Pelik banyak pula minyak masak dekat pasar raya sekarang, kenapa ya?



Orang ramai meluahkan rasa hairan apabila stok minyak masak paket yang sebelum ini sukar diperoleh kini dilihat kembali memenuhi rak di beberapa pasar raya. 

Perkara itu menjadi perbualan hangat di media sosial, selepas satu laman Facebook memuat naik gambar memaparkan minyak masak paket di sebuah pasar raya.

Menurut laman Kuantan Development News, sejak peraturan mewajibkan penggunaan aplikasi eCOSS dilaksanakan, minyak masak paket dilihat semakin mudah diperoleh di pasaran. 

Ramai berpendapat situasi itu berpunca daripada warga asing yang tidak lagi boleh membeli minyak masak bersubsidi tersebut.

“Perasan tak, lepas wajib beli minyak masak subsidi pakai aplikasi, berlambak-lambak stok minyak masak subsidi.

“Nampak sangat sebelum ini kena kebas dengan warga asing, termasuklah yang bekerja di pasar raya. 

“Pernah nampak satu geng warga asing beli minyak paket subsidi ini banyak-banyak dulu, sekarang tak boleh dah,” kongsinya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai, membuka perbincangan mengenai keberkesanan pembelian minyak masak menggunakan aplikasi.

Ada yang memberi respon positif mengatakan inisiatif itu mampu mengekang ketirisan yang sudah lama berlaku.

Tidak kurang juga, ramai membangkitkan soal kerumitan menggunakan aplikasi berkenaan terutama kepada golongan tua yang tidak mahir menggunakan telefon.




KES DI PERILIS...MAKIN KIOK PN.


 

KENA HORMAT SATU SAMA LAIN


 

KISAH ANDENDUM YANG BUAT BUAT TAK MAU PAHAM

 


TU DIA LAGI...


 

KES AIR KELANTAN. KITA ULANG BALIK TENGOK

 


TU DIA....

 

Hasnul Zulkarnain


Cg Shuk: hello Nusi…hello..

Hp Nusi: No yg anda dial tiada dlm perkhidmatan.

Cg Shuk: dajei Nusi, dan dan tukaq no hp…




Dengar habaq katanya ada 8 orang ADUN tarik sokongan kat YAB MB.

 


Dengar habaq katanya ada 8 orang ADUN tarik sokongan kat YAB MB.

Kalau betul pun, aku mintak sangat jangan dok main terima SD luar Dewan.

Cara tu bukan cara orang matang. Cara tu cara dok cucuk senyap senyap.






Politik negeri ni benda besar.

Buatlah depan depan dalam Dewan, bukan buat belakang tabir macam cerita kedai kopi.


Ambil pengajaran masa bentuk kerajaan Persekutuan hari tu.

SD individu dah tak dipakai.

Yang dipakai keputusan parti.


PAS keputusan en bloc.

Bersatu pun en bloc.

Takdak cerita sorang sokong sorang lari.


Kalau dua dua parti ni tak boleh sepakat, bubar DUN ja la.

Bagi rakyat Perlis pilih semula.

Senang.


Kalau niat nak tukar MB atas semangat kerjasama, bincang la elok elok.

Kalau kata MB patut letak jawatan, cakap elok elok.

Kalau MB tak mau, ada cara sah.

Buat undi tak percaya.

Tukar cara tertib, bukan cara kalut.


Masalah hangpa kena faham satu benda.

Rakyat dok tak seronok dah dengan prestasi kerajaan negeri.

Bila jadi berantakan macam ni, rakyat tengok pun menyampah.


Nampak macam apa tau.

Macam dok berebut kuasa.

Macam takdak arah.

Macam tak matang.


Perlis ni kecik ja weih.

Bukan negeri besar mana pun.

Apa la sangat sampai sanggup nak runtuhkan kerajaan dengan cara dok huru hara lagu ni.


Hangpa ni satu team sebenarnya.

Bukan musuh pun.

Duduk la semeja, minum ayaq kopi, bincang elok elok.

Jangan ikut sangat skrip orang tertentu yang dok cucuk dari belakang.


Aku cakap terus terang.

