MUKA GETAH SCRAP NI NAK HENTAM ORANG.. MASA ADA KUASA KEPALTERBANG ISRAEL LALU PUN HANGPA BAGI..

 Che Ibrahim. 


Dia gini jah... Kalau buat sambutan ala kadar, sembrono, nampak nah muka Trump tak puashati, mereka akan kata sambutan dingin ke atas Trump memalukan negara, PMX tak layak untuk duduk setaraf/semeja dengan pemimpin negara lain.





BELI BOIENG ADALAH KEPERLUAN. YANG NI PUNAHSIHAT NAJIB TAK LIHAT..PATUT NAJIB KENA...PUNAHSIHAT CAM ISHAM TAK BOLEH PAKAI


 

LAMA NGAT JADI BARUA ATOK.....KIRA NAK CANTAS ORANG JA DULU.

 Program TV Pun Kena Ikut Amerika 




1. Saya sedang menelaah kandungan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika yang dimeterai pada 26 Oktober. 


2. Ia bukan main-main punya perjanjian. Ia ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald John Trump. 


3. Saya akan cuba ulas pada masa dan di tempat yang sesuai setelah membaca dan mendengar pandangan berbagai-bagai pihak. 


4. Setakat ini, memadailah kalau saya kata, ada syarat-syarat dalam perjanjian itu yang bunyi seolah-olah kita sudah jadi tanah jajahan balik. 


5. Contohnya, syarat wajib berkenaan siaran televisyen. Ya, siaran dan program televisyen. Dalam Perkara 2.20 perjanjian Anwar-Trump itu, Malaysia wajib (shall) batalkan syarat lesen penyiaran yang memperuntukkan 80 peratus waktu kepada rancangan tempatan. Malaysia juga wajib benarkan penyiaran program asing pada waktu kemuncak (prime time).


6. Article 2.20: Broadcasting.

Malaysia shall remove the requirement in broadcast licensing agreements that broadcast stations devote 80 percent of terrestrial airtime to local Malaysian programming, and Malaysia

shall allow broadcasting of foreign programming during prime time.


6. Itu baru siaran televisyen. Belum lagi syarat ke atas GLIC dan GLC supaya beli lebih banyak barang-barang buatan Amerika dan melabur di negara itu.


7. Pakar dalam hal perdagangan antarabangsa dan tarif boleh tolong buat kira-kira mana lebih baik bagi Malaysia, tarif 25 peratus tanpa perjudikan kedaulatan atau tarif 19 peratus tapi kena ikut telunjuk Amerika?


Terima kasih.



RAGAM PAK MAUN


 

JENIS JILAT MUNTAH


 

HASSAN KARIM YANG MENGARUT...TIADA LANGSUNG KEBAIKAN ?


 

PILIH UNTUK MELINGKUPKAN NEGARA


 

MELAWAN HUJAH WALAUN


 

NOHHH ..SAMBUTAN PESTA PN


 

BACAAN PANJANG. KENAPA JEPUN SAMBUT TANPA KARPET MERAH


Alif Jamil




 Ramai juga tanya kenapa layanan Jepun terhadap Trump boleh pula jauh berbeza dengan Malaysia.


Tak ada karpet merah, tak ada joget bagai, sumo pun tak ada.


Siap ada yang komen, "Mereka bangsa jiwa merdeka, bukan bangsa jiwa hamba."


Reaksi pertama aku: korang biar betul nak bandingkan Malaysia dengan Jepun?


Bukan soal Jepun tu negara maju kita belum maju, tapi soal hubungan Jepun dan Amerika tu.


Jepun ni sekutu Amerika paling tegar kat dunia, bersama-sama Britain dan Isrel. Orang panggil JIB (bukan Jib lain ye), tiga negara yang jadi tiang seri empayar Amerika.


Sampai hari ni Jepun tak iktiraf Falastin sebab Amerika tak bagi. Kalau Amerika tak bagi, Jepun tak boleh buat apa-apa. Itu level hubungan Amerika–Jepun.


Jadi kalau tak ada protokol atau sambutan mesra pun, tak jejaskan hubungan dua negara. Diorang dah lama "ikat kontrak" nak jaga sesama sendiri.


Lagi pun, bukan Jepun tak nak bagi sambutan. Masa Trump pergi Jepun tahun 2017 dan 2019, ada je bentang karpet merah. Maharaja Jepun sendiri mencemar duli turun ke airport sambut dia.


Tapi kebelakangan ni Jepun hadap gejala penyerang "lone wolf" yang serius.


Lone wolf ni penyerang yang bertindak bersendirian (tak disokong kumpulan atau gerakan mana-mana), tapi serang orang ternama atau pemimpin atas motif sendiri.


Serangan lone wolf ni yang bunoh mantan PM Shinzo Abe pada 2022. PM Fumio Kishida pun pernah cedera diserang pada 2023.


Jadi Jepun tak nak ambil risiko dedahkan Trump. Keselamatan lebih penting.


Turun je dari airport, terus naik helikopter ke istana menghadap Maharaja Jepun. Padahal tak jauh pun dari airport ke istana, lagi dekat berbanding KLIA ke Ritz-Carlton.


Dan kalau nak cerita bab ambil hati Trump, Jepun dah lama buat. Malah Jepun ni boleh kata "tok guru" dalam bab nak mengampu Trump.


Lepas seminggu Trump menang pemilihan presiden pada November 2016, PM Shinzo Abe terus terbang ke New York untuk jumpa Trump, jadi pemimpin asing pertama yang jumpa President-Elect Trump.


