✍️ Ahmad Mursi
𝗔𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮?
Masalahnya cara bela babi yang lama. Banyak kandang tradisional berselerak, ada yang lepaskan najis ke sungai dan sebabkan bau busuk. Sungai dan laut di Kuala Langat serta Sepang tercemar ganggu penduduk.
𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮?
Masa PAS pegang Exco antara 2013 hingga 2018, jumlah kandang mencecah 124 di bawah Ust Sallehen Mukhyi dan Zaidy Abdul Talib. Lepas 2018 bila AMANAH ambil alih porztfolio melalui Izham Hashim, jumlah diturunkan kepada 115. Sekarang dirancang untuk pusatkan semuanya jadi satu lokasi sahaja dan tutup semua 115 kandang.
“𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝗮?”
Ini bukan isu kaum. Ini kesan perancangan lama dan perubahan guna tanah. Banyak juga kandang dibina dulu, kemudian kawasan perumahan dibina makin hampir dari tahun ke tahun. Bila jarak makin dekat, konflik sosial dan masalah kesihatan pun berlaku.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗴𝗮𝗿?
Sebab Bukit Tagar memang kawasan zon aktiviti berat, bukan kawasan orang tinggal dari awal. Jauh dari penempatan. Di situ juga dah ada tapak pelupusan sampah sanitari lebih kurang 700 ekar yang beroperasi sejak 2005 dan dirasmikan oleh Najib Razak.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗲?
Hutan bukan zon aktiviti berat. Isu alam sekitar lagi besar kalau masuk hutan. Hutan pun kena jaga. Kalau kacau di hulu, di hilir merana nanti.
𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗻𝘆𝗮?
Ini bukan kandang kampung. Ini penternakan moden. Syarat diperketatkan, tiada kumbahan dibenarkan keluar, guna sistem Zero Discharge Policy, ada zon penampan besar antara ladang dan kawasan luar, dan operasi dibuat secara tertutup macam ladang ayam moden.
𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗸𝗮𝗵 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶?
Tapak pelupusan sampah di situ dah lebih 20 tahun beroperasi dan melalui kajian impak alam sekitar. Kalau betul kawasan tu bermasalah, lama dah sungai Selangor rosak teruk. Realitinya, masalah lebih besar datang daripada kandang yang wujud berselerak hari ini, yang masih lepaskan najis tanpa rawatan sempurna ke sungai.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗧𝗮𝗴𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗼𝘁𝗲𝘀?
Sebab Bukit Tagar bukan kawasan penempatan. Ia zon aktiviti berat. Tambahan pula, Sultan Selangor telah menitahkan supaya semua kandang di Sepang dan Kuala Langat ditutup dan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝟱𝟬𝟬 𝗲𝗸𝗮𝗿? 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸?
500 ekar itu bukan kandang semata-mata. Ia termasuk zon penampan, jarak keselamatan antara kandang, loji rawatan, infrastruktur, jalan, rumah pekerja dan kawalan biosekuriti. Ini ladang moden, bukan kandang tepi rumah. Tanah pula milik individu, bukan milik kerajaan. Tapi kajian kena dibuat seperti Titah Sultan untuk kenal pasti keperluan sebenar.
𝗕𝗮𝗯𝗶 𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗸𝗲?
Tak. Penternakan babi di Selangor sekarang pun hanya cukup lebih kurang 30% keperluan tempatan.
𝗜𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗼𝗼𝗱 𝘀𝗲𝗰𝘂𝗿𝗶𝘁𝘆 𝗸𝗲?
Ya, dalam konteks negara majmuk. Walaupun tidak halal untuk umat Islam, bekalan ini termasuk dalam pengurusan food security untuk komuniti bukan Islam. Masa Haji Hadi jadi MB pun, dia benarkan ternak babi walhal 3% je komuniti bukan Islam.
𝗕𝗲𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗻𝗶 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲?
Tak. Kos pemindahan dan pembangunan ditanggung oleh pihak swasta, bukan duit kerajaan negeri.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗮𝗯𝗶?
Penternakan babi di Malaysia bukan benda baru. Ia dah wujud sejak zaman kolonial, bila buruh dari China dibawa masuk dan keperluan makanan tempatan dipenuhi secara setempat. Isunya bukan nak hapuskan terus, tapi nak urus dengan lebih tersusun, bersih, terkawal dan tak mencemarkan alam sekitar.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮?
Ketika PAS jadi Exco antara 2013 hingga 2018, tiada penstrukturan menyeluruh dibuat. Sejak 2018, bila AMANAH ambil alih, jumlah kandang dikurangkan dan sekarang nak dipusatkan kepada satu lokasi sahaja. Pendekatan kerajaan jelas: kurangkan, pusatkan, modenkan.
No comments:
Post a Comment