Rakyat takkan sokong cara lagu ni.

Depa tengok, depa nilai, depa simpan dalam hati.


Kalau dok buat lagu ni jugak, jangan terkejut esok lusa Kerajaan Perpaduan ambik alih Perlis.

Masa tu hangpa dok menyesai pun tak guna.


Berbaki setahun ja lagi.

Bertahan la elok elok.

Pakat la elok elok.

Jaga  negeri Perlis baik- baik.

Jaga maruah kerajaan.


Politik ni bukan sapa paling pandai pusing.

Tapi sapa paling waras dan tau jaga negeri.


Perlis kecik.

Cerita cepat sampai.

Jangan buat rakyat tambah letih..


Dr Ahmad Fadhzil Mohamad

Kangar, Perlis





Majoriti ADUN PN Perlis Didakwa Tarik Sokongan Terhadap MB, Bubar DUN Atau Letak Jawatan ?




KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis dengan majoriti menyatakan telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli. 


Difahamkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga dikatakan telah mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar manakala nama calon dari Pas, belum. 


Sumber dalaman dari PN memberitahu Utusan Malaysia, rata-rata ADUN dengan yang pasti lebih majoriti menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mohd. Shukri. 


“Kemungkinan tukar Menteri Besar itu ada. Sekarang kita lihat sama ada Mohd. Shukri akan meletak jawatan atau sebaliknya selepas sudah hilangan sokongan. 


“Sekarang ada dua kemungkinan sama ada Mohd. Shukri letak atau jawatan atau dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya sumber itu. 


Sebelum ini, seruan Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Ali agar kepemimpinan dan seluruh ahli parti menyokong pentadbiran Mohd. Shukri sebagai Menteri Besar yang hadir secara tiba-tiba menarik perhatian ramai. 


Sementara itu, salah seorang ADUN memberitahu Utusan Malaysia, kemungkinan pertukaran Menteri Besar itu ada dan pada masa ini, Mohd. Shukri masih dirawat di hospital atau faktor kesihatan. 


Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Mohd. Shukri dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas kembali daripada urusan luar negara. 


Mohd. Shukri mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital itu selepas mengadu sakit dada dan kini berada dalam keadaan stabil.


Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Utusan Malaysia

.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis20242026

#PakatMaiPerlis

#TahunMelawatPerlis





KETUA PEMUDA UMNO KIOK...


 

LOOOP PERLIS.


 

UMNO PERLU REALISTIK. MAKCIK KENA FAHAM UNDANG UNDANG.


 

DENGAR NI.

 


HORMATILAH KEPUTUSAN MAHKAMAH






1. Najib kekal dalam penjara, titah addendum tidak valid. 

2. Keputusan mahkamah menjelaskan prinsip "Raja Berpelembagaan" bukan " Monarki Mutlak". Raja hendaklah bertindak mengikut Perlembagaan. 

3. Perbahasan "titah addentum" dengan membelakangkan kehendak perlembagaan dan keputusan mahkamah boleh menjejaskan banyak pihak.

4. Jangan pertikaikan kuasa raja raja melayu dan mahkamah semata mata ianya tidak selari dengan kehendak kita.

5. Jangan sindir sindir kerana boleh menambah pedihnya luka.




BEZA ANWAR DN NAJIB. WALAUN SEGALA WALA TOLONG HADAM. SURUH BACA DAN PAHAM MALAS BACA.. ATAU BACA TAK PAHAM. .

 

Che Ibrahim



San... Anwar diampunkan melalui mesyuarat penuh Lembaga Pengampunan. Begitu juga Najib telah diberi pengampunan dengan diskaun kepada separuh hukuman. 





Ada pun Titah Addentum ada 2 isu mengapa ianya ditolak:


1. Titah tahanan rumah itu tidak ada dalam minit mesyuarat Lembaga Pengampunan. 


2. Tahanan Rumah tidak termaktub dalam mana mana undang undang bertulis di Malaysia.


Ambo rasa demo saja wat lolak tak tahu jah, muga demo pun lawyer juga....




HUBUNGAN UMNO - DAP BAKAL BERAKHIR??











