PM arah bantuan, koordinasi diselaras secara langsung dengan MB Selangor, Petronas



 

Perdana Menteri mengarahkan agar segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi berkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta pihak Petronas.

Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu hantaran berkata, langkah ini bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.


“Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor industri amat penting dalam menangani situasi ini dengan segera dan
menyeluruh.



“YAB Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan dan dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan dan keselamatan yang sedang dilaksanakan,” katanya.



Malaysia seru kerjasama semua negara jiran lonjak keupayaan ASEAN




 

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia memerlukan kerjasama semua negara jiran termasuk Indonesia bagi melonjakkan keupayaan negara sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan di benua ini dan juga seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto di pejabat hari ini.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri memanfaatkan sepenuhnya hubungan erat persahabatan kedua-dua negara yang terjalin khususnya mengukuhkan lagi lebih banyak kegiatan perdagangan membabitkan pengusaha Indonesia dan Malaysia dalam pelbagai sektor terkait.



“(Pertemuan) membincangkan perkembangan kerjasama dua hala melibatkan Malaysia dan Indonesia.

“Keutamaan kami pastinya mengukuhkan dan memperbaharui sinergi ekonomi hatta mencerminkan komitmen untuk memupuk kerjasama yang kukuh antara Indonesia dan Malaysia ke tahap lebih baik lagi di masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.



Tarif Trump: PM Anwar Akan Pengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Pegawai Tertinggi

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Malaysia akan terjejas dengan “tarif timbal balik” AS, tetapi menegaskan kadar itu lebih rendah daripada yang dikenakan kepada kebanyakan negara jiran Malaysia seperti Thailand dan Indonesia.

KAJANG, 4 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mempengerusikan mesyuarat khas petang ini dengan pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan tarif 24% yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia berkuat kuasa 9 April nanti.

Menurut Perdana Menteri, beliau mengakui Malaysia akan terjejas dengan “tarif timbal balik” AS, tetapi menegaskan kadar itu lebih rendah daripada yang dikenakan kepada kebanyakan negara jiran Malaysia seperti Thailand dan Indonesia.

“Walaupun tarifnya tinggi, ia masih lebih rendah daripada apa yang dihadapi sesetengah jiran kita. Itulah sebabnya kami memutuskan untuk berhubung dengan mereka (jiran serantau Malaysia).

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memegang perintah eksekutif yang ditandatangani mengenai tarif, di Rose Garden, Rumah Putih di Washington, DC, AS. Foto Reuters

“Saya telah bercakap dengan kepimpinan Thailand, kemudian dengan Indonesia dan saya akan berbincang dengan presiden Filipina dan Singapura,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di sini.

Anwar berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz sudah menghubungi rakan serantau Malaysia dan akan menghadiri mesyuarat menteri perdagangan Asean Khamis depan untuk menyelaraskan maklum balas.

“Petang ini, saya akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai tarif AS. Saya telah mengarahkan semua menteri berkaitan, Bank Negara Malaysia dan Hassan Marican untuk turut serta. Kami akan mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat itu.”

Hassan mempengerusikan jawatankuasa menasihati perdana menteri mengenai dasar kerajaan.


Malaysia Mahu Kesepakatan Bincang Tarif Perdagangan ASEAN-AS – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah membuat panggilan telefon selaku Pengerusi ASEAN kepada pemimpin empat negara iaitu Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura pada 4 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Apr – Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara, termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS), jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon bersama pimpinan negara ASEAN iaitu Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah membuat panggilan telefon selaku Pengerusi ASEAN kepada pemimpin empat negara iaitu Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura pada 4 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perbualan telefon itu dibuat kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Perbualan berkenaan bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik AS.

“Insya-Allah, Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN minggu depan akan terus membincangkan perkara ini dan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota,” katanya menerusi laman sosial Facebook.


BEBERAPA LAMA DULU AKU DAH KATA RATU NAGA NI TAK SEKOLAH-.Isu Lagu Negaraku Dinyanyikan Dalam Bahasa Cina??

INILAH SENARAI MEREKA YANG KENA SKAM DENGAN ABANG BELON | Ada 13 Kes r...


