KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH

 


KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH


7 September 2025


Kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian PAT Bersatu malam ini menunjukkan masih ada yang tidak beres dalam kepimpinan parti itu.


Kekecohan dilaporkan tercetus ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan perasmian dengan membangkitkan ada usaha mengutip tandatangan untuk menjatuhkannya.


“Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden.


“Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti,” kata Muhyiddin.


Sebaik beliau membangkitkan perkara berkenaan, tiba-tiba difahamkan terdapat hadirin yang melaungkan: “Turun Tan Sri”.


Laungan itu membangkitkan kemarahan perwakilan lain yang bangun mempertahankan Muhyiddin dengan membalas:  “Hidup Tan Sri”.


Suasana kecoh i tu  berlanjutan dan hadirin kelihatan terus bertegang leher sehingga mendorong petugas keselamatan terpaksa campur tangan dan cuba meleraikan keadaan.


Hadirin juga diperhatikan seakan tidak mempedulikan lagi ucapan Muhyiddin dan lebih terarah kepada kekecohan tersebut.


Bahkan usaha Pengerusi Tetap, Mohd Suhaimi Abdullah cuba meredakan ketegangan juga tidak dihiraukan perwakilan.


Berdasarkan apa yang berlaku, adalah jelas kekecohan disebabkan kerana ada yang menolak Muhyiddin dan ada yang ingin mempertahankannya.


Kejadian ini berlaku tidak sampai setahun selepas Bersatu mengadakan pemilihan pada November 2024 yang menyaksikan Muhyiddin kekal sebagai Presiden dan Hamzah Zainuddin dipilih sebagai Timbalan Presiden.


Ini memperlihatkan pemilihan kedua-dua pemimpin dengan kemenangan tanpa bertanding masih tidak menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu.


Seharusnya, dengan hanya sekitar masa dua tahun saja lagi sebelum PRU16 bakal diadakan, isu kepimpinan dalam Bersatu tidak lagi berbangkit dan menjadi isu.


Ketika ini, Bersatu sebagai komponen utama PN yang turut dianggotai PAS, Gerakan, MIPP dan sedang berusaha merangkul kekuatan bersama 12 parti-parti lain yang sedia bersama mereka, sepatutnya parti itu sentiasa dalam keadaan “solid” dan diyakini rakyat.


Dalam hal ini, adalah wajar Bersatu segera mencari penyelesaikan terkait kekecohan yang timbul jika tidak mahu keyakinan rakyat lebur begitu saja.


Sebagaimana pelaburan asing berbilion ringgit yang sering digambarkan sebagai berpotensi menjana pendapatan negara, PN juga sebenarnya ada potensi mengetuai kerajaan selepas PRU16 akan datang.


Berikutan pelbagai isu yang timbul, sokongan pengundi Melayu masih kekal kepada PN sebagaimana mereka raih pada PRU15 lalu, manakala kedudukan PKR hanya bergantung kepada kerja rajin Anwar Ibrahim seorang diri saja.


Pemimpin lain dalam PKR boleh dikata tidak kelibatan membantu dan sesetengahnya sudah mula menjadi beban kepada parti.


Rafizi Ramli pula, sejak tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PKR, secara konsisten mendedahkan kelemahan kerajaan dan menghakis keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri.


Penyokong Rafizi sama ada dalam PKR atau tidak berparti, barangkali kali ini tidak lagi mengundi PH.


Dengan UMNO juga banyak masalah dalaman dan Amanah sekadar penumpang, hanya DAP yang dikira konsiten disenangi pengundi Cina.


Maka itu, potensi PN mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang memang tidak dinafikan memiliki kelebihan.


Buktinya lihat saja berapa ramai yang hadir dalam Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai lalu.


PN hanya memerlukan tambahan sedikit sokongan saja lagi dan kedatangan 12 parti lain bergabung bersamanya sudah tentu sedikit sebanyak membantu kekuatannya.


Cumanya, jika kekecohan seperti malam tadi tidak segera diselesaikan dan berterusan sehingga ke hari pemgundian PRU16, payahlah pengundi mahu menjadikan PN sebagai pilihan. – ShahbudinHusin 07Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kekecohan-bersatu-tunjuk-ada-yang-tak-beres-antara-muhyiddin-hamzah/



DULU KENA KUTUK. SEKARANG DALAM KERAJAAN.

