DOK PEMBOHONG BUDAK BUDAK WALAUN N MACAI...DUA DUA EKOQ NI CARI KAWASAN MANA MANA CALON DAP DAN LAWAN ORU 16. KALAU TAK ..SEMBANG KARI.



 Sama-sama ketua pemuda parti masing-masing. Dan sama-sama kelakar. Bagus anak muda.





Macamana tak kelakar. Cakap sama-sama nak lawan DAP. Tapi tiba pilihanraya, PAS lawan UMNO. Tak pun Bersatu lawan UMNO. DAP senang lenang jumpa MIC atau MCA, dua parti yang ada takde macam takde.


Ni semua cakap politik je. Hakikatnya dorang bukan nak lawan DAP. Tapi nak membodohkan penyokong dengan jadikan DAP kambing hitam. Maklumlah kan, kalau tak guna DAP, apa lagi isu nak direka.


Yang curi berbilion duit 1MDB tu Melayu UMNO, yang buat tuntutan palsu jual nama Raja, Melayu PAS. Yang rembat dana untuk bantu usahawan Melayu masuk ke dalam akaun parti, Melayu Bersatu.


Tak setakat politik. Tu pegawai tentera yang disiasat SPRM pun Melayu belaka. Pegawai imigresen yang lepaskan pendatang masuk pun Melayu. Yang gadai tanah orang Melayu berdekad lamanya pun Melayu. Tapi demi politik, cakap je DAP nak hapuskan Melayu walaupun Malayu hancur sebab sifat tamak sendiri.


Yang perasuah, penyamun, pencuri duit rakyat, dia sibuk nak bela. Itu yang kelakar tu. Kadang-kadang tengok ada sifat syaitan sebab menyokong perbuatan jahat dan berdosa. Lepas tu acah hero. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DI SABAH HANYA 20%, DI SEMENANJUNG TINGGAL 28%, APA PILIHAN UMNO?




17 January 2026


Di sebalik gegak gempita dan meriahnya Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di WTCKL,  terdapat dua perkara menyedihkan telah didedahkan semalam.


Pertama, pendedahan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa 80 peratus ahli UMNO Sabah tidak mengundi BN pada PRN negeri yang lalu.


Menurut beliau, UMNO memasuki gelanggang PRN Sabah dengan penuh keyakinan kerana memiliki ahli berjumlah seramai 622,637 orang.


“Tetapi undi yang diterima parti itu di PRN Sabah hanyalah 144,584 undi.


“Ini bermakna sekitar 80 peratus ahli UMNO di Sabah sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi parti lain.


“Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama kita,” kata beliau ketika berucap di perhimpunan tersebut.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar keputusan itu dijadikan “wake up call” buat UMNO.


Kedua, kenyataan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa, sokongan orang Melayu kepada UMNO ketika ini hanya sekitar 28 peratus sahaja.


Lantaran itu, beliau menyeru agar UMNO perlu segera bangkit dan keluar dari nostalgia kegemilangan lama dan menerima hakikat majoriti orang Melayu sudah tidak lagi bersama parti itu.


“Pagi ini (semalam), saya menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka di mana dewan penuh dengan semuanya berbaju merah memperlihatkan semangat juang yang tinggi oleh setiap perwakilan dari seluruh negara.


“Dalam keadaaan hari ini, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam,” ujarnya lagi.


Baik sama ada mengenai pendedahan Dr Asyraf Wajdi mahu pun dakwaan Ismail Sabri, semuanya berlaku selepas tiga lebih tiga tahun UMNO berada dalam kerajaan perpaduan yang diterajui PH.


Kenapa sokongan orang Melayu dan ahli UMNO sendiri kepada parti itu semakin berkurangan?


Tidakkah keberadaan UMNO dalam kerajaan sepatutnya mampu menambahkan lagi sokongan diterimanya?


Dalam PRU16 akan datang, apakah kemerosotan sokongan itu boleh diperbaiki atau makin bertambah parah lagi?


Dua soalan patut difikirkan UMNO dalam hal ini.


Pertama, apakah dengan kemerotan yang nyata itu UMNO masih mahu kekal lagi dalam kerajaan perpaduan sehingga PRU16 akan datang?


Kedua, adakah tindakan UMNO menangguhkan pemilihan parti sehingga selesai PRU16 diadakan terlebih dahulu suatu keputusan yang betul? – ShahbudinHusin 17Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/di-sabah-20-di-semenanjung-28-apa-pilihan-umno/



PAS LEBIH TERUK DARI DAP

 


Umno Terengganu lebih kecewa dengan sikap PAS berbanding DAP di negeri-negeri lain, kata perwakilan Terengganu, Nurhisam Johari.





Sehubungan itu, dia berkata mana-mana pihak yang mahu menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) perlu terlebih dahulu bertanya dan menilai pengalaman Umno Terengganu.


“Seperti di negeri-negeri yang ada DAP dan mereka kecewa dengan pelbagai gelagat songsang DAP, kami di Terengganu, 2,000 kali lebih kecewa dengan sikap dan feel perangai PAS.


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/765874




CYTRO PAS KEDAH KAKI FITNAH! SAIFUDDIN ZIARAH VETERAN POLIS DAN MASUK MASJID SELESAIKAN MASALAH PUN MEREKA PANAS!








Sembang Orang Kedah ni akaun fake geng pro Sanusi Md Nor kenapa busuk hati sangat? 


1. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pergi Kedah tu atas tiket Menteri Dalam Negeri, dah polis bawah dia, jadi dia pergi la ziarah 13 veteran polis yang uzur. Masjid minta tolong dia bantu.


2. Turut bersama beliau Tan Sri Ayob Khan, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Datuk Adzli Abu Shah, Ketua Polis Kedah anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).


3. Polis dan masyarakat berpisah tiada. Polis tak boleh tunggu terperuk dalam balai sahaja, tapi kena keluar berdamping dengan masyarakat supaya rakyat dapat mengadu, memberikan maklumat jenayah di kampung kampung tanpa lalui formaliti merumitkan.


4. Ini pendekatan baru yang Menteri Dalam Negeri terapkan, supaya polis boleh beri lebih banyak impak langsung kepada masyarakat bagi mengurangkan kadar jenayah. Orang Pas totok mana boleh faham, ingat nak berpolitik ja. Jaga Negeri pun tak reti.