Tadi ambo ada tulis bagaimana kisah hubungan Pas - Dap berakhir setelah sekian lama " bertahalluf siyasi secara rasmi, ada dokumen yang mengikat hubungan Pas - Dap dan ada keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama' Pas yang menghalalkannya. 


Pas mendakwa hubungannya dengan Dap putus kerana Dap menentang hudud, Dap pula berhujah tidak dapat bersama Pas kerana sikap Pas yang berdolak dalih dan hubungan sulit dengan UMNO di saat mereka bersama dalam PR. 


Apa pula yang akan berlaku kepada hubungan UMNO - Dap??


Semua orang tahu hubungan Umno dengan Dap bukan dibuat atas persefahaman politik atau dibina atas kehendak masing masing, tetapi hubungan yang dibina atas dasar  " terpaksa " selepas tidak ada parti yang menang dalam PRU 2022.


Semenjak itu, walaunpun Umno dan Dap sama sama berada dalam Kerajaan Madani, tapi hubungan sah antara UMNO dan Dap belum berlaku, masih dalam tempoh percubaan dan mencari cari keserasian. Di peringkat "anak anak", masih ramai yang enggan merestui perkahwinan paksa ayah mereka dengan Dap. Si ayah pula, berhempas pulas berusaha menyakinkan anak anak bahawa perkahwinan ini baik untuk masa depan UMNO.


Di sebelah Dap pula, mereka tidak kisah dengan siapa mereka bersama, yang penting kepentingan mereka tidak tergugat dan Dap sudah "perit" jadi pembangkang, kalau boleh tak mahu dah jadi pembangkang.


Bagi ambo, sindiran Yeo Bee Yin kepada Najib yang gagal mendapat tahanan rumah hanyalah pencetus atau minyak yang tertumpah kepada api yang sedang menyala. Najib sendiri pernah buat sindiran yang hampir sama.


Sebenarnya UMNO kecewa kepada keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepada Najib, tetiba Yeo Bee Yin mengejek pula!!.


Pas sedang menunggu nunggu cinta kali ke 3nya kepada UMNO bersahut lagi di saat UMNO sedang seronok menikmati kuasa bersama Kerajaan Madani. Sebahagian anak anak UMNO pula masih ada yang tergila gila kepada Pas lalu mengguna kesempatan yang ada menghasut si ayah bercerai segera.




UMNO NAK KELUAR KERAJAAN KERANA NAJIB? RAKYAT AKAN HUKUM LEBIH LAGI.

 


UMNO MESTI PANGGIL MESYUARAT MT TERGEMPAR PUTUS KETETAPAN KELUAR KERAJAAN


23 December 2025


Gelombang mahukan UMNO keluar kerajaan kini sudah menggelembung ke seluruh penjuru alam.


Di mana-mana ramai yang bersetuju dengan tindakan itu susulan sikap biadap dan kurang ajar seorang pemimpin DAP kepada UMNO susulan keputusan mahkamah semalam berkaitan titah adendum.


Langkah keluar meninggalkan kerajaan dan segera memisahkan diri daripada DAP adalah satu-satunya langkah wajar untuk memberi pengajaran kepada parti tersebut.


Bukan saja orang UMNO, malah orang Melayu biasa dan kebanyakan juga dilihat bersetuju dengan langkah meninggalkan kerajaan itu.


Sepertinya sekarang ini bukan saja orang UMNO yang terasa disakiti kerana dihina oleh sikap biadap dan kurang ajar seorang pemimpin DAP terhadap Najib Razak, malah perasaan yang sama telah merebak ke jiwa orang-orang Melayu.


Bagi sebahagian besar orang Melayu, jasa dan sumbangan Najib begitu besar kepada kehidupan mereka.


Bantuan tunai STR, Sara dan segala macam bantuan lainnya, ia  masih diingati sebagai idea daripada BR1M Najib yang terus dikekalkan oleh beberapa kerajaan sehinggalah sekarang.


Dalam erti kata lain, orang Melayu sekarang ini mula simpati kepada UMNO disebabkan perlakuan pemimpin DAP kepada Najib itu.


Maka itu, UMNO tidak boleh memandang ringan sentimen yang wujud dan makin berkembang sekarang ini.