 

Alif Jamil


Parti yg dulunya diperlekeh dgn pelbagai hinaan dan gelaran sewaktu awal penubuhan. 





Digelarnya dgn parti nyamuk , parti jebon , parti erdogan , butir taik DAP dan macam² lagi. 


Sekarang , sudah genap 10 tahun parti ini menapak dalam arena politik Malaysia dgn berjaya.


Hari ini , parti ini menjadi komponen parti pemerintah dibawah panji kerajaan perpaduan membawa pendekatan rahmah untuk semua. 


Dan parti yg duk perlekehkan Amanah ini sekarang semakin gila talak , gila bayang , gila kuasa dan gila jumlah kerusi yg tak pernah cukup sampai kesudah. 


Bahkan , Parti Amanah kini menerima penyertaan yg cukup baik dari kalangan anak² muda dari golongan professional. 


Selamat berkonvensyen Amanah. 


Moga Amanah terus maju dan kuat menongkah arus perdana membawa perjuangan rahmah untuk rakyat. 


Sedikit cadangan saya untuk Amanah. 

Pada pandangan peribadi saya sebagai anak muda yg favor dgn Amanah, sudah tiba masanya untuk Amanah 'rebranding' semula imej parti. 


Amanah lebih sesuai jika menukar tema warna partinya dari oren kepada warna merah kerana warna merah adalah warna rasmi Pakatan Harapan. 


Dan dgn rebranding itu juga , secara tidak langsung Amanah dilihat menjadi parti tonggak utama Pakatan Harapan yg membawa suara melayu islam yg progresif. 


Saya yakin , jika Amanah berani mengorak langkah untuk rebranding semula warna tema partinya , Amanah akan lebih gah dan menyerlah dalam Pakatan Harapan.




TURUN TAN SRI

 


PERHIMPUNAN SEDIH


Pakcu dulu Pas.


 Mulut kita boleh tutup,tapi reaksi atau bahasa badan tak boleh ditutup. Orang akan tahu apa dalam fikiran kita.









Biarlah gambar berbicara.


Gambar 1: peja nampak kecewa. Mungkin juga menyesal masuk Bersatu.🤭


Gambar 2 : Hamzah seperti sedikit 'hampa' bila Muhyiddin kekal. 

(Agaknya lah)


Gambar 3 : "Kau jangan main² dgn aku Mejah" Aku Masih Boss.


Gambar 4 : Jemin merenung kedepan memikirkan nasibnya yang semakin "KABUR" jika Muhyiddin bukan lagi Presiden Bersatu.🤪


*Ini pendapat saja, sebagai seorang ahli patologi......eh.! Sebagai ahli psikologi politik.🤐🤐




KITA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA YANG KITA KATA

 



Sebab itu saya selalu kata






Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita kata. Tapi kita tak bertanggungjawab dengan apa anda faham. Sebab itu hakim dalam kes ini adalah hakim terlatih dan bukan orang awam yang tak de professional background dlm legal.


Apa yang kita tahu setakat ini.


Punca kematian - jatuh dari tempat tinggi dan jatuh itu menyebabkan kematian. (bukan sebab lain)


Ketinggian Zara dibandingkan dengan penghadang tidak memungkinkan dia ditolak atau terjatuh TANPA memanjat.


Kesimpulan pakar -


1. Tidak mati secara TIDAK sengaja atau

2. Ditolak dari posisi berdiri dari sebelah penghadang konkrit.

3. Ada kemungkinan DIA MEMANJAT PENGHADANG KONKRIT MELINTAS PALANG LOGAM TERSEBUT DAN BERDIRI DI ATAS PENGHADANG KONKRIT.


ITU KESIMPULAN PAKAR PATALOGI.


Netizen : jadi pakar ni kata Zara bunuh diri ke?


Sebab tu dia pakar dan kamu bukan. ITU BUKAN KESIMPULAN DIA.


Tugas pakar memberikan the physical evidence kemungkinan berlaku kepada mahkamah kerana dia berada ditempat kejadian menyiasat tempat dan juga mayat. Kesimpulan bunuh diri atau tidak itu mahkamah akan tentukan di Penghujungnya proceeding.


Apa kemungkinan lain kalau bukan bunuh diri?