5. Kes Jenayah di kedah makin meningkat. Terutamanya kes dadah, seksual kanak-kanak, zina suka sama suka bawah umur dan online scam. Jadi tepat sangat polis turun beri penerangan terus ke kampung, kawasan perumahan dan termasuk di masjid.


6. Jawatan kuasa masjid pun sambut baik. Yg panas dan gelisah hanya pengikut Pas totok. Adakah Depa mahu kes dadah, seksual kanak2, online scam koi teruk di kedah?


7. Jawatankuasa mesjid pun minta tolong selesai bbrp masalah. Menteri Dalam Negeri bantu selesaikan. Pas panas pasai apa? Hang tak boleh selesai, kalau org lain buleh, tok sah laa marah!


8. Nusi dan Exco Pas duk masuk rasmi program program Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan takpa pula? Tak membazir tenaga pegawai nak urus dan sambut dia?


9. Jika inilah perangai puak Pas di Kedah, nampak sangat nak berpolitik tak tentu hala. Langsung tak tahu bidang kuasa Negeri dan Persekutuan, sampai Menteri Persekutuan nak ziarah veteran polis dibawah mereka pun kena maki hamun.


10. Maka elok la lepas ni, ICU JPM Kedah panggil semua Agensi Persekutuan di Kedah dan bagi taklimat khas, supaya jelas perkara ini tak berulang. 


Syam Ghaz


Baca komen jumud mrka: https://www.facebook.com/share/1DRUYEDfva/?mibextid=wwXIfr




KENAPA PAS BERSUNGUH SUNGUH MAHU KERAJAAN MADANI JATUH DAN MEREKA PULA JADI KERAJAAN








Baru baru ini telah bocor mengenai kenyataan Hj Hadi kepada rakannya dari Indonesia bahawa PAS akan mengambil alih kerajaan pusat selewat lewatnya sebelum masuk ke tahun 2026. Bila tiba detik ke ambang tahun baru bermula beliau bersujud syukur kerana ianya tidak berlaku dan PMX kekal. Rupanya beliau juga bersahabat baik dengan DSAI dan mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Ini adalah antara sebab kenapa PAS yang di pimpin Hj Hadi mahu mengambil alih kerajaan. Kebanyakan sebab agak mengejutkan kerana mereka tidak meletakan kepentingan rakyat dan memajukan negara bukanlah keutamaan.








1. Mahu melepaskan mereka yang menghadapi tuduhan rasuah dan bakal di tuduh.


Inilah agenda utama mereka, tujuan utama supaya mereka berdepan dengan PRU 16 dalam keadaan bersih. Halangan terbesar mereka adalah Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO yang mahu kekal dengan Kerajaan Madani. Cara mudah untuk menjatuhkan Zahid adalah dengan membebaskan Najib Razak. Sampai sekarang PAS tidak pernah mengiktiraf Najib bersalah samada kes SRC mahu pun yang terbaru kes 1MDB. Ini menjelaskan kenapa PAS bermati matian perjuangkan kes Addendum Najib walaupun tiada locus standi.


2. Parti yang menduduki Kerajaan Pusat ada kelebihan mempengaruhi undi rakyat dan mudah tarik sokongan di peti undi.


Pengalaman mereka pada PRU 15 telah membuktikan bila mereka sebagai kerajaan 33 bulan telah berjaya memperolehi undi terutamanya kaum Melayu untuk berpihak pada mereka. Malah majoriti penjawat awam banyak menyokong mereka selepas di pengaruhi oleh sentimen perkauman dengan membenci DAP. Pengunaan jentera Kerajaan begitu berkesan untuk mempengaruhi terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.


3. Sebagai Kerajaan Pusat adalah mudah untuk mendapat dana untuk mengisi Tabung PRU.


Semasa PRU 15 ramai yang terkejut melihat PAS tampil sebagai Parti kaya sehingga mampu menghulurksan RM100 kepada semua pengundi. Boleh di katakan bahan berkempen PAS berjaya mengalahkan parti lain yang bertanding di setengah setengah tempat. Perkara ini bukan fitnah kerana ada bukti di Parlimen Marang dan dua Parlimen di Terengganu di batalkan keputusan kerana ada bukti merasuah pengundi. 


4. Mengunakan Program Kerajaan sebelum PRU untuk berkempen.


Sebelum PRU 15, bakal calun ahli Parlimen PAS di beri peruntukan untuk mengadakan program mendekati pengundi termasuk pemberian bakul makanan dan sumbangan wang ringgit. Malah mereka juga mengunakan sekolah untuk menpengaruhi guru guru dan pengundi muda. Modal berkempen lebih mudah bila ramai di kalangan mereka berjawatan menteri dan Timbalan Menteri dan dengan mudah boleh memasuki Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan GLC.


5. Berjaya memperolehi maklumat pengundi dengan mudah untuk persediaan berkempen.


Sebelum PRU 15 mereka juga berjaya memperolehi maklumat peribadi pengundi seperti nombor talipon pengundi untuk di hubungi dan menjanjikan ganjaran. Selalunya SPR akan berpihak kepada kerajaan semasa. Malah dengan mudah dana kerajaan juga di gunakan untuk berkempen.


6. Mengunakan jentera kerajaan sebelum dan semasa tempoh pilihanraya.


Mengerakan jentera kerajaan samada melalui medsos atau pun perjumpaan sebagai medan berkempen. Mereka mempunyai kelebihan bergerak ke semua tempat dengan mudah tanpa halangan. Perjumpaan di lakukan secara berkumpulan dengan memasuki kawasan sekolah, kem tentera, hospital dan Universiti.


Kesimpulannya bertanding PRU sebagai Kerajaan akan memberi ruang lebih besar untuk  bergerak, mendapatkan dana dan semestinya sokongan. Oleh itu usaha menjatuhkan kerajaan adalah sangat penting jika mahu mendapat sokongan dari rakyat. Dalam masa yang sama mereka juga sedar bahawa sokongan terhadap Kerajaan Madani semakin meningkat hari demi hari. Jika di lihat hari ini pembangkang sudah ketandusan isu samada dari ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


OMN KD

11 Jan 2026



BABI TAK HALAI... RESYUAH HALAI. KIOK



 Abu Mishkat









BABI


1. Babi sangat sensitif dalam minda Melayu. Namun dalam memaki, mulut Melayu (yang berakhlak rendah) suka menyebut babi. Mereka benci babi tetapi suka sebut babi. 