Ini adalah sentimen yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya akan datang.


Oleh sebab sudah ramai pemimpin UMNO telah mengeluarkan kenyataan memperlihatkan kecenderungan ingin keluar kerajaan, berpatah balik atau melakukan U-Turn bukan lagi suatu pilihan.


Jika itu yang dilakukan, orang Melayu akan hilang kepercayaan dan tidak lagi respek kepada UMNO.


Yang dinanti sekarang ini  hanya satu – bila UMNO mahu keluar kerajaan?


Kata-kara berapi, desakan, ugutan dan seumpamanya hanya dinanti bila mahu dilaksanakan.


Untuk itu, UMNO kini wajar memanggil mesyuarat MT khas dan tergempar dengan kadar segera.


Mesyuarat itu bukan untuk membincangkan keputusan mahkamah semalam, bukan juga untuk membincangkan apa jadi kepada Najib selepas ini, tetapi untuk mendapatkan persetujuan untuk segera meninggalkan kerajaan.


Tentang keputusan mahkamah semalam, serahkan kepada peguam Najib untuk mengemukakan rayuan di peringkat mahkamah yang seterusnya.


Keluar kerajaan dan tidak lagi berkawan dengan DAP adalah satu-satunya pilihan untuk UMNO kembali mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada orang-orang Melayu.


UMNO selama ini bukan saja sudah bertolak ansur dalam banyak perkara, malah sanggup memberi laluan agar DAP dapat beroleh kuasa, tetapi jika hinaan dan kejian sebagai balasannya, ia sama sekali tidak boleh diterima.


Kali ini UMNO jangan sekali-kali berpatah balik lagi, kecualilah jika parti itu mahu terus dihina dan sengaja ingin ditolak mutlak pada PRU seterusnya. – ShahbudinHusin 23Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/umno-mesti-panggil-mesyuarat-mt-tergempar-putus-keluar-kerajaan/




ULASAN LOGIK RAFIZI VS KETUA PEMUDA UMNO - .. BUKAN MACAM SI KETUA PEMUDA UMNO TU.






INI MINDA KETUA  PEMUDA UMNO. TARAF TU SAJA PEMIKIRAN DIA. MANA UMNO NAK MENANG.? 
 

IQ 76

SDM RENDAH

MISKIN LITERASI  90%

RAKYAT SEMUA,  DIA TAK PUNYA OTAK  CAKAP  TAK ADA ISI. 






NAK MELINGKUP DAN DERITA UNDI PAS BERSATU

 


BELUM ADA DALAM UNDANG UNDANG

 Mohd Tarmizi


Dia macam ni saudara2...






'Tahanan Rumah' belum ada dalam Undang2 Negara kita. 2016 dulu pernah Anwar mohon juga 'Tahanan Rumah' ditolak Mahkamah sebab tiada peruntukkan undang2.


Jadi apa tugas pembangkang selepas ini? Ahli politik pembuat dasar dan undang2.

Desak laaa dalam parlimen buat undang2 tahanan rumah. Jangan naik parlimen langgut-langgut macam lutong beranak satu.




FADLI DAKWA PMX MENDAHUKI MAHKAMAH.

 



PASIR MAS, 19 Dis - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengkritik Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau seolah-olah mendahului proses keadilan apabila mengeluarkan kenyataan yang melabelkan ahli perniagaan, Albert Tei sebagai bersalah sebelum sebarang keputusan mahkamah dibuat. 


“Jika begitu, bolehkah kita juga katakan bahawa bekas setiausaha politiknya sebagai ‘penerima rasuah tegar’ sedangkan dia baru sahaja didakwa di mahkamah?,” soal beliau melalui kenyataan di laman Facebook.


Beliau menggesa Anwar menjawab dakwaan berkaitan penglibatannya dalam kes berkenaan dan mempersoalkan kesediaan Perdana Menteri untuk mempertahankan kenyataannya di mahkamah.


“Saya ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini, Anwar Ibrahim tidak pernah menafikan penglibatannya menurut dakwaan di dalam video Sofia Rini Buyong yang tular di media sosial. Tanpa penafian secara rasmi daripada Anwar Ibrahim, bermakna apa yang dikatakan oleh Sofia Rini Buyong adalah benar,” tambah beliau. 


