✍️ Ahmad Mursi
1. Dalam hal tadbir urus negara, semua parti memang berubah-ubah pendirian. Dulu kata lain, hari ini kata lain.
2. Pada saya, itu masih wajar kerana ekonomi berubah, hutang negara berubah, dan keutamaan rakyat juga berubah. Zaman terbeban hutang 1MDB lain keadaannya, zaman fiskal lebih stabil lain pula pendekatannya.
3. Contohnya isu hapus PTPTN. Bila keadaan fiskal negara berubah, pendekatan juga boleh berubah.
4. Masalah timbul apabila yang berubah-ubah itu ialah dalil agama yang ditunggang untuk menyerang musuh politik atau menghalalkan pakatan.
5. Dulu, kerajaan dikafirkan kerana tidak melaksanakan hudud. Bila PAS menjadi kerajaan, hudud pula dikatakan “bukan keutamaan”.
6. Dulu UMNO kafir, kemudian beriman, lepas itu dajal, hari ini dikatakan sama akidah pula dengan PAS. Ini bukan ijtihad, ini ghuluw dan takfir.
7. Dalil ketika bekerjasama dengan DAP satu versi, dalil ketika berlawan pula bertukar menjadi “kafir harbi”.
8. Inilah yang menyebabkan agama akhirnya dilihat hanya sebagai alat politik, bukan prinsip.
9. Walaun berhujah: “Ijtihad berubah dengan berubahnya masa dan tempat.”
10. Saya setuju ijtihad boleh berubah dalam hal fekah, muamalah dan pentadbiran.
11. Tetapi kaedah fiqh juga jelas: tiada ijtihad dalam hal akidah.
12. Jangan terlalu ghairah menjatuhkan hukum untuk mengkritik lawan politik. Hentikanlah — atau bersara sahaja.
No comments:
Post a Comment