2. Babi itu najis mughallazah (najis paling berat) menurut mazhab al-Syafi'i. Setakat itu sahaja pengetahuan agama rata-rata kaum Melayu. 


3. Umumnya orang Melayu tak tahu Imam al-Nawawi (ulama tahqiq mazhab) dalam mazhab al-Syafi'i mengatakan qiyas najis anjing dengan babi adalah qiyas yang tidak tepat - qiyas ma'a al-fariq. Baginya babi itu tetap najis haram dimakan, tetapi bukan najis mughallazah seperti anjing, kerana najis anjing itu ada dalil hadis yang khusus. Boleh baca kitab Kifayatul Akhyar. Atau nak rujukan lebih besar, kitab Rawdhah al-Tolibin. 







4. Kerana kejahilan kaum Melayu tentang status babi, mereka buat banyak dosa dan kebencian di mulut dan jari jemari. Sedangkan babi pun tak buat dosa seperti kaum Melayu jahil buat. 


5. Ironinya, kaum Melayu jahil dan cetek agama sangat benci babi dan suka maki babi. Suka dan benci dalam satu masa. 


6. Babi lebih dibenci daripada rasuah. Babi ciptaan Tuhan, bukan dosa. Kalau percaya babi najis mughallazah, jika disentuh boleh disertu dengan 7 kali basuhan, salah satunya air tanah. 


7. Rasuah pula ciptaan manusia rakus bernafsu harta nak tunjuk kaya. Dosa rasuah sangat besar sukar diampun Tuhan sebab sukar nak minta halal daripada rakyat seluruh negara. 


8. Di antara dosa makan babi dan dosa makan hasil rasuah, dosa makan rasuah lebih besar, jijik dan hina. 


9. Jika kerajaan cuba menguatkuasakan peraturan menternak babi secara kelompok dan terkawal, itu bukan dosa. Itu kebajikan untuk semua rakyat. Masalah penternakan babi secara tak terkawal ketika kerajaan lama cuba diperbaiki. Malangnya ada Melayu yang suka maki babi marah kerajaan baharu memperbaiki keadaan. 


10. 500 ekar tanah swasta untuk ladang babi berteknologi tinggi tidaklah besar mana. Yang memaki babi dalam posting kebencian itu pula, lebih 500 orang. 


#babi 

#rasuah 

#RasuahBusters 

#RasuahDihinaMaruahDibina 

#RasuahMusuhNegara



KEH.. KEH.. KEH


Zainuddin Omar


 Siapa yang tanya kenapa pembangunan lambat, itu hasutan syaiton.





DALAM SEJARAH PAS TAK PERNAH CALONKAN AHLI MEREKA JADI PM. PAS HANYA TUMPANG TUAH ORANG LAIN. KOMANG.

 


Fathi Aris Omar



Saya tulis ini pagi Khamis 👇 Gambar ini Jumaat






Dalam sejarah gabungan besar, tidak pernah lagi PAS menaikkan tokohnya sendiri sebagai calon perdana menteri untuk berdepan PRU. 


PAS lebih rela berada bawah seseorang perdana menteri daripada parti lain, seperti dalam BN atau PN, atau mencalonkan tokoh parti sekutu. 


Jika gabungan itu difikir berpotensi, seperti zaman APU pada PRU 1990 atau BA pada 1999 dan 2008, calonnya Tengku Razaleigh Hamzah atau DS Anwar Ibrahim. Pada 2022, calonnya TS Muhyiddin Yassin. 


Tetapi, entah kenapa, PAS macam tidak bersetuju Bersatu mencadangkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri PN untuk PRU akan datang. Tetapi tidak menamakan calonnya atau tokoh lain.


Ketika PRU 2013, apabila tidak sebulu dengan Anwar, TS Abdul Hadi Awang mencadangkan nama Tengku Razaleigh sekali lagi. Hanya beliau berfikir begitu walau PR masih memilih Anwar. 


Jika PAS mengambil alih teraju PN kali ini, setelah Muhyiddin berundur pada 1 Januari lalu, apakah ertinya calon PM bagi PN datangnya daripada PAS? 


Jika berlaku begitu, ia menunjukkan keyakinan luar biasa. Katak PAS sudah mahu keluar dari bawah tempurung keselesaannya.


Tidak hairan idea ini muncul bawah kepemimpinan Abdul Hadi. Beliau memang seorang tokoh ulama yang hebat mengatur. Lihatlah hasil kejayaannya.


Walau ramai pemimpin mahu bersama MN (Umno), beliau memilih PN (Bersatu) sehingga meraih kejayaan besar: 43 kerusi parlimen dan dua lagi kerajaan negeri, termasuk Perlis. 


Kelicikannya bermain mata dengan DS Najib Razak, 1MDB dan strategi tiga penjuru melalui GS pada PRU 2018 akhirnya tertebus juga melalui Langkah Tebuk Atap 2020 dan PRU 2022. 


Hingga pejuang tulen MN dalam PAS terpaksa minta maaf padanya dan mengakui memang tok guru itu pakar strategi terhebat PAS yang tidak pernah dicapai presiden-presiden sebelum ini. 


Tetapi sepandai-pandai tupai menebuk, akhirnya terjatuh juga di Perlis! Bersatu yang dipenuhi kaum pembelot (sejak menang melalui PH pada 2018) dituduh pengkhianat pula. 


Tegas betul nadanya, walhal Abdul Hadi bukan tidak tahu pengkhianatan bersama Bersatu itulah yang membawanya ke Putrajaya selama 33 bulan. 


Dari muktamar pada September 2025 hingga ke krisis MB Perlis bulan lepas, PAS kelihatan cukup ghairah mahu menguasai PN. Apakah benar PAS dan PN cukup bersedia dengan segala risikonya? 


Risiko terbesar yang dihadapi gabungan itu:


(1) Apakah pemimpin PAS boleh bantu lonjakkan lagi PN untuk cabar pakatan PH-BN atau persaingan tiga penjuru dengan PH dan BN?