Atas kepentingan politik, kita tengok berapa ramai rakyat Malaysia yang terkena dengan "lakonan; Abang Belon ini! Yang kita tak sabar tengok respon dari Akmal Saleh yang bersolidariti segalanya untuk Abang Belon. yang lain Ebit Liew, Kamil Munin Dr MAZA, Chegu Bard dan ramai lagi rakyat Malaysia.







HRC LIVE!! - GEMPAR - INILAH ORANG SEBENAR ABANG BELON | DAH DIJANGKA - ...


Inilah latar belakang Abang Belon yang sebenar, yang Pemuda UMNO beria-ia mahu membela emnuntut keadilan. Wahai netizen juga Ebit Liew, mahukah kamu teruskan membantu atau tarik balik mamat ini? Kemungkinan besar juga abang belon akan didakwa tak lama lagi dengan beberapa tuduhan!







DENGAR KATA SATU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT. POLIS BOLEH LA URIN TEST KOT KOT SANGKUT AMBIK BARANG.


 

SEMUA PAKAT NAK SALAH PMX NOH...


 

KERAJAAN LEMAH GAGAL ATASI ISU FITNAH.

 FITNAH sudah tersebar.




Uunnnssstit percaya dan bantu sebarkan fitnah.

Kementerian Pendidikan cukup keluarkan penafian sahaja ke?

Apakah tidak perlu TINDAKAN TEGAS?

Apakah fitnah ini tidak memberi kesan kepada kerajaan?



KENA SCAM.

 Madani Pejuang


Astaga...kena scam siang-siang oleh kaki syabu.??? 




DOSA BESAR YANG DIANGGAP RINGAN


⁣

Ghibah dan Bhutan



Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah? Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!".


Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar? Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." ~ (hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)


Ghibah bermaksud menyebut keburukan orang lain walaupun benar dan ia bukan hanya tertakluk pada ucapan lidah sahaja, tetapi setiap perbuatan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang tidak disukai oleh yang tertuduh, walaupun benar.


Buhtan pula bermaksud memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang yang tidak benar. Ia direka dengan tujuan kepentingan diri untuk menjatuhkan reputasi seseorang itu. Orang yang mendengar dan menyebarkan ucapan ghibah dan bhutan juga turut memikul dosa yang sama dengan si penuduh.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." ~ (hadith riwayat Muslim)


Islam mengharamkan dan melarang ghibah dan bhutan kerana ia boleh mengakibatkan kezaliman yang akan memutuskan ukhuwah, menimbulkan permusuhan, tersebar aib, merosakan rumahtangga dan keamanan negara.


............................... 

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;


https://toyyibpay.com/Derma10 


Layari Laman Sesawang Rasmi TPMJ


www.tpmj.gov.my


Semoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor


#tabungmasjidjohor #kelebihanmenderma #infakharta #sahamakhirat



YADIM MEMBANTU MANGSA GAS.

 


TIDAK Melupakan kerja keras petugas barisan hadapan dalam insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, YADIM turun padang menyantuni mereka pada 4 April.













Anggota RELA, Polis Bantuan dan Angkatan Pertahanan Awam yang bertugas di lokasi bencana kebakaran itu menerima lapan karton kotak susu Dutch Lady bagi menghargai pengorbanan mereka, terutamanya yang mengorbankan cuti, berkhidmat menyantuni mangsa kebakaran itu.


Turun padang menyantuni para petugas ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup.


Tidak ketinggalan ialah Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, serta kakitangannya dan petugas YADIM daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik serta Bahagian Khidmat Bakti.


Sumbangan disampaikan YADIM di Pusat Pemindahan Sementara mangsa di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Heights.


YADIM turut akan menyalurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Masjid Putra Heights atas peranan aktif menyediakan lokasi perlindungan dan kemudahan logistik kepada mangsa dalam tragedi ini dan perkara ni telah dimaklumkan kepada Imam 1 Masjid Putra Heights, Ustaz Abdul Hadi. 


Badan dakwah ini juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyelaras sebarang bentuk bantuan yang sesuai untuk diaturkan kepada semua yang terkesan dengan inisiden letupan ini.


Tidak ketinggalan pada masa yang sama, badan dakwah ini menziarahi rakan-rakan di Kuil Sri Maha Kaliamman yang turut membantu mangsa-mangsa kejadian kebakaran Putra Heights termasuk yang bukan Islam.