Apa Abe buat? Dia tahu Trump suka main golf. Dia pun hadiahkan batang golf emas kepada Trump.


Masa tu Trump belum angkat sumpah pun, masih duduk kat Menara Trump. Abe dah gelabah nak tackle Trump.


Kenapa Abe tak sabar?


Sebab Trump masa muda dulu terkenal sebagai penghetam Jepun (Japan-basher), orang yang kerja dia hari-hari hentam Jepun.


Tahun 1980-an, masa Trump baru acah-acah nak berpolitik, dia jadikan Jepun sebagai modal dia.


Sebab waktu tu Jepun ekonomi kedua terbesar selepas Amerika, macam China hari ini. Orang Amerika rasa terancam, jadi tuduh Jepun macam-macam.


Termasuk Trump. Apa yang dia cakap pasal China hari ni, sama je dengan apa yang dia cakap pasal Jepun dulu. Kononnya Jepun ambil kesempatan terhadap Amerika dengan amalan perdagangan yang "tak adil".


Malah Trump siap ungkit soal bantuan ketenteraan Amerika terhadap Jepun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua (WW2).


Sejak berakhirnya WW2, Jepun jadi markas tentera Amerika terbesar di dunia, dengan lebih 50,000 askar Amerika ditempatkan di sana.


Askar Amerika ni bukan saja mempertahankan kepentingan Amerika (sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Rusia dan China), tapi juga mempertahankan Jepun.


Jepun tak nak wujudkan tentera lagi selepas WW2. Jadi dia cuma ada Angkatan Pertahanan Diri (Self-Defense Forces) yang skopnya kecil. Yang lain semua dia harapkan Amerika.


Benda ni nampak macam menggadaikan kedaulatan Jepun, tapi sebenarnya menguntungkan juga.


Sebab Jepun tak perlu keluar bajet besar untuk pertahanan, boleh fokus 100% pada ekonomi dan pembangunan negara.


Tapi Trump ugut nak tarik balik tentera Amerika, atau minta Jepun bayar Amerika untuk kekalkan tentera tu.


Abe pun risau. Tapi dengan skill dia, dia berjaya tackle Trump.


Sepanjang Trump jadi presiden (2017–2021), bukan saja dia jarang ungkit isu tentera tu, malah siap panggil Abe "great friend".


Dengan Trump ni, memang kena personal. Setakat hubungan formal G2G, tak jalan.


Adakah kita nak kata Abe ni pembodek, lapar pujian manusia, membelakangi maruah Nihonjin, tak ingat tragedi Hiroshima dan Nagasaki?


Tak. Apa dia buat tu untuk kepentingan negara. Walaupun ramai rakyat Jepun sendiri persoalkan kewajaran pakatan Jepun–Amerika.


Tapi kalau tak nak bergantung pada tentera Amerika, Jepun kena buat tentera sendiri. Puak tu pulak tak suka.


Sebenarnya Abe antara pejuang utama nak hidupkan balik kuasa tentera Jepun (remilitarisasi Jepun), sambil kukuhkan hubungan dengan Amerika.


Dasar Jepun untuk mansuhkan tentera lepas WW2 tu sebahagian daripada rasa bersalah (war guilt) orang Jepun. Golongan kiri (left-wing) macam sosialis dan liberal anggap Jepun perlu tebus dosa perang dengan tak ada tentera.


Tapi bagi golongan konservatif (right-wing) macam Abe, orang Jepun tak perlu apologetik atas apa yang berlaku masa perang.


Abe dulu hampir setiap tahun melawat Tokong Yasukuni, tempat peringatan tentera Jepun yang terkorban masa WW2.


Tindakan tu buat dia dibenci oleh China dan Korea (Utara dan Selatan), sebab bagi mereka, Abe tak insaf dengan kejahatan Jepun dulu.


Diorang juga tergugat dengan cita-cita Abe nak hidupkan balik kuasa tentera Jepun, yang boleh kacau keseimbangan kuasa serantau.


Begitu juga dengan PM baharu Jepun, Sanae Takaichi, PM wanita pertama Jepun.


Takaichi ni anak didik politik Abe. Abe yang bimbing dia dari ahli parti biasa sampai jadi menteri dalam kabinet.


Dari segi pemikiran pun dia ikut mentor dia. Malah boleh kata dia pewaris pemikiran Abe yang paling menonjol.


Sebab tu negara jiran (China dan Korea) tengah bersangsi dengan Takaichi.


Apabila Takaichi melawat Tugu Negara KL dan beri penghormatan di Makam Jepun (yang memperingati askar Jepun yang mat1 di Tanah Melayu), ramai netizen China dan Korea kecam tindakan dia. Nampak dia sebagai "Abe 2.0".


Dan ini menjadikan pertemuan antara Trump dan Takaichi cukup menarik.


Ia petunjuk awal sejauh mana Takaichi boleh teruskan persahabatan Abe–Trump, dan macam mana dia nak manfaatkan hubungan dengan Amerika untuk capai cita-cita mentor dia.


Adakah kita nak terus hukum Jepun sebagai negara jahat sebab pro-Amerika?


Tak. Jepun pun ada kepentingan negara dia. Kalau Jepun kena serang dengan China, bukan kita yang akan tolong. Jadi dia kena fikir untuk diri sendiri.


Kepentingan negara inilah yang jadi pertimbangan pemimpin dalam zaman negara-bangsa ni.