Cuba bayangkan scenario ini :


1. Dia di paksa memanjang di atas bim penghadang 


2. Dia di angkat dan di letak di atas bim penghadang


3. Dia cuba lari kerana mungkin dikejar lalu panik kemudian memanjat bim penghadang.


4. Banyak lagi kemungkinan.


Sekarang mahkamah dah narrow kan apa yang mungkin berlaku jadi saksi saksi selepas ini akan menjuruskan lagi Cerita ini akhirnya menjadi cerita lengkap.


Sebab kalau tengok movie, tengok sampai habis. Jangan 10 minit pertama dah buat konklusi sendiri. Faham?


Berhati hati nanti kena penjara sebab menghina mahkamah.


Iswardy



KENA KUTIP PM ZALIM.. BILA MENULIS TAK PAKAI OTAK


W. FAUZIDIN


 Cuba tengok komen mamat ni.  Bila kena kutip nanti dia kata kjaan zalim.  Dia nak bakar rumah PMX tu tak zalim, mungkin jihad kot.  Semoga pihak berkuasa boleh teliti komen mcm ni. 

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )  Saifuddin Nasution Ismail








PARTI SAKAW GUNA PAS... OAS JADI KUDA TUNGGANGAN... DAPAT JAWATAN 5-6 KERUSI.. TAPI TAK BERFUNGSI...

 




Pelabuhan Klang tersenarai dalam 10 pelabuhan utama dunia.



Alif Jamil






Ranking ini diterbitkan oleh badan antarabangsa macam UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) dan disokong oleh laporan industri pelabuhan global. 


Kalau tentuan cari dalam media proPN mmg takkan jumpa sebab data pencapaian sebegini tidak selari dgn kehendak jiwa mereka. 


Penilaian ini dibuat mengikut tiga indikator utama iaitu Container Throughput (TEUs), Connectivity Index dan logistics Efficiency. 


Disebabkan krisis politik serta kos operasi yg terlalu tinggi di Hong Kong, banyak syarikat perkapalan beralih operasi ke Shenzhen, Guangzhou dan Singapura.


Disinilah bijaknya strategi Kerajaan Madani di bawah PMX bertindak. 


Kerajaan Madani tidak membazir duit rakyat dgn projek gajah putih tapi mengoptimumkan pelabuhan sedia ada melalui tiga langkah utama:

 

1. Naik taraf automation & dermaga dalam supaya kapal² mega boleh berlabuh dengan lebih pantas.


2. Sambungan darat (ECRL & West Coast Expressway) barang bergerak lancar terus ke kilang atau gudang tanpa bottleneck.

 

3. Perlaksanaan sistem digital (MMSW) untuk kurangkan birokrasi, percepatkan custom clearance dan turunkan kos logistik.


Hasilnya, Pelabuhan Klang beroperasi dgn lebih cekap, kos operasi lebih rendah dan semakin diyakini syarikat antarabangsa sebagai hub logistik utama rantau ini.


Apabila Klang dijadikan hub Asia Tenggara, Malaysia secara automatik menjadi transshipment choice antara Timur Tengah, India, China dan ASEAN. 


Yang untung adalah forwarder, logistics, trucking, SMEs eksport dan pelabur asing yg nampak Malaysia sebagai sebuah hub yg stabil.


Kalu ikut logik tokey bekam dan tentera walaun berkuda kepang, mungkin kontena² ni penuh dgn FDI ghaib turun yg dari langit 😂



#NIAT JAHAT NI... NAK BAKAR RUMAH PMX KATA DIA.


Alif Jamil




 Nak bakar rumah PMX konon 😂

Cakap tak pakai akal. 


Dia ingat rumah PMX tu senang kena bakar mcm rumah dia. 


Silap haribulan rumah dia yg kena bakar dulu 🤏



PKR PUN JADI JUGA.. TAPI BILA BUANG PENGKHIANAT.. ELOK BALIK...

Syam Ghaz


 Riuh Perhimpunan Tahunan BERSATU Nasional, kacau bilau apabila Perwakilan bangkit bersuara saat Muhyiddin Yassin tengah berucap.











Ketara pertembungan Kem Muhyiddin vs Kem Hamzah.


BERSATU hidup segan mati tak mahu. Retak menanti belah, parti kacau-bilau, pemimpin sarat skandal. 