(2) Siapakah pemimpin PAS yang mampu teraju PN jika bukan Abdul Hadi sendiri?


(3) Apakah dengan menguasai PN, dengan automatik PAS akan kemuka calon PM-nya pula? Siapa orang itu kalau bukan Abdul Hadi sendiri? Balik semula kepada persoalan (1) dan (2). 


Sebab itu saya sebut dari awal, keghairahan PAS kali ini luar biasa, mencipta rekod baru, melanggar tradisi parti itu sejak puluhan tahun. 


Tidak salah, mesti tiba saatnya PAS keluar dari bawah tempurung keselesaannya. 


(4) Tetapi bagaimana pula sikap Bersatu? Apakah ia akan tunduk begitu sahaja ikut telunjuk PAS? Misalnya soal agihan kerusi menjelang PRU nanti dan juga agihan jawatan-jawatan. 


(5) Atau, Bersatu mahu berdiri di luar PN pula seperti PAS membentuk GS pada 2018? 


Bersatu ada lebih daya tarikan jika bersama parti-parti bukan Melayu dan juga kekalkan pangkalan sokongannya sejak 2018 dan 2022. 


Sebab tidak dapat dibayangkan parti-parti bukan Melayu boleh selesa dengan PAS jika ia menguasai PN. Suara-suara itu makin kuat berdengung apabila kian jelas PAS mahu menggantikan Muhyiddin. 


(6) Ada lagi pilihan lain, kekalkan Muhyiddin sebagai pengerusi PN dan cadangkan beliau "poster boy" PN. Semata-mata untuk beri imej PN masih Bulat Bersatu dalam satu Gerakan.


Memanglah agak memalukan jika PAS pilih untuk kekalkan Muhyiddin setelah terlontar kata "berambus". Tetapi apa lagi pilihan yang PAS, Bersatu dan PN ada?  


Katakanlah khidmat Muhyiddin masih diperlukan, apakah ini bermakna PAS sudah buat kesilapan besar dalam krisis Perlis sehingga Muhyiddin merajuk dan letak jawatan?


Apakah ini bermakna PAS terpaksa telan ludah sendiri setelah tidak berjaya mengendali krisis sekecil negeri lapan orang penduduk? Apakah ini bermakna PAS gagal berurusan dengan istana?


Apakah ini bermakna tidak perlu pecat tiga wakil rakyat PAS itu? Apakah ini bermakna Abdul Hadi perlu menarik perkataan "khianat" kepada Bersatu dan Muhyiddin menarik balik peletakan jawatan? 


Macam-macamlah tanggapan jika Muhyiddin dikekalkan sebagai pengerusi PN. Seperti macam-macam orang cakap jika calon pengerusi PN datang daripada PAS.


.



PMX . MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

 






Salah satu peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Baginda Rasulullah SAW adalah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Dimensi solat bukan sekadar ibadah rutin biasa, namun sarat dengan makna dan dampak bukan sahaja kepada diri namun kepada keluarga, masyarakat dan negara. 


Syeikh Daud Al Fatani dalam kitab klasik Munyatul Musolli telah membahaskan soal tatacara solat namun turut menyentuh perihal siyasah dan tatakelola yang baik. Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah”, Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.


Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan di mana masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai.


Menjadi kewajiban sama ada Muslim atau bukan Muslim, bagi berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kemanusiaan, agar keadilan dijajarkan pada tempat yang sepatutnya.


Kita mesti mulakannya dengan hidup bersama-sama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk menghancurkan keharmonian hidup kita. Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat. 


Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas.


ANWAR IBRAHIM


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI




BAKAL PENGERUSI PN.

MASA ADA KUASA KITA MAJORITI..SEKARANG BUKAN LAGI.


 

NAK MAKAN KIRI KANAN. RUMAH 6 BUAH. KIOK.

 


RMS


Locked Profile balik..

Zanuar Osman.. walaun PAS.. hahaha😆😆




NASIHAT VATERAN UMNO ...BUAT KO


 

DAKWA ADA 4 LORI, JENUH PAS PUJUK MUHYIDDIN.



Syam Ghaz



1. Mula mula Samsuri MB Pas Terengganu pergi.




2. Lepas Hashim Mursyidul Am Pas pergi 





3. Kali ini Hadi Awang Presiden, Tuan Ibrahim Timbalan dan Takiyuddin SUA PAS Pusat pergi 






Pergi tu takda benda lain, nak pujuk Muhyiddin supaya pujuk Parti Parti komponen lain terima Pas sebagai Pengerusi PN.


Setakat ini PN retak menanti belah, jika Pas jadi Pengerusi PN, parti komponen lain tarik diri.


Pas tahu jika dia balik asal tanding solo, kerusi Pas akan terjejas teruk.


Kerajaan Pas Kedah dan Perlis akan tumbang. Kerusi Parlimen Pas di Perak, Selangor, Penang, Melaka, Kelantan, Terengganu akan kalah.


Sekarang Pas nak U-TURN, lepas maki hamun Muhyiddin kerana Bersatu tebuk atap MB Pas di Perlis, desak Muhyiddin turun kerusi PN. 


Akhirnya hari ini sekapal pimpinan Pas datang pujuk Muhyiddin balik untuk kekal jadi Pengerusi PN.


Nak lantik Pengerusi PN aka bakal PM pun takda calon, kata ada 4 lori, rupanya 4 lori sampah!



KHAYAL TINGKAT TINGGI

 



Akmal ni kalau bab berkhayal boleh sampai level Hadi juga rupanya.






Dia kata DS Anwar jadi bukti Pemuda UMNO mampu lahirkan pemimpin hebat. Kemudian dia kata sorang lagi dalam penjara. Dia nak kata Najib la kot.


Maaf ye doktor. Mungkin doktor salah consume ubat kot. DS Anwar habiskan zaman mudanya 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗨𝗠𝗡𝗢.  Beliau pemuda dalam 𝗮𝗰𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Kehebatan DS Anwar bukan hasil 𝗮𝗶𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 UMNO. Beliau terkenal di peringkat global sebelum beliau menganggotai UMNO. Malah Mahathir pujuk beliau masuk UMNO untuk perbaiki imej UMNO.