Kita bukan hidup zaman khalifah, di mana seluruh umat bersatu di bawah satu pemimpin. Kalau apa-apa jadi, tak ada siapa akan datang pertahankan kita atas seruan khalifah.


Dalam dunia hari ini, "each for themselves". Masing-masing jaga masing-masing. Realiti pahit, tapi itulah hakikat.


Di samping kita bersolidariti dengan saudara seagama, kita juga ada kepentingan negara yang perlu dijaga.


Bukan mudah nak capai keseimbangan antara dua ni, tapi kita cuba. Bukan maknanya kita tak peduli solidariti umat.


Malah kalau negara kita sendiri hancur, siapa nak bersolidariti dengan siapa nanti?


Hanya dengan memahami konsep negara-bangsa dan kepentingan negara, barulah kita boleh faham diplomasi dan geopolitik secara menyeluruh, bukan semata-mata ikut emosi atau tafsiran prinsip yang kaku.




MEZAH VS YIDDIN




 HAMZAH VS MUHYIDDIN


1. Perpecahan di antara Muhyiddin dan Hamzah semakin ketara. Semasa Majlis Makan Malam Ulangtahun Bersatu berlangsung, Muhyiddin dan Hamzah kelihatan tidak duduk semeja. Muhyiddin duduk bersama pimpinan utama Bersatu manakala Hamzah duduk seorang-seorang di meja berasingan.


2. Walaupun dipulaukan oleh pimpinan tertinggi Bersatu, Hamzah tidak gentar kerana disokong oleh majoriti Ketua Bahagian Bersatu. 120 Ketua Bahagian Bersatu ini telah tandatangan Akuan Bersumpah mendesak Muhyiddin berundur.


3. Antara sebab 120 orang Ketua Bahagian Bersatu berani melanggar Muhyiddin dan menyokong Hamzah adalah kerana Hamzah dikatakan mempunyai sokongan Presiden PAS Hadi.


4. Salah satu isyarat jelas kecenderungan Presiden PAS terhadap Hamzah adalah semasa pencalonan Ketua Pembangkang dibuat. Meskipun Muhyiddin merupakan Pengerusi PN, Muhyiddin tidak dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang. Sebaliknya Hamzah pula yang dicalonkan. 


5. Kenapa Presiden PAS dikatakan cenderung terhadap Hamzah? Antara sebabnya, Muhyiddin telah membelakangkan PAS dalam beberapa hal mustahak seperti lantikan Majlis Presiden PN. Muhyiddin telah membelakangkan PAS dan melantik Azmin (sebagai Setiausaha Agung PN) dan Faizal Azumu (sebagai Ketua Penerangan PN). Sebagai tindakan balas, Naib Presiden PAS Samsuri Mokhtar telah meletak jawatan sebagai Bendahari Agung dan jawatan tersebut telah kosong selama 9 bulan sampailah sekarang.


6. Meskipun Bersatu telah mencalonkan Muhyiddin sebagai PM dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, PAS telah menyatakan kritikan terhadap pencalonan tersebut. Antara pemimpin utama PAS yang menyuarakan bantahan itu merupakan MB Kedah, Sanusi.


Dalam pertembungan di antara Hamzah dan Muhyiddin, siapakah yang korang rasa akan menang?




INI PENJELASAN TENGKU ZAFRUL


 Menggadai kedaulatan atau kerjasama demi keselamatan bersama?

#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja.





PENJELASAN ANGGOTA APMM


 

TU DIA..


 

KANTOI PEMIMPIN PAS


 

SIAPA MAHATHIR SEBENARNYA


 

ITU LAH PAS.




 1. Berpuloh tahun Pas lawan Dr Mahathir sehingga berlaku Peristiwa Memali, akhirnya Pas angkat Mahathir sebagai Penasihat dan puji kepimpinan Mahathir. 


2. Berpuloh tahun Pas melawan Shahidan Kassim di Perlis, akhirnya Pas lantik Shahidan sebagai ketua Pas (PN) di Perlis. 


3. Berpuloh tahun Pas menjadikan Anwar sebagai rakan seperjuangan, akhirnya Pas anggap Anwar sebagai musuh utama.



THE ART OF HEDGING

 



THE ART OF HEDGING



Dah selamat dah Trump balik.

Tak ada komplen. Tak ada drama. Tak ada kemalangan.

Semua lancar, Alhamdulillah.


Tapi semalam baru aku tahu, dalam ucapan terakhir dia, Trump masih ungkit pasal kejadian eskalator PBB.

Sebulan dah berlalu pun dia tak move on lagi.

Dia ni memang luar biasa — ego besar, kecil hati, sensitif tahap kronik.

Jenis kalau kecil dulu tak cukup peluk mak, kot.

Tapi apa pun, kita berjaya puaskan hati dia.

Bukan sebab takut.

Bukan sebab tak ada iman sampai tunduk pada musuh Islam.

Tapi sebab kita tahu menilai keadaan dan akibat — “the circumstances and the consequences.”


Kalau nak sebut istilah Arabnya:

al-wāqiʿ (الواقع) — keadaan semasa,

al-maʾālāt (المآلات) — akibat yang bakal berlaku.

Tapi kalau guna istilah tu nanti, ada yang kata “tunggang agama”.

Padahal yang suka tuduh tu pun jenis petik ayat separuh jalan tanpa konteks.


🌍 POLITIK ANTARABANGSA BUKAN MACAM POLITIK DALAM NEGARA

Dalam dunia antarabangsa, pemimpin kena faham dua benda utama:

keadaan semasa (circumstances) dan akibat (consequences).