Ada hati pula nak tunggang PAS untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi? Angan-angan kosong!”l




ULASAN TIKTOKER INDON


 

ANWAR TURUN! TURUN DI BALING! MENGUNGKAP SEJARAH BALING PERJUNGAN PMX!

HAAA TU DIA ANWAR DOK BUAT LAWAK


 

NOHHH BERSATU NAK KIOK

 










PALATAO



Iswardy Morni



 Bila ada yang rasa terpaling hebat dalam CSI sampai pakar patalogi pun dia pertikai. Ini masalah mereka terpaling ni. Patut jugak la budaya buli menjadi jadi dalam masyarakat. Bodoh tak boleh di ajar. Pakar ni kenapa dia jadi pakar? Ini sebab dia. 





Pakar tersebut menjalankan dan menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setiap tahun serta memberi keterangan sebagai saksi pakar antara 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen, dan Tinggi di Sabah serta Labuan.


Sapa rasa warganet pakar lebih dr doktor meh komen kat bawah. Boring la pakai fake akaun. Saya nak interview berdepan.




BALUN FAHMI!! GAGAL KAWAL NARATIF - LAMBAT BERTINDAK | Eloklah RAFIZI ja...

ANWAR TURUN! TURUN DI BALING! MENGUNGKAP SEJARAH BALING PERJUNGAN PMX!

MP PEMBANGKANG SENANG KELIRU! RUU URA DITOLAK RAFIZI, PAS & BERSATU!

Federal Govt to allow padi land in Kedah to be used for industry and hou...

Perwakilan Bergelut! PAT Bersatu Kecoh









Suasana kecoh tercetus dimulakan beberapa perwakilan ketika Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke-8 Tahun 2025 di IDCC Shah Alam. 


Foto : Aizat Zainal


#malaysiagazette #lensaMG #PerhimpunanAgungTahunanBersatu #pat2025




Malaysia considering alternatives to F/A-18 jet delivery from Kuwait

APA PM BUAT DI TIANJIN


 

Yang Berhenti Menteri Episod 12

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rak...

KURANG TANAH MELAYU


Che Ibrahim


Bila tanah pertanian ditukar menjadi tanah industri, komersial dan perumahan, maka tidak akan terpinggirkah melayu??








Nasihat emas dari seorang mak cik jual pisang di tepi jalan.







Kisah ini ustaz pernah kongsi satu waktu dulu. Ustaz kongsi semula khusus sempena hari ulangtahun kelahiran Nabi saw.


Moga kisah ini beri motivasi untuk kita lebih dekat dan amalkan sunnah nabi saw.


Ceritanya.


Pernah satu hari ustaz konvoi ramai-ramai geng motor. Kalau tak silap dalam tahun 2000 ke 2002 macam tu. Kami ke Negeri Sembilan. Negeri yang terkenal dengan Masak Lomak Cili Api. Fuh, Sedap!


Masa dalam perjalanan, ustaz tak ingat waktu pergi atau balik. Kami lalu satu jalan yang agak sunyi. Kiri kanan penuh hutan. Jalan tu jalan utama la juga, tapi hanya sesekali saja kenderaan lalu.

.

.

Dari jauh, ustaz nampak ada satu gerai jual air tebu. Ustaz pun perlahankan motosikal dan singgah hilangkan dahaga. Kawan-kawan yang lain juga ikut singgah.


Masa tunggu air siap dibungkus, ustaz perasan ada sorang mak cik tua jual pisang. Bersebelahan dengan gerai jual air tu.


Sambil tunggu kawan-kawan lain beli air, ustaz pun borak-borak dengan mak cik jual pisang ni. Setakat nak berbasa-basi.


“Mak cik berapa pendapatan makcik jual pisang ni?”


Dalam fikiran ustaz, berapalah sangat hasil jualan yang mak cik tu boleh dapat. Tambahan pula jalan itu agak sunyi. Kenderaan laju, mesti tak ramai yang singgah.


Mak cik tu jawab,

“Alhamdulillah, tak banyak. Boleh la…”


Mulanya dia tak nak bagitahu berapa pendapatan hasil jual pisang tu. tapi bila ustaz tanya beberapa kali, mak cik tu pun jawab jumlah yang tepat.


