jugak ko nak.. - Drama terbaru jam 6 jahanam...





KEFAHAMAN AKMAL SALLEH CETEK MENGENAI PARTI ANAK BERANAK


DrPuad Zarkashi


Naratif yang digunakan untuk serang saya kerana keluar parti ialah saya mahu jadikan UMNO sebagai parti anak beranak. Akmal paling kuat guna naratif tersebut. Begitulah ceteknya pemikiran Ketua Pemuda UMNO.
Walhal parti anak beranak itu mempunyai makna yang lebih luas. Dalam soal calon, memilih calon dariada kalangan kroni, kelompok, penyokong dan penjilat sendiri juga dianggap politik anak beranak. Paling jahanam ialah kualiti, pendidikan dan akhlak calon tidak diambil kira. Asalkan kroni, mereka mudah jadi calon.
Sampai bila amalan ini akan dibenarkan. Dalam isu anak saya, ia bukan soal anak sendiri. Kebetulan dia bekas pemimpin pelajar. Dia dilatih dan dibimbing termasuk dalam soal pemikiran dan komitmen. Malangnya Asyraf hanya siar dua para mesej saya kepadanya. Hujah potensi dan komitmen tidak disiarkan.
Masalahnya sejak menjadi Setiausaha Agung UMNO, Asyraf menjadikan pentadbiran UMNO terlalu eksklusif dan elit. Hanya anak beranak mereka sahaja yang mudah akses kemudahan di Ibu Pejabat.

‘Calon kitar semula, anti-anak muda’ – Puad bedal senarai BN Johor


 


Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai “kitar semula”, “biasa-biasa” dan gagal mencerminkan aspirasi generasi muda oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Malah, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mendakwa barisan calon yang diketengahkan BN kali ini bersifat “cacamarba”, tidak menarik dan tidak membawa mesej perubahan kepada pengundi.

“Kenapa? Sebab ia parti anak beranak, calon dipilih dalam kalangan kroni dan partner main golf.

“Ada yang baru sebulan kembali masuk Umno sudah boleh jadi calon dengan mudah,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Menurut Puad, Umno yang kini mencecah usia 80 tahun sepatutnya sudah dipimpin oleh generasi keempat pemimpin, sebagaimana yang ditampilkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebaliknya, beliau mendakwa kebanyakan calon Umno yang dipilih masih terdiri daripada generasi ketiga dan nama-nama lama.

“Maka Umno Johor gagal memenuhi aspirasi anak muda. Generasi keempat terpinggir. Itu yang Akmal tidak faham,” katanya, merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Puad turut mempersoalkan pencalonan beberapa pemimpin veteran, termasuk Datuk Abdul Halim Suleiman di DUN Tiram yang berusia 64 tahun dan pernah tewas pada PRN 2018.

Beliau juga mempersoalkan pemilihan Datuk Seri Dr Adham Baba, 64, yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi kini dipertaruhkan di DUN Pasir Raja.

Turut disebut ialah calon DUN Semarang, Datuk Samsolbari Jamali yang berusia 65 tahun dan Alwiyah Talib di DUN Endau yang berusia 65 tahun, bekas Adun Bersatu selama dua penggal yang hanya menyertai Umno kira-kira empat bulan lalu.

Puad turut menyenaraikan beberapa nama lain termasuk Azhar Ibrahim, Zaidi Jaafar dan Youzaimi Yusof yang menurutnya pernah tewas dalam pilihan raya sebelum ini tetapi masih diberikan peluang sekali lagi.

“Lagi pelik calon yang ada PhD seperti Dato’ Fuad Tukirin katanya diganti dengan calon SPM di Bukit Naning.

“Maka bagaimana anak muda mahu tertarik dengan Umno?

“Memang wajar Puteri Umno marah kerana seorang sahaja wakil Puteri jadi calon. Risikonya pengundi muda kali ini masih menolak Umno,” katanya.

Kritikan terbuka itu hadir hanya beberapa hari selepas Puad mengumumkan keluar daripada Umno serta-merta pada 25 Jun lalu.

Beliau mendakwa Umno Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan kini dikawal oleh pihak istana.

Bagaimanapun, tindakan beliau itu menerima kecaman daripada beberapa pemimpin Umno yang mendakwa rasa tidak puas hati sebenar Puad berpunca daripada anaknya tidak dipilih sebagai calon dalam PRN Johor kali ini.

PRN Johor menyaksikan BN mempertaruhkan gabungan calon lama dan muka baharu dalam usaha mempertahankan penguasaan mereka di negeri itu, namun kritikan daripada bekas pemimpin kanan parti sendiri dijangka terus menambah tekanan kepada kempen gabungan berkenaan.