Kita tengah hidup dalam dunia yang masih dikuasai Amerika Syarikat,

negara paling kuat dalam sistem antarabangsa —

dan malangnya sekarang dipimpin oleh seorang pembuli yang tak hormat undang-undang antarabangsa.

Presiden-presiden Amerika sebelum ni — Reagan, Clinton, Bush, Obama —

masih terikat dengan prinsip moral.

Nak serang pun, mesti cari alasan.

Nak bom pun, kena cipta “legitimasi”.

Sebab nak jaga imej Amerika sebagai juara demokrasi dan hak asasi.


Trump?

Langsung tak peduli.

Dia bukan presiden, dia raja.

Bagi dia, “Aku kuat, jadi aku boleh buat apa aku nak.”


⚖️ DUNIA TANPA UNDANG-UNDANG

Ramai orang tak sedar — politik antarabangsa ni bersifat anarki.

Tak ada kerajaan dunia.

PBB bukan kerajaan, ICC bukan mahkamah yang boleh tangkap sesiapa sesuka hati.

Sebab tu Amerika boleh serang mana-mana negara,

Rusia boleh serang Ukraine,

negara jiran pun dulu boleh serang Timor-Leste —

dan tak ada siapa boleh buat apa.


Dunia ni tunduk pada hukum rimba: siapa kuat, dia berkuasa.

Dan umat Islam dulu pernah kuat.

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin kalahkan Rom & Parsi.

Salahuddin tawan semula Baitulmaqdis.

Uthmaniyyah kuasai dunia hampir 600 tahun.

Bukan sebab iman semata,

tapi sebab kekuatan dan strategi.

Iman itu arah, tapi kuasa itu pelaksana.

Tanpa kekuatan, iman tinggal cita-cita.


🇲🇾 DASAR LUAR MALAYSIA: BIJAK DAN BERHIKMAH

Bila berdepan dengan Trump —

pemimpin luar tabii yang tiada had,

Malaysia tak boleh guna pendekatan biasa.

Sebab tu PM hari ini tak boleh disamakan dengan PM zaman dulu.

PM dulu tak hadap Trump.

PM sekarang berdepan presiden yang boleh naikkan tarif 100% tanpa amaran.


Jadi, apa pilihan kita?

Kita berhati-hati.

Bukan tunduk.

Tapi berstrategi.

Kalau kita ikut kepala sendiri, “aku berani, aku tak peduli Amerika,”

yang rugi akhirnya ekonomi sendiri.

Bila ekonomi lembap, siapa susah? Rakyat juga.


💬 MALAYSIA: HEDGING, BUKAN BERKECUALI

Inilah yang dipanggil seni “hedging” dalam geopolitik.

Kita berbaik dengan semua kuasa besar,

dan guna hubungan tu untuk imbangi satu sama lain.

Kita rapat dengan China sebab pasaran dia bantu ekonomi kita.

Tapi bila China mula tunjuk kuku di Laut China Selatan,

kita rapat pula dengan Amerika, kuasa yang boleh seimbangkan China.

Dan sebaliknya pun sama.

Kalau Amerika mula tunjuk taring, kita masih ada China sebagai sandaran.

Ini bukan dasar berkecuali.

Ini dasar bijak menimbang.


🧭 TRADISI YANG KITA WARISI

Dari PM1 sampai PMX, logik dasar luar Malaysia tetap sama:

“Kita negara kecil, bergantung pada perdagangan,

jadi kita mesti berbaik dengan semua, bukan berpihak.”

Hubungan Malaysia dengan Amerika dan China ni bukan benda baru.

Dah bermula sejak 1980-an.

Masa tu kita mula nak jadi negara industri —

Amerika yang bantu buka kilang semikonduktor di sini.

China pula jadi rakan dagang utama.

Itulah rahsia kestabilan kita sampai hari ni.


🧩 AKHIR KATA

Hedging bukan tanda takut.

Bukan tanda lemah.

Ia tanda hikmah dan kematangan.

Kita beralah bukan sebab kalah.

Kita bertahan supaya negara terus hidup.

Kita tunggu sampai muncul semula pemimpin dunia yang lebih rasional.

Sebab dalam dunia politik antarabangsa yang dikuasai ego dan kuasa,

kebijaksanaan lebih mahal daripada keberanian kosong.

Dan kalau ada pemimpin kita di masa depan yang lupa benda ni —

yang nak jadi populis, ideologikal, tak berpijak di bumi nyata —


ingatlah satu perkara:

Bila Amerika buat silap, dunia yang susah.

Tapi bila Malaysia buat silap, kita sendiri yang binasa.


Credit: Ayman Rashdan Wong




BUKAN SURUH SOKONG..KITA ADA PENDIRIAN YANG TELAH KITA BUAT.


 

BUKAN SAJA DENGKI ,TAPI BUSUK HATI...


 

PAS DAN ANWAR



Ada maklumat kata Haji Hadi tak suka kepada Anwar masa dua dua dalam ABIM lagi. Ketika PRU ke 13 2013, Haji Hadi menamakan Ku Li (BN) sebagai calon PM kononnya Ku Li akan masuk Pas.


Ketika krisis politik Selangor (2013 - 2014 ) atau dikenali sebagai "Langkah Kajang", Haji Hadi tidak setuju Anwar dinamakan sebagai MB Selangor. Selepas Anwar dipenjarakan, PKR dan Dap bersetuju menamakan Wan Azizah sebagai ganti, namun Haji Hadi menolak dengan keras atas alasan orang perempuan tidak boleh jadi MB sehingga terlantiknya Azmin Ali.