 “Alhamdulillah… kadang-kadang dapat 3,000 sebulan. Kadang-kadang dapat 7,000 sebulan. 


Allahuakbar.


Ustaz betul-betul tak sangka pendapatan mak cik tu mencecah ribuan ringgit hanya dengan jual pisang tepi jalan yang sunyi macam tu. Kalau di tengah bandar, tak mustahil la macam tu.

.

.

Kagum dengan hasil jualan mak cik itu, ustaz pun tanya lagi.

.

“Mak cik, apa amalan mak cik sampai boleh dapat duit banyak macam tu? Kongsi la sikit dengan saya. Saya pun nak murah rezeki macam mak cik.”


Apa mak cik tu jawab,


“Ekau ni bodoh!”


Aduh, belum apa-apa mak cik tu dah cakap ustaz bodoh. Suka hati dia saja cakap macam tu. Tapi ustaz senyum saja. Orang tua-tua kan. Layankan saja apa dia nak cakap.


Kemudian mak cik tu sambung.


“Ekau selawat ja lah pada Rasulullah SAW. Kalau ekau selawat sekali, Allah akan selawat 10 kali. Kalau Allah dah selawat 10 kali pada ekau, mustahil pada hari tu ekau akan jadi orang kecewa. Mustahil Allah akan jadikan kau gagal. Mustahil ekau akan sedih pada hari tu.”


Allahuakbar.


Kata-kata mak cik tu macam peluru yang ditembak tepat ke hati ustaz. Bertubi-tubi. Macam bagi tazkirah pun ada. Apa yang mak cik tu cakap sangat kena dengan satu hadis nabi saw.


“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)


Benarlah apa yang mak cik tu cakap. Sekali kita berselawat kepada Nabi, Allah akan berselawat kembali sebanyak 10 selawat. Sesorang yang mendapat selawat dari Allah, bermakna dia mendapat banyak kebaikan dari Allah Taala.


Hadis ini selalu ustaz dengar di kuliah-kuliah agama. Tapi entah Kenapa, bila mak cik ni yang cakap, terus melekat dalam hati. Mungkin dia benar-benar ikhlas berkongsi ilmu. dan mungkin juga dia dah benar-benar amalkan dengan penuh keyakinan.

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah.


Masa tu ustaz termenung panjang. Ustaz belajar sesuatu hari itu. Bahawa rezeki bukan semata-mata datang dari usaha kita yang nampak di mata, tapi ada rahsia yang Allah simpan. Antara rahsia terbesar: berselawat.


Selawat ni besar ganjarannya. Ustaz kongsikan Beberapa hadis lain tentang kelebihan selawat. Moga kita lebih semangat beramal dengannya.


1. Allah gandakan rahmat kepada kita


Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali."

Riwayat Muslim dan Abu Daud.

.

.

2. Menghapuskan dosa & mengangkat darjat


Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, menghapuskan daripadanya sepuluh kesalahan, dan mengangkat untuknya sepuluh darjat." Riwayat Ahmad, al-Nasa’i,

.

.

3. Menjadi sebab syafaat Nabi SAW


Nabi SAW bersabda:

"Manusia yang paling berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

Riwayat Tirmizi.

.

.

4. Doa lebih mudah diterima Allah


Ubay bin Ka‘ab RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Jika begitu (engkau perbanyak selawat), maka dicukupkan bagimu segala keperluanmu, dan diampunkan dosa-dosamu." Riwayat Tirmizi.

.

.

5. Mendekatkan kita dengan Nabi SAW di akhirat


Nabi SAW bersabda:

"Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." Riwayat Tirmizi

.

.

Tuan puan yang dirahmati Allah. 


Sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini, marilah kita berselawat sebanyak-banyaknya. Jadikan ia zikir harian.


Ustaz sendiri cuba praktik, bila naik motor, bila tunggu lampu isyarat, bila duduk seorang diri bibir basah dengan selawat.


Jom pujuk hati.


Kalau nak rasa tenang, banyakkan selawat. Kalau nak rezeki luas, banyakkan selawat. Kalau nak hidup tak kecewa, banyakkan selawat.  Pada hujungnya, yang kita harapkan bukan saja rezeki di dunia, tapi syafaat baginda Nabi SAW di hari akhirat nanti.