Kedatangan delegasi YADIM disambut mesra Pengerusi kuil tersebut, Encik Harvind Anandenan.


Dalam program lawatan tersebut, Datuk Hasanuddin turut melahirkan rasa terharu atas usaha semua pihak dalam menguruskan bencana selaras dengan usaha Perdana Menteri Malaysia yang membawa pendekatan Malaysia Madani yang boleh dilihat melalui perpaduan yang ditonjolkan oleh semua pihak.


****


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani

#Ramadan360



ROSAK KURANG 20% BOLEH DIDIAMI- BOMBA.



 Hanya kediaman yang mengalami kerosakan kurang daripada 20 peratus dalam insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan dibenarkan untuk dihuni kembali bagi menjamin keselamatan penghuninya.






Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata berdasarkan pemeriksaan dilakukan, kebanyakan rumah diletakkan dalam kategori selamat dihuni itu hanya mengalami kerosakan kecil seperti cermin tingkap pecah selain kesan bahang kecil pada bumbung dan siling.


Beliau berkata kebanyakan rumah itu juga terletak lebih 150 meter dari lokasi kejadian.


https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2409237


#BernamaNews #kebakaran #putraheights




AKIBAT BERGAUL SESAMA BANGSA SAHAJA.


 Jamzuri Ardani. 


AfD adalah parti radikal berhaluan kanan yang sangat anti-imigran di Jerman. Anehnya AfD mendapat sokongan paling kuat di wilayah Jerman Timur iaitu di wilayah yang paling kurang imigran.


Di Thailand, sentimen anti-Islam paling kuat ialah di wilayah utara Thailand di mana jumlah penduduk beragama Islam paling kecil.


Sama juga macam Malaysia.  Golongan yang paling anti-non-Malays ialah dari Pantai Timur yang mempunyai populasi non-Malay paling rendah.


Ini adalah kerana mereka kurang berpengalaman berinteraksi secara positif di dalam masyarakat majmuk. Mereka lebih banyak terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan di media sosial.



JARANG JARANG AKU DENGAR SUARA ANGKATAN MUDA HARAPAN NIH... KA SEBAB ADA AGENDA LAIN... MASUK BERTANDING KOT.



 KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA HARAPAN. 




Malaysia harus menjadi juara ASEAN dalam isu ‘reciprocal tariff’ 


1. Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia harus mengorak langkah segera untuk mengemudi ASEAN secara satu blok besar untuk berunding dengan pihak Amerika Syarikat (AS) susulan isu “reciprocal tariff” baru-baru ini.


2. Di samping runding dua hala bersama AS, runding secara blok ASEAN adalah penting memandangkan rantau ini meliputi populasi hampir 700 juta dan saiz ekonomi sebanyak US$4.25 trilion. Rundingan secara blok ASEAN akan memberikan “bargaining power” atau kuasa tawar-menawar yang tinggi.


3. Bukan itu sahaja, selaku rakan jangka panjang kepada jiran-jiran serantau, Malaysia dan ASEAN harus membantu negara-negara seperti Kemboja dan Laos yang masing-masing dikenakan tarif 49% dan 48%. Ini akan membantutkan pertumbuhan negara-negara berkenaan dan turut membantutkan pertumbuhan ekonomi ASEAN dalam jangka masa panjang.


4. Dalam kes Malaysia, tarif 24% ini - walaupun dikecualikan atas eksport terbesar negara iaitu semikonduktor - akan menurunkan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia. CIMB Securities sekarang menjangkakan ekonomi Malaysia hanya akan berkembang 4% pada tahun 2025, berbanding unjuran awal 5%. Tarif ini juga akan menjejaskan rantaian bekalan dan keuntungan perniagaan tempatan, serta memberi impak negatif kepada peluang pekerjaan.


5. Mesej ringkas Angkatan Muda Harapan kepada Duta AS ke Malaysia, Malaysia dan ASEAN adalah rakan perdagangan penting kepada AS. Secara faktor geopolitik juga, rantau ini sangat penting kepada AS. Tindakan ibarat menghukum ASEAN dibimbangi akan mengoyahkan neutraliti rantau ini dalam jangka masa panjang. We want to be your friend, not your enemy.