Jadi tak pelik la bila Anwar jadi PMX, kebencian itu semakin menjadi jadi dan merebak di kalangan pengikutnya terutama budak budak baru dalam Pas, lebih lebih lagi Anwar dilantik sebagai PMX dalam situasi Pas dah " cukup jumlah " untuk jadi Kerajaan. 


Hari ini kita menyaksikan Pas melalui budak budaknya menyerang apa saja tindak tanduk Anwar sebagai PMX tanpa mengira baik atau buruk di saat dunia mula menyanjung Malaysia kerana PMX.




NOH MOKTAR SENIK BUAT HAL LAGI.



 Tahun 2017, Mokhtar Bin Senik dah lancarkan kempen mengemis untuk pembangunan KIAN (KOLEJ ISLAM AN NUUR)






Baca betul2, KOLEJ

Bukan masjid 


Tahun 2017 ok...


Alih2 skang KOLEJ tu kita xkan nmpk dengan mata kasar, sebab kolej tu dok dalam jubah dia ditutupi dengan spender 


Skang dia mengemis lak tanpa henti utk pembinaan masjid 

Demi agama Allah katanya 


Begitulah punya tekun pedagang agama berdagang kepada walaun bodo mcm Islamuddin Awaluddin 


Kolej lom siap, masjid lopong sana sini

Yg penting bini & kuda perang bertambah selari dengan pertambahan banglo utk bini no 2


Kita punya Lajnah bila nk wt card camtu Puan Timbalan Awie Noraliza Binti Ali?




DIA DULU SAMBUT.

Adrian Lim Chee Ann


Ok. Terbaik. Ayoh Chik lay ground work dengan Kedutaan AS sebelum ketibaan Trump



 Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS


PRESIDEN PAS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA AMERIKA SYARIKAT


1. Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir di Pejabat Agung PAS Pusat, Kuala Lumpur. 


2. Pertemuan yang berlangsung lebih sejam tersebut menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa, di peringkat dalam dan luar negara.


3. Presiden PAS berkongsi pandangan tentang konsep keadilan Islam, keutamaan untuk mendahulukan damai dalam setiap perkara, dan pendekatan yang diambil oleh PAS untuk membangunkan Negeri Kelantan dan Terengganu.


“Islam Memimpin”


SYAHIR SULAIMAN

Setiausaha Politik Presiden PAS


Bertarikh: 21 Muharam 1440 / 1 Oktober 2018





BERITA SARKASTIK

 

Alif Jamil


Sebagai anak muda yg baru separuh hari menyokong Pejuang dan Perikatan Nasional , saya membantah keras kenyataan jahat Zuhdi ini. 






Kenyataan Zuhdi kononnya PN sedang nazak adalah tidak benar sama sekali.


Hakikatnya, Perikatan Nasional kini semakin gagah dan kukuh dgn penyertaan Parti Pejuang, GTA, Muda dan Hindraf yg kini membentuk Ikatan Perihatin Rakyat (IPR) sebagai satu gabungan suci yg lahir dari suara² pejuang kemerdekaan serta pahlawan sejati yg sejak dahulu menentang kominis dan penjajahan pemikiran barat.


Lebih membanggakan lagi, PN kini mendapat dokongan padu daripada Negarawan Ulung Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad yg kami yakini sebagai Malikul Zaman yakni wali akhir zaman yg mempunyai karamah luar biasa dan mampu hidup sehingga 1000 tahun demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara kita.. 


Kalau kita imbas kembali sejarah penubuhan Perikatan Nasional itu sendiri sangat menghayat hati nurani kita sebagai rakyat yg cintakan tanah air ini kerana Perikatan Nasional itu lahir dari jalanan , perjuangan yg perit dan air mata.. 


Perikatan Nasional adalah satu gabungan yg mulia yg mendapat berkat dan rahmat dari Allah.. 


Ianya adalah satu gabungan yg tertubuh hasil dari desakan rakyat Malaysia khususnya para Pejuang selepas peristiwa pengkhianatan terbesar mandat rakyat yg didalangi oleh DAP dan juga kominis. 


Mereka mula takut melihat pencapaian² pentadbiran dinegeri² SG4 yg dinaungi oleh Negarawan kita Sang Malikul Zaman yg kini cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa. 


Antara pencapaian luar biasa SG4 di bawah bimbingan ulama-ulama ekonomi dan negarawan Malikul Zaman ialah:


1. Pelaburan asing mencecah RM1 trilion hasil keyakinan pelabur terhadap doa qunut nazilah pemimpin negeri.


2. NASA telah membuka cawangan di Langkawi, khas untuk memantau pergerakan malaikat dan bintang jatuh.


3. Industri berat SG4 Aerospace & Halal Rocketry dilancarkan di Kuala Nerus telah menghasilkan ribuan peluang kerja untuk graduan kejuruteraan pesawat hijau dgn teknologi nuklear. 


4. Pasaran pekerjaan meningkat 355 ribu pekerjaan baharu dalam sektor Halal Steel, Syariah Semiconductor, Green Nuclear dan juga Madrasah AI Technology wal Engineer. 


5. Kadar kemiskinan menurun ke paras negatif 2%, kerana rakyat dinegeri SG4 kaya dgn elaun rm5000 sebulan yg diberi oleh kerajaan pimpinan SG4. 