Salam Maulidurrasul 1447H,

Selawatlah, nescaya hidupmu jadi berkat.


#UstazHanafiMalek




YANG BERCAKAP BUKAN BUKAN.. JANGAN SAMPAI DAOAT DOSA QAZAF.. DOSA BUTA SAJA.

 


Netizen Indonesia puji layanan hospital Malaysia, ajak warga Indo pindah negara

 



Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap layanan hospital di Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri.

Kata individu itu, di negara ini perkhidmatan perubatan diberikan kepada semua pesakit tanpa mengira asal usul.

“Anda tahu Malaysia seperti apa? Kita pergi ke hospital besar, perkhidmatannya luar biasa dan saya sangat tabik.

“Mereka melayani sepenuh hati, hospitalnya megah, layanannya luar biasa untuk rakyat. Saya betul-betul tabik melihat bagaimana kerajaan Malaysia menguruskan segala aspek dan keperluan masyarakat.


“Tak kisah kita orang mana, orang Indonesia ke orang asing, tak penting. Yang penting dia berkhidmat sepenuh hati,” katanya.

Katanya lagi, perkhidmatan dan layanan yang diberikan di pusat perubatan di negara ini tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan hospital di negaranya.


Di sana katanya, rakyat yang mahukan akses perubatan dilayan seperti pengemis.

“Jauh beza. Di negara sendiri, kita di hospital itu seperti pengemis, seperti tiada harga. Saya tak boleh berhenti berfikir. Semakin saya membandingkan, hospital besar Malaysia dengan hospital kami di Indonesia tiada apa-apanya,” ujarnya.

Malah, individu itu sempat mengajak warga Indonesia untuk berpindah ke Malaysia demi kehidupan lebih baik.

“Kepada anda warga Indonesia, nasihat saya segera pindah negara. Kahwin dengan orang Malaysia. Kalian boleh jadi senang. Berhenti jadi orang indonesia,” tambahnya.




PUJA BINTANG TIGA - QUNUT NAZILAHKAN ORANG | Ucapan Merdeka - MB Sanusi ...

Buat ceramah berunsur hasutan, polis tahan Chegu Bard



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun menahan seorang aktivis politik yang juga Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Chegu Bard malam tadi.


Ia susulan dakwaan pemimpin pembangkang itu menyampaikan satu ceramah berunsur hasutan yang tular di media sosial.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar, pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik di akaun TikTok Edume @4mrankiamat, memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Chegu Bard sedang menyampaikan ceramah berunsur hasutan.

Katanya, siasatan berhubung penularan video tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejurus laporan polis diterima.


Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Susulan itu pada 5 September jam lebih kurang 10.25 malam, PDRM telah menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai sebagai penceramah dalam video berkenaan bagi membantu siasatan.


“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pagi ini.

Polis pada masa sama menegaskan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga menyebabkan kegentaran awak serta mengganggu keharmonian masyarakat di Malaysia.




RAKYAT DAPAT RM100 - MB DAPAT GAJI RM178K | Isham Jalil - Masuk PAS aut...

MALAYSIA NAK BELI SU-57

RUGI JIKA TAK DENGAR UCAPAN WAN MAHUSSIN NI,PANAS,YANG BIDAS PAS

Keputusan BN akan beri laluan Warisan menang besar di Sabah

HAKIM KORUP? PAPAGOMO DIBEBASKAN APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?



Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menyebut kata-kata menghasut antaranya mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat dua tahun lalu. Hakim, Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap Wan Muhammad Azri, 42. Pada 8 Januari 2024, lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sir Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut di Facebook atas nama Halid Hamidi (Halid Mat Kool) pada jam 1 petang 8 November 2023. Kenyataan itu dilihat oleh seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan terhadap Wan Muhammad Azri.







USTAZ WADI NI BUKAN MACAM LEBAI PAS DOK FITNAG ERITA POLITIK. KENAPA MB NAK BATALKAN.

 

PN TAKDE MODAL

CERAMAH BATAL PUN TUDUH MB





PN claim pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar di Sendayan, Negeri Sembilan kononnya MB Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin) suruh batal ceramah tersebut. Kenapa mudah sangat PN buat tuduhan? Bukti apa PN ada sampai nak claim DS Aminuddin batalkan ceramah Ustaz Wadi?