Beliau mendakwa Anwar sendiri yang mewujudkan kekeliruan masyarakat dalam menganggap perasuah sebagai pemberi maklumat atau “hero” kerana telah memutarbelitkan fakta.


#BeritaKS





TOLAK KES NAJIB

 

BFM



🚨 BREAKING: Pada 22 Disember 2025, Mahkamah Tinggi KL telah menolak pelaksanaan titah adendum diraja yang membenarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes dana SRC di bawah tahanan rumah.














"Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan." – Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching


Peguam Najib, Shafee Abdullah akan memfailkan rayuan atas keputusan ini.


📌 Najib kini telah menjalani lebih 3 tahun hukuman penjaranya di Penjara Kajang. Dia dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028, atau satu tahun kemudian pada 23 Ogos 2029 sekiranya denda RM50 juta tidak dibayar.


📌 Isu titah adendum ini timbul pada 1 April 2024 apabila Najib memfailkan semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu perintah tambahan yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.


📌 Dalam pada itu, Jumaat ini (26 Disember), Najib akan mengetahui nasibnya dalam kes dana 1MDB selepas perbicaraan 7 tahun. Dalam kes ini, Najib berdepan 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana lebih RM2.3 bilion.





Mahkamah: Titah Adendum tidak sah dan tak pernah dibincangkan, Najib kekal di Penjara Kajang


 


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching hari ini menolak rayuan Najib, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum.

Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.


Beliau berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.


“Titah adendum tersebut tidak dipertimbang atau diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61. Tiada pematuhan terhadap Perkara 42 Perlembagaan.


“Justeru, ia bukan satu perintah yang sah. Responden tidak mempunyai kuasa dan tiada kewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakannya. Sebaliknya, pemohon tidak mempunyai hak terhadap remedi mandamus,” katanya.


Untuk rekod, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan sudah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International sejak 23 Ogos 2022.




KEPUTUSAN MAHKAMAH ADIL UNTUK RAKYAT


Norman Radzuan






Saya bukan peguam utk mengulas dari sudut undang2 secara detail. Walaupun saya lawan Najib sejak 2008 hingga berakhir jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2018, saya tetap melahirkan rasa simpati kpdnya.


Rasa simpati sebagai ‘insan’ namun tidaklah sampai utk membela. Yg salah tetap salah selepas dibicarakan walaupun saya akui ada byk jasanya kpd negara seperti  mewujudkan Klinik 1Malaysia. Namun ia tidak memboleh menghalalkan cara utk salah laku kes yg didapati bersalah oleh mahkamah.





Siapa yg bersimpati tidak ada salahnya kerana itu tandanya kita ada rasa ‘insan’ dlm diri. Tapi membela dgn menyalahkan mahkamah atau hakim ia sudah keterlaluan. Utk keluarga Najib membela nasib beliau kita boleh memahaminya sebagai bapa mereka.


Anda mesti ingat jenayah yg dilakukan oleh Najib sgt berat dgn melibatkan wang sebanyak RM 42juta. Najib sebenarnya patut dipenjarakan selama 12 tahun tetapi telah disingkatkan kpd 6 tahun sahaja. 


Tidak cukup dgn itu penyokong Najib mahukan beliau menjadi tahanan rumah atau lebih mudah difahami duduk di rumah… ia dilihat agak melampau privilege diberikan kpd mantan Perdana Menteri tersebut.


Sdgkan rakyat hanya melibatkan RM 100 sahaja berbulan dipenjarakan. Jika terlalu byk keistimewaan tentu rakyat berkata berbaloi mencuri hanya penjara 6 tahun.


Bersabarlah DS Najib hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi. Bagi saya keputusan mahkamah barangkali dirasakan tidak adil oleh penyokong Najib tetapi adil utk rakyat.



BUKAN SAHAJA DAP.. . RAKYAT YANG LAIN JUGA RASA LEGA DENGAN KEPUTUSAN HAKIM. PENCURI TIDAK BOLEH JALANI HUKUMAN SELESA.