6. Indeks kebahagiaan rakyat SG4 mengatasi Switzerland kerana rakyat disana tidur lena tanpa perlu risau tentang konsert Coldplay.


Inilah bukti bahawa prestasi Perikatan Nasional sangat jauh meninggalkan Kerajaan Madani yg semakin kelam dan tenggelam. 


Yang nazak hanyalah naratif DAP dan sekutu liberal mereka yg sudah mula goyah melihat kebangkitan Islam yg semakin membara dibawah panji hijau.


Apapun, saya tidak menyalahkan Zuhdi sepenuhnya kerana saya percaya beliau hanyalah mangsa propaganda DAP yg sedang takut melihat sinar keislaman yang terpancar dari kilauan mentari Madani SG4.


Kerana hakikatnya, Perikatan Nasional bukan sekadar parti politik tetapi ia adalah gerakan spiritual abad ini.


Dan saya sebagai anak muda IPR, akan terus mempertahankan perjuangan suci ini hingga ketitisan teh ais yg terakhir ✊




HRC LIVE!! - PN DAH SEMAKIN HUJUNG | TOK MAT GANTI PMX

Muhyiddin Yassin janganlah cemburu PMX , masa dia PM Joe Biden pun tak k...

Sambutan Trump Melampau? Ini Respon Wfauzdin

ISWARDY RESPON KATA ZUHDI “PN HADAPI DETIK NAZAK JIKA TIDAK DIPULIHKAN S...

ISU KARTEL! TENANG DS MAT SABU MENJAWAB SOALAN DARI MP MUAR SYED!

Wan Fayhsal anggap arahan Azmin ‘peraturan bodoh’, malu Bersatu jadi bahan troll


 

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar peraturan baru dikeluarkan Bersatu yang melarang pemimpin dan ahli daripada berhubung serta berbincang dengan ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Beliau melabel Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai “pondan”, dan peraturan yang dikeluarkannya sebagai “peraturan bodoh”.

Katanya, beliau sebagai ahli parti malu apabila larangan sedemikian dijadikan “troll” oleh parti-parti lain.


“Saya tanya rakan-rakan (dari Pas), mereka bimbang (isu pemecatan dan penggantungan keahlian) sebab dua Ahli Parlimen yang perform kena macam ini.

“Kemudian ada pula peraturan bodoh dari SUA yang tak boleh duduk dekat (dengan ahli dikenakan tindakan disiplin).

“Bersatu kena troll oleh UMNO, Akmal Saleh, Asyraf Wajdi. Malu bagi saya lah. Apa ke pondan sangat SUA ini,” katanya kepada media selepas sidang media di Parlimen sebentar tadi.


Terdahulu Pemimpin dan ahli Bersatu diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang bentuk penganjuran, perjumpaan atau perbincangan dengan mana-mana pihak yang telah dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Arahan itu dibuat dalam satu surat pekeliling Setiausaha Agung Bilangan 3 Tahun 2025 yang ditandatangani Mohamed Azmin minggu lalu.

Menurut pekeliling itu, menjadi satu kesalahan jika mana-mana ahli parti bersubahat dengan pihak luar termasuk mereka yang telah dijatuhkan hukuman, untuk menghasut ahli-ahli parti atau membuat kenyataan yang mencemarkan nama baik serta maruah parti kerana perbuatan itu bercanggah dengan Fasal 22.1(f).

Lembaga Disiplin Bersatu telah memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian selama satu penggal Wan Ahmad Fayhsal.


Tindakan pemecatan keahlian turut dikenakan ke atas empat lagi ketua bahagian parti.




Malaysia Serah Tampuk Kepimpinan ASEAN Kepada Filipina

 


Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. menerima tukul upacara Pengerusi ASEAN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam majlis penyerahan rasmi sempena majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan melabuhkan tirainya hari ini sejak dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 pada 26 Oktober lalu.

Malaysia hari ini menyerahkan tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 secara rasmi kepada Filipina yang akan menggalas tugas selaku Pengerusi ASEAN 2026 berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Upacara simbolik penyerahan tukul yang menjadi simbolik acara itu dilakukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. menerima tukul upacara Pengerusi ASEAN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam majlis penyerahan rasmi sempena majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Reuters

Presiden Filipina itu akan melaksanakan tugasnya mengemudi pertubuhan serantau itu mendepani cabaran serantau dan global serta melaksanakan tugas-tugas Malaysia yang menekankan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Ini kali keenam Filipina memikul tugas sebagai Pengerusi ASEAN selepas 1976, 1987, 1999, 2007 dan 2017.


PM Anwar Puji New Zealand Sahabat Susah, Senang Bersama ASEAN

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sebagai rakan rapat yang memahami semangat dan aspirasi ASEAN, New Zealand disifatkan sebagai sebuah negara yang amat memahami serta tetap bersama walau semasa susah mahu pun senang.

Pernyataan ikhlas tersebut disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan bersama Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-New Zealand, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal melabuhkan tirainya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, melalui tema ASEAN tahun ini iaitu ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, tema yang diangkat sempena Kepengerusian ASEAN 2025 merupakan lensa yang praktikal bagi kedua-dua pihak berusaha membentuk masa depan bersama.

“Kita berada di sini untuk meraikan perkongsian yang bukan saja bertahan sejak sekian lama tetapi juga untuk mencari cara memperkukuh hubungan kita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“New Zealand, sejak sekian lama bersama ASEAN, melalui detik kemakmuran dan saat kemenangan, daripada krisis kemanusiaan hingga ketidaktentuan global.