Kalau Najib, aku tak bantah. Sebagai anak bekas PM, memang Najib adalah didikan Pemuda UMNO. Yang itu ko boleh claim. 𝗧𝗔𝗣𝗜! Tengoklah Najib dekat mana sekarang ni. Begitulah didikan UMNO kot.


Tapi aku tak nafikan Pemuda UMNO mampu lahirkan pemimpin yang hebat suatu ketika dahulu. Sayangnya budaya cantas mencantas merosakkan UMNO.


Akhirnya lahirlah generasi Pemuda UMNO yang bebal seperti mana yang kita lihat hari ni bila kerjanya cuma nak tambah musuh dan bela penyamun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



SOAL PERSENJATAAN DAN ATM PERLU DITUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA


 

KENA KAJIAN MENYELURUH UNTUK MEMASTIKAN BETUL ATAU TIDAK


 

SEBAHAGIAN BESAR NAMA DI FB POLIS PANGGIL. KES FITNAH...WALAUN RAMAI NI RASANYA.




 Nama² akaun fb yang dipetik dalam laporan polis oleh YB Teresa Kok, yang up/share status artikel fitnah pasal sijil halal untuk babi..


1. Muhammad Firdaus Abdullah

2. Rohani Rahman

3. Megats Panji Alams

4. Bossku Gopal

5. Rosedi Ismail

6. Othman Othman (walaun perlis)

7. Shogun TurusEmpat

8. Kay Utd

9. Muhazam Mamat

10. Zahar Mohd

11. Manda Sara

12. Amir Hassan

13. Ahmad Shuaib Ismail

14. Mohd Redzuan Ismail

15. Nasir Jamaludin 

16. Azurin Wahab

17. Anida Osman

18. Mohd Noor


Elok² hari minggu, boleh dok umah santai² ngan anak bini... dah kena pi balai, mengadap PDRM utk bagi statement...


Lps tu... mengadap MCMC. Kena charge pulak under MCMC... denda RM50k... masakk.


Tu belum lagi YB hantar LOD... kena hadap pulak dgn civil court... nk bayar lawyer lagi.

Lps bicara.. silap².. kena standby RM 100k sorang.


Ckp bodo... marah.

Tapi, itulah realitinya.


Yg pemimpin atas²... makan gaji puluh² ribu.. rumah besar, kereta besar, bini besar... 


Yg walaunbodo, bergolok gadai apa yg ada... utk bayaq denda. 


Angpa ni orang ker 🐒?


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣



PADAN TIPU BANGSA AGAMA RAKYAT NEGERI SENDIRI...

 




𝗣𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗕𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗨𝗥𝗨𝗦. 𝗜𝗡𝗜 𝗙𝗔𝗤




✍️ Ahmad Mursi 


𝗔𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮?


Masalahnya cara bela babi yang lama. Banyak kandang tradisional berselerak, ada yang lepaskan najis ke sungai dan sebabkan bau busuk. Sungai dan laut di Kuala Langat serta Sepang tercemar ganggu penduduk.


𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮?


Masa PAS pegang Exco antara 2013 hingga 2018, jumlah kandang mencecah 124 di bawah Ust Sallehen Mukhyi dan Zaidy Abdul Talib. Lepas 2018 bila AMANAH ambil alih porztfolio melalui Izham Hashim, jumlah diturunkan kepada 115. Sekarang dirancang untuk pusatkan semuanya jadi satu lokasi sahaja dan tutup semua 115 kandang.


“𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝗮?”


Ini bukan isu kaum. Ini kesan perancangan lama dan perubahan guna tanah. Banyak juga kandang dibina dulu, kemudian kawasan perumahan dibina makin hampir dari tahun ke tahun. Bila jarak makin dekat, konflik sosial dan masalah kesihatan pun berlaku.


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗴𝗮𝗿?


Sebab Bukit Tagar memang kawasan zon aktiviti berat, bukan kawasan orang tinggal dari awal. Jauh dari penempatan. Di situ juga dah ada tapak pelupusan sampah sanitari lebih kurang 700 ekar yang beroperasi sejak 2005 dan dirasmikan oleh Najib Razak. 


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗲?


Hutan bukan zon aktiviti berat. Isu alam sekitar lagi besar kalau masuk hutan. Hutan pun kena jaga. Kalau kacau di hulu, di hilir merana nanti.


𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗻𝘆𝗮?


Ini bukan kandang kampung. Ini penternakan moden. Syarat diperketatkan, tiada kumbahan dibenarkan keluar, guna sistem Zero Discharge Policy, ada zon penampan besar antara ladang dan kawasan luar, dan operasi dibuat secara tertutup macam ladang ayam moden.


𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗸𝗮𝗵 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶?


Tapak pelupusan sampah di situ dah lebih 20 tahun beroperasi dan melalui kajian impak alam sekitar. Kalau betul kawasan tu bermasalah, lama dah sungai Selangor rosak teruk. Realitinya, masalah lebih besar datang daripada kandang yang wujud berselerak hari ini, yang masih lepaskan najis tanpa rawatan sempurna ke sungai.


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗴𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗼𝘁𝗲𝘀?


Sebab Bukit Tagar bukan kawasan penempatan. Ia zon aktiviti berat. Tambahan pula, Sultan Selangor telah menitahkan supaya semua kandang di Sepang dan Kuala Langat ditutup dan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar.


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝟱𝟬𝟬 𝗲𝗸𝗮𝗿? 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸?


500 ekar itu bukan kandang semata-mata. Ia termasuk zon penampan, jarak keselamatan antara kandang, loji rawatan, infrastruktur, jalan, rumah pekerja dan kawalan biosekuriti. Ini ladang moden, bukan kandang tepi rumah. Tanah pula milik individu, bukan milik kerajaan. Tapi kajian kena dibuat seperti Titah Sultan untuk kenal pasti keperluan sebenar.


𝗕𝗮𝗯𝗶 𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗸𝗲?


Tak. Penternakan babi di Selangor sekarang pun hanya cukup lebih kurang 30% keperluan tempatan.


𝗜𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗼𝗼𝗱 𝘀𝗲𝗰𝘂𝗿𝗶𝘁𝘆 𝗸𝗲?