'Letih dah berlawan' - Mat Sabu sedih PH terpaksa lawan Umno di Johor


 

BUDI diesel bermula 1 Julai, 4,146 stesen minyak seluruh negara kini bersedia

 

BAGI GOLONGAN YANG NAIK KETA LAJU 4X4 ...HIMPIT ORANG..BUAT KETA KELUARGA DAN BUKAN KERETA UNTUK BEKERJA....NAH , KAMU  BOLEH DAH NAIK DAN TAYANG KERETA  KAMU  YANG HEBAT TU. MAKI KERAJAAN SIANG MALAM.....DAPAT DAH...DULU KERAJAAN BAGI TAU DAH....TAHAN SEKEJAP....BUAT SEMENTARA SEHINGGA KEADAAN TENANG DAN PENYELESAIAN PERANG DI TELUK......JENIS BACA TAK FAHAM.....ALMAKLUM....KERETA BESAR , OTAK KECIK.


FOTO BERITA: Program Turun Padang YB Menteri KPDN sempena pelaksana BUDI Diesel di Stesen Shell, Presint 18 Putrajaya. Sabtu, 27hb Jun 2026 (Gambar: UKK KPDN)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninjau tahap kesiapsiagaan Stesen Shell Presint 18, Putrajaya bagi pelaksanaan bantuan subsidi bahan api rakyat menerusi mekanisme BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya di seluruh negara bermula 1 Julai ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini meninjau tahap kesiapsiagaan Stesen Shell Presint 18, Putrajaya bagi pelaksanaan bantuan subsidi bahan api rakyat menerusi mekanisme BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya di seluruh negara bermula 1 Julai ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tinjauan itu merupakan susulan kepada lawatan KPDN ke stesen PETRONAS pada 15 Jun lalu bagi memastikan syarikat minyak bersedia melaksanakan mekanisme baharu penyasaran subsidi diesel. Beliau berkata, bermula hari ini pelaksanaan secara rintis dilaksanakan di stesen minyak di Semenanjung Malaysia bagi menguji kestabilan sistem, dengan penerima yang layak menikmati diesel pada harga runcit RM2.15 seliter. Harga subsidi BUDI Diesel sebanyak RM2.10 seliter pula akan berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Menurutnya, tinjauan memberi tumpuan kepada kestabilan sistem transaksi, proses pengesahan menggunakan MyKad dan aplikasi digital syarikat minyak, latihan kepada petugas serta aspek perkhidmatan pelanggan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti.

“Melalui BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter di stesen minyak menggunakan pengesahan MyKad atau aplikasi digital syarikat minyak. KPDN komited memastikan rakyat mendapat akses kepada subsidi bahan api secara lancar, selamat dan mesra pengguna,” katanya.

Beliau berkata, hasil kerjasama kerajaan dan industri, sebanyak 10 syarikat minyak iaitu PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHPetrol, Five, Smart Stream, Xcel, PETROS dan IPTB telah mengesahkan kesiapsiagaan masing-masing bagi melaksanakan BUDI Diesel.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,146 stesen minyak di seluruh negara kini bersedia untuk pelaksanaan penuh mekanisme tersebut sebagai sebahagian daripada usaha penyasaran subsidi bahan api. Dalam perkembangan berkaitan, Armizan berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun turut membincangkan status pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api melalui BUDI Diesel, BUDI95, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Katanya, Perdana Menteri mengarahkan beberapa penambahbaikan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan dasar itu mengambil kira maklum balas rakyat, kos sara hidup, pengurusan risiko ketirisan serta kedudukan fiskal negara.

Antara penambahbaikan yang dipersetujui ialah peluasan subsidi diesel kepada peniaga kecil yang memiliki kenderaan diesel jenis jip dan pikap yang didaftarkan atas nama perniagaan di bawah kategori kegunaan persendirian perniagaan.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju menyemak semula kadar kuota tetap bagi beberapa kategori kenderaan pengangkutan barangan di bawah SKDS dengan mengambil kira faktor seperti Berat Dengan Muatan (BDM), kapasiti enjin, kategori lori, tahap penggunaan bahan api serta corak operasi kenderaan.

Beliau berkata KPDN bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan telah diarahkan mengambil tindakan susulan segera bagi melaksanakan keputusan Jemaah Menteri, termasuk menambah baik dan mengintegrasikan sistem sedia ada supaya pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api dapat berjalan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar layak.