“Justeru, kedudukan ini sudah tentu akan membuka jalan baharu, bukan saja untuk mengemudi cabaran tetapi juga meneroka peluang baharu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Lebih istimewa, pernyataan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025 disampaikan sempena ulang tahun ke-50 hubungan dialog antara ASEAN dan New Zealand yang turut dipengerusikan bersama Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon dan disaksikan Ketua-Ketua Negara ASEAN.

Untuk rekod, New Zealand menjadi rakan dialog ASEAN seawal tahun 1975, menjadikan negara itu rakan dialog kedua tertua dalam kalangan negara luar ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada 2015, hubungan dua hala itu dipertingkatkan ke tahap Perkongsian Strategik menekankan pemantapan hubungan erat yang sedia terjalin walau pemimpin bersilih ganti manakala Vietnam kini berperanan sebagai penyelaras hubungan dialog ASEAN-New Zealand.

Jumlah dagangan dua hala antara ASEAN dan New Zealand mencecah NZ$27 bilion (RM65.57 bilion) pada 2024 dengan sasaran peningkatan sekali ganda menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon pada mesyuarat dua hala yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Trump puji Malaysia sebagai negara pendamai terhebat, saya berbangga s...

Isham Jalil RM 1Trillion normal la dlm bilateral trade , yg penting Tari...

PEMBANGKANG KATAKAN MEREKA DITEKAN! TAPI MEREKALAH KAKI MEMFITNAH!

Pertemuan Anwar-Trump berhasil, himpunan anti-Trump gagal - Bukti rakyat...

TERKINI! PN gugurkan Saifuddin, Shukri | PN kini tenat, nazak - Bekas AJ...

JUST COME! REMOVE TWO PN CHAIRMEN! THE BOSS'S OPPONENT IS FINALLY REMOVED!

Krisis Bersatu: PN akan mula nazak, kata Pas



Perikatan Nasional akan mulai nazak sekiranya tiada usaha pemulihan dibuat pada kadar segera, kata seorang pemimpin Pas.


“Saya sudah beritahu tu, PN sedang bermasalah besar. Jika tidak dipulihkan segera, PN mulai nazak,” kata ahli jawatankuasa pusat Pas Dr Zuhdi Marzuki.


Sebulan yang lalu Zuhdi turut mengatakan bahawa PN berada dalam tahap kritikal memandangkan dua dari tiga pakatan politik yang dianggotai Pas dalam tempoh sedekad telah tamat begitu sahaja.



Komen di atas dibuat sejurus selepas Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dari jawatan presiden Bersatu.


Ada spekulasi mendakwa bahawa kumpulan tertentu di dalam Pas turut sama menyokong usaha perubahan kepimpinan di dalam Bersatu.





Who Is Anwar Ibrahim, The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A ‘Peace Deal’?

 

Anwar had secured Trump's attendance at a regional summit whose relevance has been repeatedly questioned. Photo taken before Trump depart for Japan on October 27, 2025. Photo by Instagram Anwar Ibrahim

OPINION, Oct 28 – “I was in prison but you almost got there,” Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim joked to US President Donald Trump as the cameras rolled.

It was a dicey joke – one he quickly moved on from given Trump’s less-than amused demeanour – but also arguably one only a veteran politician basking in his recent wins would dare make.

He had just signed a deal with Trump to lower tariffs on Malaysian exports to the US from 24% to 19%. Although many other details remain unclear, any assurance that levies will not rise further is welcome amid all the uncertainty.

But most important of all, Anwar had secured Trump’s attendance at a regional summit whose relevance has been repeatedly questioned. The US president was at the meeting of Association of South East Asian Nations, or Asean, in Kuala Lumpur solely to preside over a highly publicised “peace deal” between Thailand and Cambodia, which Anwar orchestrated.

Anwar Ibrahim has for decades waited in the wings to lead Malaysia. Photo by Instagram Anwar Ibrahim

He also brokered the fragile ceasefire between Thailand and Cambodia after deadly border clashes earlier this year – he stepped in after Trump threatened to impose tariffs on both sides if the fighting didn’t stop.

Some called it a diplomatic victory for Malaysia, while others said Anwar was simply in the right place at the right time – this year, it was the Malaysian PM’s turn to lead Asean.

But Anwar would argue he waited 25 years for his turn – a turbulent time in the wings, during which he was jailed twice.

Tumultuous path to power

Anwar first made his name as a charismatic firebrand student leader who founded Malaysia’s Islamic youth movement, ABIM.

In 1982, he joined the long-ruling party United Malays National Organisation (UMNO), surprising many who had expected him to steer clear of the establishment.

But it proved a canny political move – he climbed up the ladder rapidly and held multiple ministerial posts.

Anwar first made his name as a charismatic firebrand student leader who founded Malaysia’s Islamic youth movement, ABIM.Photo by Facebook Anwar Ibrahim

In 1993, he became deputy to then-prime minister Mahathir Mohamad and was widely seen as his heir-apparent. That was until they fell out over the handling of the Asian financial crisis in 1997, which hit Malaysia hard.

Anwar was sacked the next year, then jailed for sodomy and corruption – charges he denies to this day, arguing they were part of a smear campaign to remove him as a political threat.

In 2004, a year after Mahathir stepped down, Malaysia’s Supreme Court overturned the sodomy conviction and freed Anwar. He emerged as the leader of an invigorated opposition, leading it to its strongest-ever performance in the 2013 elections.