6. Angkatan Muda Harapan tegas bersama Kerajaan MADANI dalam berunding secara sihat dengan pihak AS dan bukannya seperti cadangan sesetengah ahli politik Malaysia yang mencadangkan tarif balas terhadap AS. We are here to do business, not to wage war.


AMMAR ATAN

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan


4 April 2025



NAK JADI MELAYU TERLEBIH MELAYU


Abd Shukur Azhar 


Katanya staff DBP

Betulke Mohd Shoffi?





KES DADAH.... HANGPA NAK BELA DIA.


MMMS


 Dia punya plot twist kalah sinetron. Sebab itu kena tabayyun dan biar polis siasat.


 Semua nak jadi terpaling influenza, nak kejar clout. Ini belum apa-apa dah makin hamun orang yang berbeza pendapat. 


Moga pendakwaan segera di lakukan demi keadilan untuk semua pihak. 





https://www.kosmo.com.my/2025/04/04/abang-belon-ada-13-rekod-lampau/?



AKIBAT GUNA ANUGERAH DATO SRI PALESU.








 4 April 2025 ~ 

Satu laporan polis telah dibuat berkaitan penipuan oleh seorang saspek di laman sosial Facebook yang mana pemilik akaunnya menggunakan nama Dato’ Seri ANSELM WONG (JP). Melalui paparan di dalam Facebook pemilik akaun tersebut kononnya beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Dato’ Seri tersebut oleh DYMM Sultan Selangor.


Pengesahan telah pun dibuat oleh pihak Dewan di-Raja Selangor dan mendapati pemilik akaun Facebook tersebut tidak pernah menerima Darjah Kebesaran daripada DYMM Sultan Selangor atau apa-apa Darjah Kebesaran Selangor yang lain. Ternyata saspek ini telah menggunakan gelaran Dato’ Seri secara tidak sah dan bertujuan melakukan penipuan terhadap orang ramai yang membaca laman Facebooknya.


Pemilik akaun Facebook berkenaan telah diminta untuk tampil membantu siasatan pihak polis.


Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang menyalahgunakan mana-mana Darjah Kebesaran DYMM Sultan atau apa-apa gelaran yang tidak sah.


Di bawah Seksyen 4(E) dan 4(G) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna)(Pindaan 2016)  antara lain memperuntukkan:-


Mana-mana orang yang didapati mengatakan bahawa dirinya pemegang Gelaran atau Darjah Kebesaran yang sah yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor atau menggunakan Darjah Kebesaran DYMM Sultan tetapi pada hakikatnya orang itu sebenarnya tidak pernah dikurniakan gelaran dan penghormatan sedemikian oleh DYMM Sultan, maka sekiranya  disabitkan dengan kesalahan tersebut orang itu boleh dihukum dengan hukuman denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.


Enakmen tersebut telah digubal bagi tujuan mencegah daripada salah guna apa-apa lambang, nama, gelaran dan penghormatan yang diwujudkan dan dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor dan perkara yang bersangkutan dengannya, dan telah mula berkuat kuasa dan terpakai di negeri Selangor mulai 23 Mei 1962. Enakmen ini juga telah disemak semula dan dipinda dengan menaikkan jumlah hukuman denda dan penjara pada tahun 2015.


Tuduhan dan sabitan serta hukuman juga boleh dilakukan terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan yang sama dengan tujuan untuk menipu dan memperdayakan orang ramai di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen ini jika seseorang disabitkan kesalahan, hukuman minimum setahun dan maksimum 10 tahun penjara serta rotan akan dikenakan ke atas pesalah. Di dalam pada itu hukuman denda boleh juga  dikenakan ke atas pesalah berkenaan.



WOII AKHMAL SALLEH, EBIET LIEW DAN LAIN LAIN YANG NAK TAJA MAMAT NIH....NAK BANTU PENJENAYAH KAH ?


 

ADA BERBELAS KES JENAYAH RUPANYA.


 

LAGI PENDEDAHAN TERKAIT LETUPAN

 


Tarif Trump: Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Terima Manfaat

 


Pengeluar sarung tangan Malaysia masih mencatatkan prestasi positif daripada pengumuman Trump. Foto arkib

KUALA LUMPUR, 4 Apr – Pengeluar sarung tangan Malaysia adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus.