 

Shahbudin Husin


Seluruh ahli UMNO wajar mengutuk sikap biadap dan kurang ajar pemimpin DAP ini.


DAP nampaknya lupa, PH hanya menang 82 kerusi dan dengan bantuan 30 kerusi UMNOlah, parti itu dapat merasa jadi kerajaan.


Lalu, UMNO nak tunggu apa lagi untuk terus berada dalam kerajaan?




PERANGAI LEBAI

NJib Bakar


 Komen dari posting Haji Zainuddin Omar. Bila check, profile tak lock, bukan fake profile.


Agak serius tuduhan tersebut. Hmmmm.




CEPLOS. JANGAN CEPAT GABRA.


Leon Wen


 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗿𝗼𝘃𝗼𝗸𝗲 (𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘚𝘚), Erin Nash, Kammal Shah Jusi, 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝘀𝘁 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗛𝗶𝗿𝘂𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗯 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶… 𝘢𝘬𝘶 𝘩𝘶𝘴𝘯𝘶𝘻𝘰𝘯, 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘪... tapi aku pun tau geng ceplos Damai yang terlompat-lompat dulu nak tumpang peluang tibai Rafizi. 





𝙃𝙖𝙠𝙞𝙠𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖? Rafizi baru bersin kecil, baru achit mencicit, dah semua ceplos-ceplostit terkuit-kuit macam punggung kena gigit semut api. 


Relax la. Tak payah melenting macam telinga kena jentik.


Point aku mudah: Anwar 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙥𝙤𝙢𝙥𝙤𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙥𝙖𝙨 𝙬𝙖𝙣𝙜𝙞. Dia dah lama dikelilingi penjilat profesional, pembodek Gred J, pengipas 24/7 dan pengampu tegar yang sanggup bagi standing ovation walau untuk benda basic. Sampai satu tahap, pujian melambung dah tak ada rasa; numb. 


Tapi 𝙨𝙤𝙡𝙪𝙨𝙞? Zero. 

Semua pandai angguk, tapi bila buat kerja; 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙪, 𝙨𝙡𝙤𝙬 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩 𝙗𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞.


Anwar sendiri mengaku; jentera kerajaan tak jalan macam sepatutnya. 


𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙡𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣? Ramai pandai sembang, malas fikir, fobia inovasi, lagi fobia hilang elaun.


𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶. Dia bukan audition jadi hero. Dia isi ruang yang kosong: 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙜𝙪𝙧, 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙠𝙧𝙞𝙩𝙞𝙠, 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙪𝙣, untuk kejutan elektrik pada sistem yang dah reput, pejabat yang penuh “yes boss”, tapi result hancing. Itu namanya 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 & 𝙗𝙖𝙡𝙖𝙣𝙘𝙚, bukan check & bodoh.


Keliling Anwar = "𝘺𝘪𝘯" — selesa, stagnant, gelap.

Rafizi dari luar = "𝘺𝘢𝘯𝘨" — disruption, terang, counterpoint.

Baru "𝘺𝘪𝘯-𝘺𝘢𝘯𝘨" seimbang, baru 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙠𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥, macam pro & cons dalam debat. Kalau semua nak jadi kipas rosak yang hanya meniup bau ketiak sendiri, negara takkan maju.

Masalahnya; bila 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙜𝙪𝙣𝙖 𝙛𝙖𝙠𝙩𝙖 & 𝙙𝙖𝙩𝙖, cytro IQ-koyak terus jadi keyboard gladiator, maki dulu, hujah kemudian… itu pun copy paste dari makcik WhatsApp. Label sana sini, gaslighting, narcissistic meltdown.


Mana pergi semangat lama PKR?

𝙁𝙖𝙠𝙩𝙖 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙖𝙪𝙩𝙖.

𝙍𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙚𝙥𝙨𝙞.

𝘼𝙠𝙖𝙡 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙝𝙚𝙡𝙖𝙝.


Sekarang yang tinggal cuma:

“𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘨𝘶𝘳 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯! 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘴𝘰𝘬𝘰𝘯𝘨!”