Less than a year later, while preparing to fight a state election, new sodomy charges were filed against him, sending him back to jail.

Anwar’s biggest achievement is perhaps the political stability he appears to have brought to a country that has cycled through three prime ministers between 2020 and 2021.

Then in 2016, in a shock turn of events, Mahathir came out of retirement to run for top office, as then-leader Najib Razak faced corruption allegations.

Mahathir, then 92, struck an unlikely deal with the still-imprisoned Anwar, where he promised to free Anwar if elected, and eventually hand over the PM job to him. Their coalition scored a historic victory in 2018, but the alliance began to unravel as the nonagenarian kept shifting the goalposts for handing over power.

In the 2022 election, Anwar’s coalition won the most seats but still fell short of the number needed to form a government.

After days of deadlock, the king appointed him PM.

Some thought his term would be short-lived. But nearly three years on, the 78-year-old has already held on to the job for longer than his three predecessors.

Founding father of ASEAN a significant approach by the Prime Minister Anwar Ibrahim to driven the ASEAN a true success regional cooperation.

Stable but polarised

Anwar’s biggest achievement is perhaps the political stability he appears to have brought to a country that has cycled through three prime ministers between 2020 and 2021.

“Malaysia these days is sometimes seen as among the most stable in South East Asia… which has also made it relatively attractive for investors,” says Syaza Shukri, a political science professor at the International Islamic University Malaysia.

But cost of living is rising, as it is in so many other countries. In July, 20,000 protesters took to the streets in Kuala Lumpur demanding Anwar’s resignation, over rising costs and a lack of economic reforms.

With Trump’s presence over the ASEAN-US Summit in Kuala Lumpur positioned Anwar as a new global leader brokered a peace agreement between Thailand and Cambodia. Photo by Facebook Anwar Ibrahim

And expensive investments in semiconductor manufacturing and data centres are yet to pay off. That’s why the tariff deal with the US was crucial for the export-driven economy.

Others accuse his administration of not doing enough to promote a more inclusive Malaysia in the face of rising Islamism. Religious outrage has sometimes spilled into violence in the Muslim-majoirty country, which also has a sizeable ethnic Chinese population.

In 2024, a convenience store chain sparked an outcry for selling socks printed with the word “Allah” – the Arabic word for God – which many Muslims saw as an insult to Islam. The store was attacked with Molotov cocktail attacks as people called for it to be boycotted and for the company’s executives to be charged.

Anwar managed to stabilise local economy with many incentives for Malaysian during his premiership since November 2022.

In 2023, a Chinese Muslim restaurant had to publicly apologise after it came under fire over a staff member wearing a crucifix necklace.

“The middle ground for Malaysian politics is no longer a tolerant multiracial Malaysia, but a conservative Malaysia with an Islamic outlook… Anwar’s position on political Islam may just move the country to unchartered territory,” professor of Asian studies James Chin wrote in a commentary published by CNA.

Critics also accuse Anwar of favouritism and question his anti-corruption pledges – in a contentious move, public prosecutors dropped 47 corruption charges in 2023 against a key Anwar ally, the deputy PM.

The diplomatic dance

Internationally, Anwar has been more successful.

As prime minister, he has a deft balancing act ahead to make sure the emerging, economy he is in charge of doesn’t get caught between the US and China.

He had also invited China’s leader Xi Jinping to the summit. Xi had made an official visit to Malaysia in April, after a 12-year gap, but he skipped this week’s summit.

As prime minister, Anwar has a deft balancing act ahead to make sure the emerging, economy he is in charge of doesn’t get caught between the US and China.

But Trump’s presence was no small thing for South East Asian economies that rely on the US market. It meant other countries, like Thailand and Vietnam, could also discuss details and gain assurances on tariffs – which they would count as a win, for now.

Anwar has been very active on the diplomatic front. Within his first year as PM, he visited all Asean countries, apart from Myanmar, where a civil war has been raging since the army seized power in 2021.

It has been one of Asean’s most intractable challenges – while Anwar has been praised for speaking up more on the issue, little has changed on the ground, partly because China has the most influence over the military junta.

Still, Professor Chin believes Anwar has “moved the needle a little” in restoring Asean’s relevance.

His role in the Thailand-Cambodia ceasefire also boosted Anwar’s standing, but these diplomatic wins mean little to ordinary Malaysians.

Anwar (centre), Cambodia’s PM Hun Manet (left) and Thailand’s acting PM Phumtham Wechayachai attended peace talks in Kuala Lumpur in July. Photo by Instagram Anwar Ibrahim

What’s resonated at home is his advocacy for the Palestinian cause, which has become louder since the war in Gaza began in 2023.

“Anwar needs to fly the Palestinian flag to the hilt to satisfy public opinion and fortify himself against attacks from opponents who accuse him of not going far enough,” says Ariel Tan, coordinator of the Malaysia programme at the S Rajaratnam School of International Studies.

But Anwar also faces a dilemma because he needs to maintain good ties with Washington, Israel’s most powerful ally, Ms Tan says.

“Since Trump’s re-election, he has reduced his criticism of the United States’ role in the conflict. Engaging the US has become more critical, particularly with the tariff threat.”

The question is, will Anwar be able to balance the demands at home with those abroad, and start to replicate his international success on a local stage?

The answer to that will be crucial to his survival in the next election, due in 2028.

– By Kelly Ng, BBC Singapore Correspondent