Saham Hartalega meningkat 19 sen kepada RM2.05, Kossan Rubber melonjak 16 sen kepada RM1.80, Supermax naik 8.0 sen kepada RM11.19, dan Top Glove naik enam sen kepada 86.5 sen.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik yang meluas dan menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif sebanyak 24 peratus dan tambahan 34 peratus, masing-masing ke atas barangan import dari Malaysia dan China, yang berkuat kuasa pada 9 April.

Tarif tambahan sebanyak 34 peratus ke atas China adalah melebihi daripada 20 peratus yang dikenakan sebelumnya, menjadikan jumlah levi baharu itu kepada 54 peratus.

Bagi Thailand dan Indonesia, negara itu masing-masing dikenakan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus dan 32 peratus yang bakal memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan di negara-negara berkenaan.

“Kami neutral ke arah positif terhadap perkembangan terbaharu ini, kerana secara keseluruhannya, pengeluar sarung tangan Malaysia masih mencatatkan prestasi positif. Memandangkan tarif lebih daripada 100 peratus yang dikenakan ke atas sarung tangan perubatan China pada 2025-2026, jurang harga antara pengeluar Malaysia dan China untuk eksport ke AS masih besar.

“Sehubungan itu, tidak seharusnya ada perubahan terhadap landskap industri semasa untuk pasaran AS,” kata Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya pada Khamis.

Bank pelaburan itu berkata, tarif tambahan sebanyak 34 peratus yang dikenakan ke atas China adalah sebagai tambahan kepada 60 peratus yang sedang dikenakan ke atas eksport sarung tangan getah bagi perubatan dan pembedahan China ke AS.

Ia berkata, kesannya adalah positif untuk Malaysia kerana sebarang kehilangan volum di pasaran bukan AS dapat diimbangi dengan permintaan yang lebih tinggi dari AS memandangkan AS dari segi sejarah menyumbang sebanyak 35 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah volum sarung tangan Malaysia.

“Kami percaya memandangkan ketegangan geopolitik semasa antara AS dan China serta kenaikan tarif ini, pembeli Amerika lebih cenderung untuk tidak mendapatkan bekalan mereka dari China.

“Beberapa pembeli mula mengalihkan pembelian mereka ke Malaysia sebagai strategi pengurusan risiko, yang berpotensi memberi manfaat kepada pemain-pemain industri Malaysia termasuk Hartalega, Kossan Rubber, Top Glove dan Supermax,” tambahnya.




Satu media dikecam, jadi penyebab kutuk mengutuk dalam Facebook




Sebuah syarikat media telah dikecam oleh warganet kerana tidak memainkan peranan sebagai media yang bertanggungjawab, sebaliknya tajuk berita sensasi yang diletakkan di Facebook menjadi sebab warganet kutuk mengutuk.

Ini kerana tajuk berita luar negara disensasikan seolah-olah kejadian tersebut berlaku di tanah air.

“Kau orang pengamal media sangat memahami kesan daripada penulisan…Bukan sekali dua, dah puluh kali kau cedok berita luar terutama daripada negara Indonesia dan menulis tajuk sensasi seperti.

“Kau tahu apa kesannya?

“Sebahagian pembaca cuma membaca tajuk lalu mengulas ikut nafsu sendiri. Yang jadi mangsa cemuhan adalah agensi dalam negara kita sendiri.

“Yang kedua, yang membaca pula sangat suka isu-isu macam ini untuk kutuk-mengutuk.

“Aku pun kadang-kadang sama macam mereka. Jadi aku minta bos kau tolonglah pantau anak-anak buah ni. Ke bos pun sama,” kata seorang pengguna Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook menegaskan perbuatan media sebegini menyebabkan agensi kerajaan dimangsakan

“Tajuk besar latar belakang berwarna “Jururawat Rogol Pesakit Dalam Ambulan Beramai-ramai”.

“Beribu2 komen walaun menganjing agensi kerajaan zaman madani. Mereka yang click link berita dalam comment section sahaja yang tahu ia adalah kejadian di sebuah wilayah pendalaman Mozambique.

“Apabila saya berkata “Yahudi” yg dikecam oleh Allah dan Rasul bukan merujuk kepada Yahudi as a collective people hari ini, ramai orang Melayu feel uncomfortable.

“Sebenarnya jika kita keep in mind bahawa we are capable of being worse offenders than Jews, it makes us be more wary of ourselves.”