Takkan setiap kali ada benda tak kena dengan perancangan PN semua nak tuding jari? Padahal MB pun tak tahu pasal ceramah tu sebab ianya bukan dibawah anjuran Kerajaan Negeri. Hakikatnya, keputusan pembatalan ceramah tu adalah dari pihak masjid & MAINS. Tiada kaitan dengan kerajaan negeri atau MB.


Kalau ye pun nak berpolitik, jangan la main hentam suka hati! 

#fypchallenge 

#PN #ceramahustazwadi



PUNYA LA KELAPAQ NAK KE UMNO...LEKEH LA AIHHHH..

 Perantau Cari Rezeki




Hari-hari pujuk UMNO supaya UMNO bergabung dengan PAS..Hai pemimpin PAS Fadhli Shaari,PAS ingat UMNO tu bodoh kah nak khianati PAS kedua kali.Sedar tak PAS...Sebelum PRU15 PAS tinggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional kerjasama dengan PN "PERIKATAN NASIONAL" kononnya nak ambil nyawa dari "PN" nak jadi kerajaan, PAS anggap kononnya UMNO tak ada harapan kerana kes Najib. 


Akhirnya UMNO yang jadi sebahagian dalam kerajaan, nama UMNO semakin pulih di mata rakyat, kini PAS tak habis-habis pujuk UMNO kembali bersama PAS.PAS memang tidak tidak setia pada kawan kerana nak berkuasa melalui tebuk atap dan khianat kawan.




JANGAN JADI HAMBA IBLIS




 Walaun 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 ni, bila ada orang mereka kena tahan kerana 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, terus nak kaitkan dengan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Dia ingat kebebasan bersuara tu sama macam 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Nak bebas bersuara, silakan. Nak kritik kerajaan pun, silakan. Ramai je yang kritik kerajaan. 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱, dan 𝗢𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗯 misalnya. Ada kena tangkap tak mereka ni? Mana pernah kena usik pun.


Sebab mereka kritik dengan fakta! Bukan memfitnah. Tak macam walaun dan lebai. Main ikut sedap mulut je bercakap. Tapi tak pernah beri bukti. Dari yang MB sampai ke machai, macam tu semua.


Kalau memfitnah tu tak boleh ambil tindakan, cuba walaun bayangkan kalau orang reka cerita yang 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗽𝗼𝗿𝗻, atau cerita 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴, atau Samsuri 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗷𝗶𝗻. Nak biarkan?


Tentulah tidak. Takkan nak dibiarkan fitnah. Lainlah kalau perkara berfakta contohnya 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 masa jadi duta khas dulu ataupun Samsuri dan Sanusi 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶. Yang itu tak apa sebab itu cerita berfakta.


Begitulah. Pemimpin PN terutamanya PAS. Memang 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Sebab tu rasanya dah 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 pemimpin PN yang kalah saman fitnah.


Jadi walaun tak payah nak 𝗮𝗰𝗮𝗵-𝗮𝗰𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁𝗶 bila kena tahan. Kalau tak nak ada masalah dengan pihak PDRM, jangan sebab fitnah. Tu je. Bukannya susah sangat pun nak buat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KISAH PALATAO DI SABAH.....

 

Dalam kolum saya minggu ini, saya ulas tujuh faktor pendorong dan/atau proses sosiobudaya serta sosiopolitik yang melahirkan gejala "palatao". 







Tujuh pendorong itu sebahagiannya angkara media sosial: bias algoritma, ruang gema, ketagihan, rosot otak dan mudah percaya. Sementara faktor sedia ada: kurang berfikir dan malas mengkaji sendiri. 


Bertajuk "Isu Zara dan krisis politik palatao", tulisan itu ditutup dengan kesimpulan (belum diedit): 


Media konvensional pula sering menapis maklumat, suka mengangkat suara kerajaan, hanya memperelok citra pemimpin kerajaan dan jarang sekali membenar suara kritikan. 


Namun, sejak muncul media internet, desas-desus itu bergerak sepantas kilat, lalu diyakini ada asasnya. 


Sama ada angin bertiup atau binatang yang menggegarkan pokok, orang ramai masih berpegang "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang". Desas-desus dianggap pasti ada kebenaran. 