Ya, dalam konteks negara majmuk. Walaupun tidak halal untuk umat Islam, bekalan ini termasuk dalam pengurusan food security untuk komuniti bukan Islam. Masa Haji Hadi jadi MB pun, dia benarkan ternak babi walhal 3% je komuniti bukan Islam.


𝗕𝗲𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗻𝗶 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲?


Tak. Kos pemindahan dan pembangunan ditanggung oleh pihak swasta, bukan duit kerajaan negeri.


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗮𝗯𝗶?


Penternakan babi di Malaysia bukan benda baru. Ia dah wujud sejak zaman kolonial, bila buruh dari China dibawa masuk dan keperluan makanan tempatan dipenuhi secara setempat. Isunya bukan nak hapuskan terus, tapi nak urus dengan lebih tersusun, bersih, terkawal dan tak mencemarkan alam sekitar.


𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮?


Ketika PAS jadi Exco antara 2013 hingga 2018, tiada penstrukturan menyeluruh dibuat. Sejak 2018, bila AMANAH ambil alih, jumlah kandang dikurangkan dan sekarang nak dipusatkan kepada satu lokasi sahaja. Pendekatan kerajaan jelas: kurangkan, pusatkan, modenkan.



KO KELUAR UMNO DAN KO JOIN JA PAS DOK RATIP DAP DAP.

 


BIAR BETUL DR AKMAL NI? KENAPA SERANG DAP, SEDANGKAN LAWAN UMNO KETIKA PRU ADALAH PN?


16 January 2026


Berikutan tindakan Dr Akmal Saleh meletakkan jawatan Exco Melaka untuk memudahkannya menentang DAP habis-habisan, Ketua Pemuda DAP dan netizen yang sealiran punya pemikiran sealiran secara senada mengecam Ketua Pemuda UMNO itu.


Mereka mengatakan, tindakan pemimpin UMNO itu mahu menentang DAP adalah kerja membuang masa dan tidak menguntungkan UMNO kerana musuh sebenar parti itu adalah PN.


Dikatakan lagi bahawa UMNO dan DAP selain tidak bertembung di kerusi yang sama, kehilangan banyak kerusi UMNO dalam pilihan raya juga ialah  kepada PN.


“Lawan DAP? Padahal PN yang rampas kerusi kau. 


“Bebal tak dapat diajar,” kata Ketua Pemuda DAP sambil meletakkan dengan tanda pagar “cakap tak serupa bikin” pada hantaran di media sosialnya.


Beberapa netizen turut melontarkan komen yang hampir sama maksudnya di beberapa portal yang menyiarkan berita perletakan jawatan Dr Akmal sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.


Sekali fikir memang ternampak logik semua hujah itu dan Dr Akmal semacam tidak patut menjadikan DAP sebagai musuh.


Dalam erti kata lain, daripada dijadikan musuh, lebih baik UMNO menjadikan DAP sebagai kawan.


Meskipun benar bahawa UMNO dan DAP tidak bertembung di kerusi yang sama ketika pilihan raya, tetapi seruan Dr Akmal dalam menentang DAP ialah untuk menyatukan pengundi-pengundi Melayu.


Apabila Melayu dapat disatukan, misalnya dengan UMNO dan Pas setuju untuk bekerjasama, natijah akhirnya ialah kuasa Melayu itu akan menjadi dominan.


Berbanding sekarang, parti-parti Melayu di negara ini berpecah serta berbalah sesama sendiri dan ia akhirnya menguntungkan DAP, walaupun mereka hanya ada 40 kerusi Parlimen saja.


Dalam keadaan suara Melayu berpecah dan bersepah-sepah itulah yang menjadikan DAP terlihat begitu berkuasa.


Tetapi, melalui penyatuan dua parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas, semua kerusi-kerusi Melayu sangat berpotensi untuk dimenangi dan disatukan di bawah satu suara yang sama.


Malah dengan kekuatan penyatuan Melayu itu, parti bukan Melayu yang sederhana dan tidak ekstrem yang sedia bekerjasama dengan kedua-dua parti itu turut berpeluang cerah memperolehi kemenangan.


Realitinya, apabila Melayu bersatu di bawah satu hati, bukan saja parti Melayu akan beroleh kemenangan, tetapi juga parti-parti bukan Melayu yang bekerjasamanya turut mendapat rahmat.


Ia seperti ketika UMNO disokong kuat oleh majoriti pengundi Melayu semasa era BN berkuasa sebelum ini, parti bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan lebih mudah beroleh kemenangan.


Pada waktu itu, DAP hanya mampu menang beberapa kerusi saja.


Begitu juga dengan sekarang apabila Dr Akmal menggesa agar UMNO dan PAS bekerjasama, tujuannya tidak lain ialah agar kuasa Melayu dapat dikembalikan dengan kedua-dua parti itu mampu memenangi sejumlah besar kerusi-kerusi yang dihuni majoriti Melayu.


Dalam waktu yang sama, melalui penyatuan Melayu itu, ia turut berupaya mengurangkan jumlah kemenangan DAP di kerusi campuran dan di kerusi mereka yang dimenangi oleh pemimpinnya yang berbangsa Melayu.


Pendeknya, jika sebelum ini DAP mampu menang 40 kerusi Parlimen, melalui penyatuan Melayu UMNO dan PAS, jumlah kerusi kemenangan parti itu boleh dikurangkan sehingga kepada 25 kerusi.


Hanya kerusi-kerusi totok Cina seperti Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Seputeh, Seremban, Kota Melaka dan seumpamanya saja yang akan kekal dalam milikan DAP.


Ringkas cerita, apa yang dilakukan Dr Akmal dengan cuba menyatukan UMNO dan PAS, sambil ingin melawan DAP habis-habisan adalah strategi yang betul demi mengembalikan kuasa Melayu jadi dominan dalam ertikata yang sebenar mentadbir negara ini.


Apakah Melayu tidak mahu jadi dominan di negara sendiri? – ShahbudinHusin 16Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/biar-betul-dr-akmal-ni-kenapa-serang-dap-sedangkan-lawan-umno-ketika-pru-adalah-pn/




ADA KEBANGGAAN WUJUD

 


MALANG PAK KADUK.