Hellooo… 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙜𝙪𝙧 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖𝙬𝙖𝙣. 𝙄𝙩𝙪 𝙙𝙞𝙠𝙩𝙖𝙩𝙤𝙧 𝙬𝙖𝙣𝙣𝙖𝙗𝙚.


So cytro-cytro lembik yang hanya tau jadi echo chamber: sharpen your brains, 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙪𝙟𝙖𝙝. Kalau tak mampu, jangan terkejut bila orang label korang setaraf walaun-walauntit.


𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗰𝗵𝗶𝘁 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁, 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗶𝘁.

𝗜𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸.

𝗜𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗶𝗸. 😁😂


====>>>

🖊 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

𝘗𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘭 𝘱𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘳𝘪𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 — 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘬𝘶𝘭𝘵𝘶𝘴.


•••



Rafizi Dedah Dapatan Terbaru Fenomena Yang Pengaruhi Majoriti Pengundi S...

Rafizi Dedah 3 Faktor Besar Rombakan Yang Pengaruhi Pengundi? Apa Mesej ...

HADI BAWANG MEMPERBODOHKAN DIRI! ABU HAFIZ SEKOLAHKAN HADI!

Isu Thailand-Kemboja: Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Wadah Selesaikan Konflik – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada 20 Disember 2025. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung esok dijangka akan menjadi wadah konstruktif untuk Kemboja dan Thailand berunding secara terbuka dalam menyelesaikan konflik sempadan dua negara.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri, menjelaskan, perbincangan itu juga akan menyelesaikan perbezaan secara aman sekali gus mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan.

“Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan berlangsung esok adalah wadah sesuai dan konstruktif untuk membolehkan kedua-dua negara berunding secara terbuka, selesaikan perbezaan secara aman, serta mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan,” katanya.

Anwar mengesahkan beliau turut berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul bagi bertukar pandangan serta membincangkan hala tuju terbaik ke arah meredakan ketegangan yang timbul antara kedua-dua negara.

“Saya menegaskan pentingnya untuk Kemboja dan Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan dan saling menghormati demi menamatkan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) dan China juga menggerakkan pasukan perundingan bagi meredakan ketegangan di sempadan kedua-dua negara berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Krisis antara Thailand dan Kemboja tercetus disebabkan kedua-dua negara mempertikaikan sebahagian sempadan darat sepanjang 817 kilometer itu selama lebih seabad, yang mana perebutan ke atas kuil purba kadang-kadang mencetuskan pertempuran bersenjata, termasuk insiden berbalas tembakan artileri selama seminggu yang meragut banyak nyawa pada 2011.

Ketegangan kembali memuncak pada Mei lalu selepas seorang tentera Kemboja terbunuh dalam satu pertempuran kecil, mencetuskan peningkatan ketara kehadiran tentera dan pertempuran baharu yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.



Penjimatan RM800 Juta Diterima Kerajaan Hasil Pelaksanaan BUDI95 – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi petrol secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Penjimatan sebanyak RM800 juta hasil daripada pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 September lalu berjaya membantu kerajaan menyalurkan subsidi berkenaan secara bersasar kepada rakyat terutamanya warganegara Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi petrol secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.

“Setiap hasil penjimatan itu dipulangkan semula kepada penduduk melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), selain digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih 20 tahun oleh kerajaan terdahulu, namun tiada yang mempunyai keberanian serta tekad politik untuk melaksanakannya sehingga Kerajaan MADANI mengambil langkah berani melaksanakan BUDI95.

Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Manakala warganegara asing pula hanya dibenarkan membeli bahan bakar itu pada harga pasaran tanpa subsidi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan terutama mereka yang berada di sempadan antarabangsa negara seperti Thailand dan Singapura.

Ini sekali gus memastikan warganegara Malaysia sahaja yang menikmati hak eksklusif mendapatkan bahan bakar itu serta menjadi penghargaan terbesar kerajaan selain bantuan bersasar lain seperti STR dan SARA yang ternyata amat membantu golongan berpendapatan rendah.

Bukti paling jelas ialah kadar penggunaan SARA di tujuh negeri merekodkan 100 peratus yang menunjukkan keberkesanan sistem pengagihan bantuan kepada rakyat, menurut laporan Kementerian Kewangan (MOF) minggu ini.