Dari sini bermulalah kitaran "palatao" yang mudah menghasut orang ramai yang suka menelan bulat-bulat, tanpa usul periksa lagi. 


Sistem pendidikan pula, selama ini, memang menjurus ke arah menyuap maklumat kepada pelajar dan kurang orientasi berfikir atas kekuatan akal sendiri, apatah lagi seni berfikir kritikal dan kreatif. 



Fathi Aris Omar


Maka dari satu generasi ke satu generasi, lahirlah masyarakat yang tidak mampu berfikir jernih atas apa sahaja sogokan maklumat. 


Gejala "palatao", dicampur krisis mudah percaya membuta tuli, boleh memporak-peranda bangsa kita. Keraguan yang tidak munasabah sukar sekali dipadam. 


Semua penafian dianggap usaha menyorok kebenaran dan tidak mungkin dipercayai lagi. 


Penjelasan dan fakta terus-menerus dipertikai walau tiada asas untuk meraguinya. Wibawa maklumat retak berderai. Seterusnya ia mengganggu proses berfikir kolektif bangsa kita. 


Sebaliknya, cerita palsu dan maklumat terseleweng akan membentuk naratifnya sendiri. Ia kemudian membina sistem pengetahuan palsu, proses berfikir palsu dan binaan kebudayaan palsu. 


Struktur binaan pengetahuan yang rapuh ini tidak mungkin mampu menegakkan bangsa dan negara yang kuat, sebaliknya bangsa dan negara "palatao". 


Di situ nanti, kita akan mulai sedar media sosial tidak banyak gunanya kepada bangsa yang lemah. 


Media sosial sekadar alat eksploitasi syarikat gergasi asing untuk mengumpul kekayaan atas kesengsaraan bangsa pengguna!


(JEMPUT BACA apabila diterbitkan hari ini atau esok di portal Malaysiakini BM)




HANAG JAGA BEKAM HANG SAMPAI MONGGOLIA BARU ULAS BAB EKONOMI DUNIA.

 Alif Jamil


Bila tokey bekam nak ulas bab ekonomi 😂





Abam rasa , skrg ni dah sampai masa Pakar² ekonomi dari Bank Dunia letak jawatan atau pencen dari perkhidmatan. 


Lantik je si tokey bekam ni jadi pakar ekonomi dibawah Bank Dunia..


In shaa Allah seluruh negara akan menjadi maju seperti terengganu & kelantan 🤲



PEPERANGAN

 


Mohammad Rozaimi





Dalam satu foto, wajahnya penuh gagah, seorang askar muda, berbaju seragam, tenang dan teguh. 


Di sisinya seorang wanita, yang matanya menyimpan harapan tentang masa depan.


Mereka kelihatan pasti, seperti dunia ini akan terus berjalan tanpa masalah.


Namun 11 bulan merubah segalanya. Dia pulang, tetapi bukan lagi sebagai lelaki yang sama. Tubuhnya tinggal tulang, wajahnya ditarik derita, matanya kosong menanggung cerita.


Wanita yang sama masih ada di sisinya. Tetapi kali ini, bukan untuk memeluk kekuatan, hanya untuk menjaga rapuhnya jiwa ibarah pecah seribu rotan.


Dia masih bernafas. Tapi hidup dan sekadar terselamat adalah 2 perkara berbeza.


“Di sana tiada langit,” bisiknya. Hanya lantai konkrit, air dingin membeku kulit dan bayang manusia tanpa nama.


Malamnya bukan dihitung dengan jam, tetapi dengan bayang-bayang.


Dan apabila pulang, perang itu masih bersamanya.

Gelap membuatnya menggigil, bunyi tiba-tiba membungkamnya dan di cermin dia melihat bukan dirinya, tetapi tahanan yang pernah dipaksa jadi.


Wanita itu cuba meraih jiwanya, dengan cinta, dengan sentuhan, dengan kehadiran.


Tetapi dari balik pintu terkunci dalam dirinya, jawapannya sentiasa sama. “Jangan masuk, aku masih belum keluar dari sana.”


Begitulah perang. Ada yang pulang dengan parut di tubuh. Ada yang pulang dengan parut di jiwa.


Sebahagian luka tidak berdarah, tetapi tetap menyakitkan. Sebahagian peperangan tidak bersenjata, tetapi tetap memusnahkan.

.