 


ALANG ALANG NAK MELINGKUP... BAIK LINGKUP TERUS

 


AKMAL BUKAN MEMBAIKI TAPI MELEMAHKAN UMNO

 


Strategi Akmal dan Zahid berbeza







Pengumuman Akmal Salih mendapat pelbagai reaksi. Rupanya bukan semua berbangga tetapi ada juga rakan saya di dlm UMNO yg tidak berpuashati.


Sebelum itu komen saya hanyalah sebagai penganalis politik dan tidak mewakili mana2 pihak. Mungkin benar dan mungkin salah sebagai manusia yg tidak lari dari kesilapan.


Isunya adakah keputusan Akmal Salih itu membantu UMNO dan ia juga yg dimahukan Presiden Parti, Zahid Hamidi. Andaian atau analisis saya… tidak.


Pastinya tidak seperti rakan saya dlm UMNO tidak happy kerana Akmal Salih tidak meletakkan jawatan sebagai KP. Katanya kenyataan2 Akmal Salih hanya melemahkan kerajaan Perpaduan.


Letak jawatan Exco utk apa? Yg jadi CM dari UMNO bukannya PKR atau DAP. Pandai dia, dia hanya memalukan Zahid Hamidi.


Tanya saya Akmal Salih bijak berpolitik tetapi bukan utk parti UMNO. Dia bijak menggunakan platform politik dan parti utk karier politiknya.


Dia sanggup letak jawatan Exco ketika DUN Melaka akan dibubarkan pada tahun ini. Tapi Akmal Salih tahu jika dia meletakkan jawatan sebagai KP UMNO, lama kelamaan dia akn ditinggalkan dan dilupakan.


Tidak mustahil KP pilihan Presiden akn menjadi Panglima Perang menentang Akmal ibarat Jebat berlawan dgn Tuah. Politik dinamik, skg mereka yg dilihat seolah ‘mengampu’ Akmal bila2 masa sahaja boleh meninggalkannya.


Akmal Salih juga bijak menjadi hero utk membawa KJ ke dlm UMNO semula. Signal Presiden utk menjemput mantan2 ahli UMNO kembali kpd UMNO segera diambil peluang olehnya utk mendampingi KJ.


Kenapa KJ? KJ dilihat mempunyai populariti yg tinggi di kalangan masyarakat di luar sana. Kedua KJ pernah bertanding melawan Zahid Hamidi. 


KJ sesuai utk ‘dikambing’ hitamkan dlm perang strategi dalaman antara Presiden dan KP. Akmal perlukan Panglima Perang ibarat jika Jebat dan Tuah bergabung pasti Melaka akn dikuasi Panglima ini.


Akmal tahu pengaruh Podcast ‘Keluar Sekejap’ boleh mempengaruhi ahli dan masyarakat di luar sana. Sb itu KJ penting utk didampingi.


Selain Zahid, sebenarnya Tok Mat pun tidak senang dgn kehadiran KJ. Tok Mat tentu ada cita2 utk menjadi Presiden sb itu dia puji juga Akmal utk tarik sokongan Pemuda. 


Jika sebelum ini Tok Mat hanya kena fikir soal Abg Jo sebagai pencabar kini dia bakal berhadapan KJ… tiga penjuru utk jawatan Presiden or Timbalan Presiden.


Kekecewaan penyokong Zahid dpt dirasai atas keputusan Akmal Salih. Apabila Noraini kembali dilantik sebagai Menteri Penuh ia menguatkan Presiden Parti di mana sayap wanita pasti akn bersamanya.


Namum fikrahnya seekor burung tidak boleh terbang tinggi tanpa kedua sayap. Zahid memerlukan sayap KP UMNO utk berdiri teguh di belakangnya. Saya ada keyakinan Zahid akn mengatur strategi mengatasi perang saraf dalaman partinya.


Tadi Akmal Salih memberitahu dia lepaskan jawatan Exco kerana ingin melawan DAP. Ia sgt mengejutkan dan saya yakin Presiden tentu berasa kecewa sb sudah acapkali Presiden dan Tim Presiden berpesan, menegur atau tindak mesti ada seninya dan bukan beremosi.


Apabila Akmal menentang DAP sebenarnya dia declare war dgn DAP sebenarnya dia declay berperang dgn pengundi Cina yg mempunyai 40 lebih kawasan Parlimen.


Akmal Salih juga memudahkan kerja DAP utk tackle kembali pengundi Cina. Tidak susahkan DAP berkempen…’Lihat parti2 Melayu tidak sukakan bangsa Cina.’


Saya tidak pasti samada Akmal beremosi atau dia dgn sengaja utk melemahkan kepimpinan Zahid Hamidi dari dalam secara perlahan lahan seperti menarik benang di dlm tepung. Akmal menggunakan sentuhan emosi atas nama maruah atau demi Melayu.


Apa yg dilakukannya seolah olah Presiden, Tim Presiden dan Naib2 Presiden tidak membela nasib Melayu. Seolah olah pimpinan tertinggi UMNO tunduk pada DAP, sdgkan sudah 3 tahun pimpinan cuba menyakinkan bahawa UMNO hanya menjayakan Kerajaan Perpaduan atas titah Yang Dipertuan Agong.


Kita tunggu dan lihat apa maklum balas Presiden dan Tim Presiden. Cuma sebagai penganalisis politik ucapan declare war tu sebenarnya melemahkan dan membuatkan UMNO tersepit utk memenangi kawasan urban dan semi urban.


Sia2 kerja penyatuan utk UMNO kembali bangkit dimusnahkan. Adakah Akmal nak bertanding di Kota Melaka jika benar2 mahu lawan DAP? Kalau Akmal bertanding pilihanraya dlm DAP saya akn salute dan akn menjadikan dia sebagai idola.


Tindakannya juga tidak membantu MCA malah memeningkan kepala Wee Ka Siong bagaimana hendak menyakinkan pengundi Cina bahawa BN tidak berperang dgn pengundi Cina.


Bijak Zahid memberi signal awal kpd Akmal jgn bermimpi UMNO mahu bersama PAS. Zahid umum UMNO akn bertanding dgn pelbagai maksud samada solo seperti 2018 atau solo dgn logo sendiri.



𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗞𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥, 𝗛𝗝 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗧𝗪𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛




✍️ Ahmad Mursi 


1.  Dalam hal tadbir urus negara, semua parti memang berubah-ubah pendirian. Dulu kata lain, hari ini kata lain.


2.  Pada saya, itu masih wajar kerana ekonomi berubah, hutang negara berubah, dan keutamaan rakyat juga berubah. Zaman terbeban hutang 1MDB lain keadaannya, zaman fiskal lebih stabil lain pula pendekatannya.


3.  Contohnya isu hapus PTPTN. Bila keadaan fiskal negara berubah, pendekatan juga boleh berubah.


4.  Masalah timbul apabila yang berubah-ubah itu ialah dalil agama yang ditunggang untuk menyerang musuh politik atau menghalalkan pakatan.


5.  Dulu, kerajaan dikafirkan kerana tidak melaksanakan hudud. Bila PAS menjadi kerajaan, hudud pula dikatakan “bukan keutamaan”.


6.  Dulu UMNO kafir, kemudian beriman, lepas itu dajal, hari ini dikatakan sama akidah pula dengan PAS. Ini bukan ijtihad, ini ghuluw dan takfir.


7.  Dalil ketika bekerjasama dengan DAP satu versi, dalil ketika berlawan pula bertukar menjadi “kafir harbi”.


8.  Inilah yang menyebabkan agama akhirnya dilihat hanya sebagai alat politik, bukan prinsip.


9.  Walaun berhujah: “Ijtihad berubah dengan berubahnya masa dan tempat.”


10.  Saya setuju ijtihad boleh berubah dalam hal fekah, muamalah dan pentadbiran.


11.  Tetapi kaedah fiqh juga jelas: tiada ijtihad dalam hal akidah.


12.  Jangan terlalu ghairah menjatuhkan hukum untuk mengkritik lawan politik. Hentikanlah — atau bersara sahaja.



APA BEZA ISLAM PAS VS ISLAM UMNO?APA JASA PAS DI NEGERI KELANTAN?



Che Ibrahim


Alhamdulillah....Tahap pertama ni kena akui semua kita adalah Islam, berbeza politik tidak menyebabkan berbeza akidah. 







Adapun siapa lebih baik Islamnya, hanya penilaian Allah yg adil dan benar, penilaian manusia takleh nak pakai sangat, tentu pakat ngaku dia lebih baik.


Di segi penampilan Islam, mungkin Pas dilihat lebih islamik berbanding UMNO, namun di segi jasa kepada Islam dan  pelaksanaan Islam dalam pemerintahan sudah tentu UMNO lebih banyak berbanding Pas yang hanya dok fokus nak sekat babi, Arak dan Judi. 


Dulu perjuangan melaksanakan  hukum hudud menjadi garis pemisah antara Pas - UMNO. Pas dikatakan berjuang untuk laksana hukum hudud, UMNO pula dikatakan menghalang hudud, lo ni sama sama senyap dah. Nak pun tidak halang pun tidak, yang ada nak tebuk atap, dah cukup jumlah, tak lama dah gaisssss....



DOK SIBUK BAB BABI...CALON 4 LORI MANA DIA ?


 

GEMPAR NAK LETAK JAWATAN

 


SEMAK PARTI TUNGGANG AGAMA


 

Papagomo pernah disabit kesalahan jenayah - Polis


EM JAY



PAS oh PAS


Dulu Papagomo dikeji, sekarang Papagomo dijadikan wali








KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo, adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah.


Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang berpangkat konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.


“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September tahun lalu.


“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.


Beliau berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum yang mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai pengundi awam dan satu lagi pengundi pos.


Kedua-dua rekod daftar itu diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Bagaimanapun, selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri sebagai pengundi pos dilaporkan telah dipadam.


Sebelum ini juga, carian dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah.


Beliau pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.


Nama Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara apabila disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu di internet.


Harakahdaily



BUKAN NAK KISAHKAN EKONOMI BANGSA, NAK REBUT KERUSI

 


JANJI DICAPATI


 

JEBAT APA.. KALAU FITNAH PUN NAK SOLIDARITI.


EM JAY


 Tam Jebat ditangkap Polis kerana menyebar fitnah, walaun nak buat solidariti menyokong pemfitnah…. Walaun tidak boleh bezakan antara FITNAH dan Kebebasan bersuara





JOM WALAUN SEMUA- JUSTICE FOR WAN AHMAD FARIS

 


Alhamdulillah... Satu kegembiraan kepada keluarga mangsa, bukan kerana mahu pelaku dihukum, tetapi sekadar mencari keadilan dan pembelaan kepada kematian arwah yang gagal menamatkan cita citanya menjadi seorang Hafiz Al Quran.




Akmal dan Sun Tzu Art Of War.



Apabila Akmal mengisytiharkan “perang” terhadap DAP, pemimpin MCA pastinya bermuram. 






Sebaliknya, pemimpin DAP hanya tersenyum simpul. Kenapa?


Dengan hanya satu patah ayat keras daripada Akmal, pengundi Cina akan berbondong-bondong kembali memberi sokongan padu kepada DAP, sekali gus menjauhkan diri daripada MCA.


Inilah seni politik 'Sun Tzu Art of War'. 


Sun Tzu menegaskan: “The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting.”


Dalam konteks ini, DAP tidak perlu menyerang MCA secara langsung. Kenyataan keras Akmal sudah cukup untuk menggerakkan sentimen pengundi Cina kembali kepada DAP. 


Sun Tzu berkata: “When the enemy is strong, avoid him. When he is angry, irritate him.”


Retorik konfrontasi yang keras menjadi senjata yang memakan diri. Emosi dan kemarahan Akmal digunakan secara tidak langsung oleh DAP untuk mengukuhkan sokongan akar umbi mereka. 


Sun Tzu menulis: “Never interrupt your enemy when he is making a mistake.”


DAP tidak perlu membalas atau menyerang. Mereka hanya perlu berdiam diri dan membiarkan kesan politik itu berkembang sendiri. Ruang kemenangan dibuka oleh lawan, bukan direbut melalui serangan.


Strategi Sun Tzu yang asalnya dicetuskan oleh Yeo Bee Yin dan Tony Pua, kini dimanfaatkan sepenuhnya oleh DAP dan tentunya yang rugi akhirnya ialah Akmal dan Umno.


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar