[panas] SURAT TUNTUTAN KE CHEGUBAD DAN TUN M SEMAKIN KETAKUTAN!



Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghantar surat tuntutan (Letter Of Demand) kepada ketua penerangan Bersatu Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard di atas satu fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Nik Nazmi dalam kenyataan berkata, peguamnya pada semalam telah menyerahkan surat tuntutan kepada Chegubard agar menarik balik tuduhan terhadapnya dengan serta merta dan memohon maaf secara terbuka. “Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, kementerian dan Kerajaan Persekutuan. “Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan kementerian Nik Nazmi. Dakwanya, projek RTB yang dikendalikan kementerian itu mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri.








AWAT INGAT RAKYAT KELANTAN NAK TERIMA KASIH KAH ? MALAM SIKIT- ] RM50 JUTA BANTUAN DARI PUSAT, PMX KINI DI NEGERI KELANTAN!


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Menurutnya bantuan itu akan disalurkan terus sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga. “Bagi mangsa-mangsa yang di PPS dan kawasan-kawasan lain itu setakat yang kita luluskan peruntukan awal melalui Nadma RM50 juta.
“Itu terus kepada penduduk dan keluarga yang terlibat RM1,000 setiap keluarga. “Ada yang bertanya dulu ada tambahan, ya ada tambahan setelah dikenal pasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan,” katanya pada sidang media di Pasir Mas, hari ini.




SUSAH SUSAH BUAT APA PMX SAMPAI JUMPA PM THAI UNTUK LEBARKAN SG GOLOK- RAKYAT KELANTAN DAH BIASA DAH BAB TENGGELAM TIAP TIAP TAHUN NI.

 

Malaysia-Thailand segerakan pelebaran, dalamkan Sungai Golok.



Anwar (tengah) semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas pada Khamis.
Anwar (tengah) semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas pada Khamis.
DIN COPONG TERCOPONG JA. NANTI DIA MAKI BALIK.

PASIR MAS - Kerajaan Malaysia dan Thailand sudah sepakat untuk menyegerakan kerja-kerja pelebaran dan pendalaman Sungai Golok di sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Thailand iaitu Srettha Thavisin.

"Kerja-kerja itu pada hemat kami mampu meredakan tekanan banjir di kedua-dua negara di Narathiwat (Thailand) dan Rantau Panjang (Malaysia)," katanya.

BAIK BETUL PMX NI....INSANI...KALAU AKU , TENGOK MACAMANA PEMIMPIN DEME PERINTAH DAH 33TAHUN....PUNYA LAMA TAKKAN TAK BOLEH BUAT YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT SENDIRI.


 

DIA NI TAU APA...KELUAQ MULUT MAKI ORANG SAJA..KEPALA BAPAK LAH..


 

P/RAYA PBT BUKAN KEUTAMAAN, KATA MENTERI KPKT DARIPADA DAP

 

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan keutamaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata menterinya Nga Kor Ming, mengulas gesaan pemimpin DAP supaya pemilihan itu diperkenalkan semula.

Nga berkata sebaliknya fokus kementeriannya ketika ini untuk menjaga kebajikan rakyat antaranya melaksanakan 5,000 projek berkepentingan umum pada setiap tahun.

Beliau turut berpandangan pilihan raya PBT yang digantung sejak 1963 ‘mungkin’ boleh diperkenalkan apabila tiba masa tepat.

“Pada masa masa kini bukan keutamaan KPKT,” kata naib pengerusi DAP itu selepas melawat Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan.

Pada 17 Dis lalu, Ketua DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai mencadangkan kerajaan memulakan pilihan raya tempatan di bandar raya itu bagi “merakyatkan demokrasi”.

Ahli Parlimen Cheras itu dipetik berkata pengenalan pilihan raya tempatan di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Bagaimanapun, cadangannya itu menimbulkan bantahan pelbagai pihak termasuk Umno yang menjadi rakan dalam kerajaan perpaduan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan bertemu dengan Nga untuk membincangkan cadangan dibuat oleh Tan, memandangkan perkara itu di bawah KPKT.

Pilihan raya tempatan di Malaysia digantung pelaksanaannya pada 1960-an, dan kemudian diganti dengan sistem lantikan ketua, di mana datuk bandar majlis tempatan dan Yang Dipertua Majlis, termasuk ahli majlis dilantik kerajaan negeri.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/28/pilihan-raya-pbt-bukan-keutamaan-kpkt-kata-nga/




BANTU BUAT APA, SIANG MALAM MAKI HAMUN..BAGI KE NEGERI PAKATAN PUN BAGUS....DEPA DOK KATA LAGI KOT ATAIH...

 

RM50 juta bantu mangsa banjir di Kelantan, RM1,000 seorang - PM

Anwar menyantuni penghuni PPS SMK Agama Lati di Pasir Mas pada Khamis.
Anwar menyantuni penghuni PPS SMK Agama Lati di Pasir Mas pada Khamis.

PASIR MAS - Sebanyak RM50 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap mangsa akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

Anwar diberi taklimat tentang perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Lubok Jong pada Khamis. Turut hadir Mohd Nassuruddin (dua dari kiri). - Foto Bernama
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar diberi taklimat tentang perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Lubok Jong pada Khamis. Turut hadir Mohd Nassuruddin (dua dari kiri). - Foto Bernama --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA



Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini pada Khamis.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud..



PAS YANG DULUNYA AMAT DIMINATI.DAN DI HORMATI

 

M9hd Farul Al-QASAS




Banyak nikmat Allah dah kurniakan kepada aku. Dari keluarga, kerjaya dan lain-lain lagi. Tapi antara nikmat terbesar yang aku dikurniakan adalah tinggalkan PAS.


Alhamdulillah, hari ini aku jadi manusia yang bebas akalnya. Tidak terikat dengan akal jumud, rasis dan penuh kebencian serta takfir. Merdeka sepenuhnya.


Tapi masa aku bersama PAS dulu, PAS tidak sejahat ini. PAS memang baik dan cerdik hinggakan berjaya pikat hati ribuan orang bukan Islam untuk bersama.


PAS ketika itu ditadbir oleh Almarhum TG Nik Aziz, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Datuk Husam Musa dan nama-nama lain yang kini bersama Parti Amanah.


Aku sendiri pun sertai PAS dahulu kerana mengagumi ketokohan Almarhum TG Nik Aziz selain pimpinan muda waktu itu seperti Almarhum Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.


Waktu itu PAS bukan parti kampungan. PAS menjadi contoh betapa Islam dan pembangunan boleh jalan seiringan. Nama PAS waktu itu cukup harum.


Tidak ada perjuangan kaum. Dan tidak pernah jadikan orang bukan Islam sebagai musuh. Bahkan PAS jadi parti yang paling lantang menentang assobiyah 


Dulu masa aku UMNO, memang aku ada sedikit rasis dan punyai prejudis kaum. Tapi sejak aku sertai PAS, aku ditarbiyah untuk membenci sifat perkauman.


Tapi hari ini semuanya dah terbalik. PAS bukan sahaja rasis, bahkan dah menghampiri tahap ekstremis. Dan kini PAS juga tidak punyai pemimpin yang punya ciri kepimpinan tulen.


Kesian aku tengokkan walaun sekarang. Bukan saja ditipu lebai, walaun juga jadi cash register lebai. Kalau lebai perlukan duit, maka walaunlah mereka tuju.


Nak buka pusat khidmat, minta sumbangan walaun. Kena saman, minta lagi sumbangan walaun. Bahkan kemalangan kereta pun minta walaun sumbang juga.


Walaupun lebai-lebai ini dapat elaun besar. Yang tak jadi YB pun, pendapatan berceramah bukan main lagi lebatnya. Tengok masing-masing pakai kereta apa.


Tapi semua tuju ke walaun. Padahal majoriti walaun tu golongan B40. Mujur aku bukan lagi ahli PAS. Kalau tak bengkrap juga selalu kena pow dek lebai.


Sebab tu aku kata antara nikmat paling besar adalah tinggalkan PAS yang penuh kepalsuan. Alhamdulillah, aku masih Islam. Malah aku bersyukur aku tak perlu gadaikan integriti dan iman untuk memesongkan dalil hanya untuk melindungi lebai.


Syukur ya Allah. Namun aku tetap berdoa agar Allah bukakan hati dan akal semua walaun untuk sedar dan kembali kepada kebenaran. InsyaAllah. Guane boh?


 

Raja Gelap II


.


Pemuda Wawasan.


Seminggu dua ni, kecoh kisah pemuda al-kahfi atau ashabul kahfi.


Kisah pemuda yang mempertahankan iman mereka ini diceritakan secara ringkas dalam Surah al-kahfi. 


Al-Quran juga ada menceritakan kisah ashabul  ukhdud. Kisah ini diceritakan dalam Surah al-buruj ayat 4-7.


Ia berkenaan kisah pemuda yang dibakar hidup-hidup dalam parit.


Kedua-dua kisah ini dipercayai berlaku zaman bani Nasrani.


Ashabul kahfi berlaku di Turki zaman Rom, manakala ashabul ukhdud terjadi sekitar tahun 523 M di Najran ketika Yaman di kuasai oleh kabilah Himyar dengan raja terkahir Zur'ah Dzu Nuwaz. Najran kini dibawah Kerajaan Arab Saudi.


Tapi kali ini saya nak kita kembali menyoroti kisah pemuda Wawasan, pemuda di Malaysia yang berjuang sejak tahun 1970an.


Beliau ialah Saudara Anwar Ibrahim. 


1. Beliau menjadi pemimpin sejak di MCKK, kemudiannya di Universiti Malaya dalam Persatuan Bahasa Melayu dan Persatu Kebangsaan Pelajar Islam.


2. Beliau juga menjadi Pengasas bersama ABIM dan kemudiannya memimpin Majlis Belia Malaysia. 


3. Beliau cakna hal rakyat sejak dari sekolah. Dikisahkan sejak dari MCKK Beliau tubuh kongsi untuk bantu penduduk kampung sekitar.


4. Beliau juga turun demonstrasi apabila rakyat miskin di Baling dan Sik dikatakan kebuluran. Hasilnya beliau ditahan ISA.


5. Beliau menolak menjadi SETPOL Tun Razak kerana ingin membantu anak miskin ke Universiti dengan tubuhkan Kolej Yayasan Anda. 


6. Beliau akhirnya sedar bahawa reformasi mesti bermula dari kerajaan. Maka Beliau sertai kerajaan. 


7. Hampir semua kementerian yang pernah Beliau sertai pasti ada perubahan. Ada saja idea baru yang Beliau buat.


8. Beliau dibantu oleh pemuda-pemuda Wawasan dalam UMNO antaranya Zahid Hamidi, Zamry Abd Kadir, Saifuddin Nasution,  Rahim Gouse dll.


Ada yang masih setia disisi, ramai juga yang gugur. Itu biasa dalam perjalanan perjuangan.


9. Pemuda ini kini telah tua dan bercucu. Tapi mereka baru dapat kuasa.


Setahun telah berlalu, alhamdulillah berjalan dengan baik. Ada baki 4 tahun. Kita doakan pemuda Wawasan ini berjaya.







































 

SAJA BUAT SISTEM BARU (PADU) SEBAB NAK BUAT DUIT?


YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) pada 2 Januari 2024 ini. Selepas itu, PADU akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warga negara mengesahkan dan mengemaskini data sosio-ekonomi mereka.


Bila masuk ke PADU nanti, maklumat yang ada dalam semua pangkalan data kerajaan (lebih 270+ kesemuanya) memang sudah tersedia. Contohnya maklumat peribadi (nama, kad pengenalan, umur, jantina dll), maklumat pendapatan, maklumat kenderaan, maklumat anak dan tanggungan dan lain-lain. 


Tetapi ia perlu disahkan dan dikemaskinikan untuk memastikan data kerajaan itu berlaku adil kepada rakyat kerana data dari PADU akan digunakan untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak kelak.


Oleh itu, proses membina PADU ini melibatkan pembangunan sistem data yang paling besar pernah dibuat oleh sektor awam (mungkin juga paling besar dalam sejarah negara kita). Ia melibatkan berpuluh perincian data (nama, umur, jantina, isi rumah dll) bagi setiap dari 32 juta rakyat Malaysia yang membentuk ratusan juta titik data (data points) di dalam PADU.


Jadi saya tidak terkejut bila ada suara sumbang yang menuduh kononnya pembangunan sistem PADU ini adalah satu pembaziran kerana melibatkan kontrak beratus juta ringgit.


Saya memang tunggu perkara ini ditimbulkan.


Sebabnya:


1) PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Bagi saya, padunya PADU ini kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan consultant dan kontraktor luar.


2) Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan.


3) PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.


4) PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.


PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan.


Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras dari Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU, bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada di kalangan penjawat awam. 


Saya berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada khidmat awam dari kerajaan kepada rakyat. Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran, tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam.


Terima kasih dari saya (secara terbuka) kepada semua penjawat awam dan keseluruhan anggota pasukan dari pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus sejak Mei 2023 sehinggalah PADU dapat diluncurkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri minggu depan.



HATI HATI LEBAI FOWARD. BILA DIA TAU SALAH DIA DIAM. TAK PERBETUL BALIK. NI BAHAYA.

 


RENTASAN 1514 | GEMPAR!! TERNYATA KINI DAIM ZAINUDDIN, TUN M TAK DAPAT T...






MENARIK DALAM RENTASAN 1513
1. TUN M SEMBUNYIKAN ‘RASUAH’ DAIM? 2. JALAN TENGAH RAHMATAN LIL ALAMIN 3. APA MOTIF ISU PERKAUMAN DIBAWA PEMBANGKANG? 4. APA NAK JADI APABILA ULAMA BERKARAOKE JAM 2 PAGI






TUN M DAN 3 ANAK PINDAH ASET KEPADA CUCU UNTUK SELAMATKAN DIRI⁉️

[bongkar] PENDEDAHAN PANAS DS ANWAR, TAPI SEAKAN ADA TANGAN GHAIB YANG M...


LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99 LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99 Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan. Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah. Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau. Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta. Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta. Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu. Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit. Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut. Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti. Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu. Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah. Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka. Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah). Anwar Ibrahim 12.28 t/hari (30 Julai 1999)





NASIHAT MURNI UNTUK GANG SENDIRI.





 Sekali lagi lebai berjaya menunjukkan sikap hipokrasi mereka.


Semalam aku ternampak satu video. Seorang lebai (orang kata PU Syed - aku tak kenal) menasihati MB sempoi tentang perbuatan karaoke awal pagi dengan beberapa orang gadis.


Lembut dan sopan je. Tak ada kata tak berfaedah ke, tak bermoral ke, merosakkan masyarakat ke, apatah lagi nak kata sesat, liberal dan sebagainya. Kira kalau anak, cubit manja la gitu.


Sedangkan kalau musuh, benda yang tak ada isu pun dijadikan isu besar-besar. Dipusingkan cerita nak bagi nampak macam perkara itu boleh runtuhkan negara. Fitnah pun sanggup.


Pernah ada video DS Anwar menyanyi. Walaun dan lebai kutuk macam dunia dah nak kiamat. Ada sekali tu DS Anwar layankan anak muda berjoget. Goyang badan sikit je dan tak berapa saat pun.


Tapi lebai hentam macam apa. Tapi bila pemimpin sendiri yang berkaraoke dengan anak dara, awal-awal pagi pulak tu, nada menegur macam laki nak pujuk bini tidur awal je. Hipokrit!


Paling mengejutkan, bukan dia tegur atas nama Islam tapi atas nama parti. Ditegur bukan sebab perbuatan itu bercanggah dengan akhlak Islam tapi sebab susah nak back up bila diserang.


Siap cakap lagi kalau nak buat, biarlah secara tertutup. Hoi! Tertutup atau terbuka, perbuatan tu bukan benda yang elok. Kalau betul PAS amr makruf nahi mungkar, mesti tentang keras perbuatan tu!


Begitulah sifat hipokrasi lebai. Sebab itu aku confident kata lebai bukan nak tegakkan Islam. Tapi cuma nak kuasa je. Sebab dengan kuasa datangnya duit. Dengan duit dapat lebih kuasa. Faham?


Aku tahu walaun takkan terima apa aku kata ni. Tapi aku memang tak harapkan apa-apa dari walaun. Aku cuma harap pengundi atas pagar boleh nampak yang mereka ni menunggang agama. Agama hanyalah alat mereka untuk dapatkan kuasa.


Bayangkan, tanpa kuasa pun mereka boleh palsukan kebenaran. Pemimpin mereka buat perkara tak elok pun mereka lindung, apa lagi kalau mereka ada kuasa. Nak percayakan mereka tadbir negara? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENCERAMAH YANG BAGUS TAK SEMESTINYA ILMUNYA PUN BAGUS.


 Bagus tak bagus doktor tu, kalau kita sakit jumpa dia, dia boleh bagi ubat yang sesuai. Tak lama kemudian kita pun sembuh dengan izin Allah.


Kalau kita jumpa doktor, tapi sakit tak sembuh, walau doktor tu kelakar dan selalu hiburkan kita, mungkin si doktor tu tak adalah sebagus mana.


Dengan konsep yang sama, ada penceramah agama yang dapat tarik ramai orang dengan ceramahnya tapi itu tak bererti dia guru yang baik.


Kelau lepas balik dari ceramah, dengan muka yang masih tersenyum terkenangkan lawak yang dia buat, tapi masih lagi tonton porno, masih hisap ganja, masih merempit dan masih buat segala jenis maksiat, nak kata dia bagus macamana?


Ceramah yang bagus, penceramah yang hebat adalah yang dapat mengislahkan masyarakat. Bukan yang berjaya buat hadirin tak kering gusi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DENGAR SAMPAI HABIS : SENARAI YANG DIFITNAH OLEH PUAK KHAWARIJ ....KERANA TIDAK SERASI.


 

SELEPAS TUN DAIM DISIASAT SPRM, BILA LAGI GILIRAN TUN MAHATHIR?


Apabila bercakap tentang Tun Daim Zainuddin, mahu tidak mahu, ia mesti terkait dengan Tun Mahathir Mohamad.


Meskipun sebelum dilantik menganggotai kabinet buat pertama kali dengan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1984 dahulu, Tun Daim memang sudah sedia kaya raya, tetapi kekayaan dan namanya menjadi lebih disebut ramai setelah lantikan itu.


Diperkatakan dan dipercayai ramai bahawa dengan jawatan dalam kerajaan dan menjadi orang kepercayaan Tun Mahathir itulah yang menjadikan beliau tersangat kaya.


Sebelum itu, kalau berselisih bahu pun, barangkali ramai tidak peduli dengannya.


Kemudian, di samping berada di dalam kabinet dan dianggap pemain belakang tabir yang penting dalam banyak krisis dan kejayaan politik melibatkan Tun Mahathir, mama Tun Daim dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu hampir tidak boleh dipisahkan lagi.


Malah, berjayanya Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018 dulu tidak dinafikan adalah turut dengan pelbagai bantuan serta sokongan daripada Tun Daim.


Selepas itu, untuk membantu menjayakan misi Tun Mahathir, Tun Daim turut sanggup menghidupkan lesen peguamnya bagi membolehkah beliau berulang-alik menemui Anwar di Penjara Sungai Buloh untuk merundingkan pelbagai perkara sebelum ketibaan PRU14 pada tahun 2018.


Sebab itu apabila Tun Daim disiasat, sejumlah akaun bank terkait dengannya dibekukan dan terbaru, Menara Ilham, sebuah bangunan pencakar langit setinggi 60 tingkat di tengah-tengah kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur yang menjadi simbol kekayaan keluarga bekas Menteri Kewangan itu turut disita SPRM, pertanyaan yang spontan kedengaran ialah – bila lagi giliran Tun Mahathir?


Apa lagi sepanjang hampir 25 tahun perjuangan Anwar mengejar kerusi impian Perdana Menteri selepas dipecat daripada UMNO pada 1998, sasarannya terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim sentiasa saja basah di bibirnya ketika berceramah di mana-mana.


Kalau pun tidak beribu kali, barangkali beratus kali jugalah Anwar pernah menyebut akan menyiasat dua Tun berkenaan jika ditakdirkan beliau beroleh kuasa suatu hari nanti.


Itulah sebenarnya yang menyebabkan Tun Mahathir tidak pernah diam daripada cuba menghalang kemaraan Anwar, walaupun setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 dahulu.


Bahkan, tindakan Tun Mahathir berbaik semula dengan Anwar dengan sanggup berkunjung ke mahkamah untuk berdamai pada 2016 adalah semata-mata untuk menghalang kemaraan Pengerusi PH itu.


Ia terbukti apabila Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018, beliau didapati begitu liat dan melakukan macam-macam dalih daripada mematuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Anwar.


Beliau juga kemudiannya lebih sanggup meletak jawatan dengan harapan akan terpilih semua sebagai Perdana Menteri tanpa terikat lagi dengan sebarang janji peralihan kuasa.


Nama mahu menyerahkan jawatan Perdanq Menteri kepada Anwar tidak sama sama sekali!!


Benar sebagaimana selalu diperingatkan kepada kita – manusia merancang dan Tuhan juga ada perancangannya – Tun Mahathir akhirnya gagal dalam perancangannya untuk terus kekal berkuasa kerana dikhianati pula oleh Mahiaddin Md Yasin.


Anwar yang dihalang berkali-kali pula, tercapai juga sudahnya impian untuk menduduki kerusi Perdana Menteri selepas PRU15 yang lalu.


Kini, memandangkan Anwar dilihat meraih sokongan yang agak tinggi daripada rakyat berikutan siasatan SPRM terhadap Tun Daim, maka tidak dapat dielakkan ramai yang berharap giliran Tun Mahathir akan menyusul selepas ini.


Kata mereka yang nakal, kalau Tun Daim didapati begitu kaya setelah berada dalam kerajaan, mustahil Tun Mahathir yang melantiknya tidak sama-sama kaya?


Atau mungkinkah barangkali, dicampur dengan kekayaan anak-anaknya, Tun Mahathir sebenarnya lebih kaya daripada Tun Daim?


Cuma satu saja yang pasti, berdasarkan dapatan rambang melalui pertanyaan terbuka dan spontan dengan pelbagai pihak yang sempat saya lakukan, Anwar akan menuai lebih sokongan rakyat lagi jika beliau berjaya membuktikan ada salah laku dalam kekayaan Tun Mahathir dan anak-anaknya.


Terlanjur Tun Mahathir sendiri mengatakan semua Tun perlu disiasat kekayaan mereka, persoalnnya - sediakah Anwar? – ShahbudinHusin 27/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/27/selepas-tun-daim-bila-lagi-giliran-tun-mahathir-untuk-disiasat.html



KITA AMBIL CONTOH LAIN. KALI NI DIA NAK LAGA DENGAN DR MAZA PULAK. SO MUDAH JA JAWAPAN DR MAZA.

 


TAK JUGA SEMUDAH ITU NAK BELI. KALAU BELI SEKALI PUN. SD TAK PAKAI. KENA BELI SARAWAK SEMUA SEKALI. KOT LA UMNO SEKALI. BARU TUMBANG.

 

Ada yng PM aku tunjuk posting group Walabot. Konon PapaGomo begitu yakin kerajaan dah tumbang cuma DS Anwar saja yang belum tahu. Mereka begitu yakin dah dapat beli pemimpin GPS dan GRS. Dengarnya sampai €150 juta akan dibelanjakan.


Tapi dengan GPS tanpa UMNO pun masih tak boleh nak jatuhkan PMX. Mereka yakin dapat beli Zahid ke? Entahlah. Tapi aku pasti ada sesuatu yang mereka buat di sebalik tabir. Mungkin bukan kerja tebuk atap tapi kerja lain. Isu ini cuma diversion.


Kena ingat, PapaGomo bukan walaun. Dia ni suruhan Mahathir. Level dia lain sikit dari walaun lain. Jadi dia bertindak atas arahan Mahathir. Tindakan dia bukan untuk naikkan PN tapi untuk singkirkan DS Anwar. Dia bukan nak Mahiaddin tapi Mahathir.


Dan aku tengok dia jadi semakin galak semenjak kes Menara Ilham milik Daim disita SPRM. Semacam ada bibit-bibit gelabah di situ. Mungkin juga dimainkan isu ini untuk tutup cerita Menara Ilham disita. Supaya penyokong PH tak highlight isu tu.


Lagipun, kalau betul nak buat khianat, dia takkan nak cerita openly. Dia buat diam-diam macam Langkah Sheraton dulu. Tau tau je Mahathir letak jawatan. Tak ada angin tak ada ribut pun. Tu baru cara nak khianat. Bukan belum apa-apa dah heboh.


Rasanya matlamat dia cuma nak buat penyokong PH resah. Kemudian mula tembak menembak sesama sendiri antara parti dalam kerajaan sebab wujud rasa sangsi dan tak percaya antara satu sama lain. Dan itu diharap akan buat Perpaduan terbubar.


Aku percaya gerakan untuk jatuhkan PMX memang sedang giat dijalankan. Tapi aku tak yakin ia akan berjaya. Kalau kita tahu cerita ni, takkan la DS Anwar dan menteri kabinet lain tak tahu? Takkan la Zahid pun tak tahu? Mereka mesti lebih arif. Pasti kerajaan pun dah buat persediaan mereka.


Walaun bayangkan tebuk atap ni macam nak masuk rumah kosong. Silap la! Langkah Sheraton dulu boleh la sebab Mahathir letak jawatan. Masa tu kerajaan dah jadi macam rumah tinggal. Tapi sekarang sitausi dah lain. Rumah ni berpenghuni.


Bukan setakat tu, bumbung pun dah upgrade konkrit dah. Siap pasang pagar elektrik lagi. Guard pun ramai siap dengan watch dog sekali. Selamat mencuba la ye. Semoga gagal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KALAU KERAJAAN GAGALIS PAKAI MAGKOK HAYUN MEREKA INI. MEMANG TAK AKAN NAIK LA. ZAMAN NAJIB DULU MEREKA NI LA JUGA APA JADI PADA NAJIB. ORANG BENCI UMNO. JADI KALAU PN PAKAI MEREKA NI. SAMA LA . ORANG BENCI PN.


Puak puak ni ingat orang sarawak nak pada Pas..Memang dak la..so dua tiga ekoq tiktokers ni dok kata kerajaan nak jatuh...ada pulak yang percaya..apa punya bengong.Tak sekolah ka apa...







 Real story, memang dorang buat kerja habis-habisan nak tukar kerajaan. Pengakuan Premier Sarawak, Abang Jo sendiri, memang ada wakil yang berjumpa dengannya baru-baru ini untuk memujuk GPS supaya menyokong PN. Ini memang berlaku.


Tapi Abang Jo dah tegaskan GPS akan terus bersama DS Anwar dalam Kerajaan Perpaduan. Mungkin cerita yang Jumaat kerajaan bakal tumbang tu sebab yakin sangat GPS akan sokong mereka. Mereka rasa GPS akan setuju kalau Samsuri jadi PM.


Kalau mamat ni kata kerajaan dah tumbang, tak apa. Kita tunggu sidang parlimen berikutnya. Ada tak usul undi tak percaya. Kalau tak ada, memang sembang kari la. Sebab PM boleh hilang jawatan cuma dengan usul undi tak percaya je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KOH KOH KOH..NEH..NEH NEH...AKHIRNYA KENA TENYEH...


 

YANG BERTANYA PUN BODO DAN YANG ULAS PUN BODO...DUA DUA BODO


 

JANJI PALESU PAS. YANG PERCAYA PUN MANUSIA YANG SAMA JA..PALESU JUGA.


 

DIA BUKAN LULUS MESIR KA APA KA..DOK CROTA DIA BELAJAQ BAHASA ARAB BAGAI. KENA TUKAQ PI PULAU KETAM CABUT.


 

ANTARA AUTA DAN FAKTA...TUNGGU SULTAN JOHOR NAIK MAHAZALIM KENA



 

DI AKHIR ZAMANG INI


Mimosa Piduka


•'Taksub'lah pada KEBENARANG walaupung si penutur itu musuh kamu.


•JANGANG taksub pada individu kerana lebai sanjungang kita itu ada kalanya khilaf, atau melazimi dlm menyesatkang org.


Pahang dop?

YB YANG BENAR BERKHIDMAT...BUKAN YB TAK GUNA TU..TAKAT VIRAL JA....


 

PUJAAN HATI WALAUN


 

KEH..KEH KEH...APA PUNYA SIOT.


 

NI SEMUA PEROSAK AGAMA YA NI. PATUT HUKUM SEBAT JA.


 

MB KEDAH NI BUKAN CERDIK SANGAT. DIA JA JADI PUJAAN WALAUN


 

JANGGUT PANJANG SEDEPA PUN MAKI JUGA


DKH-KD  HARON




 2 tokoh agamawan ni ada pengikut masing2 dan berasal dari negeri yang sama iaitu terengganu


seorang tu nama dia datuk dr zulkifli al bakri ada tesis phd dari usm..dia lebih disukai orang ramai panggil nama dia dgn dr zul sahaja dan tak suka dipanggil ulamak..pernah menjadi mufti wilayah ke7 dan boleh memberi fatwa dan walaupun kadangkala fatwanya kurang disokong oleh ramai orang tetapi tugasnya sudahpun selesai untuk agamanya..apabila mufti2 atau ustaz2 di negeri lain tak sokong pandangan dr zul,belum pernah lagi kita dengar mulut beliau memerli atau mencaci maki dengan menggunakan perkataan bodo,natang,setang,kafir dan lain2..pernah viral dahulu tentang bahasa pasar terengganu itu dikatakan adalah biasa..ya mungkin untuk orang awam memang biasa tapi untuk seorang yg tahu tentang agama,bila perkataan itu sering diucapkan itu sangat luarbiasa..apabila agama kita sering dijadikan bahan ketawa,adakah kita hidup dalam khayalan lawak jenaka?


seorang lagi kita tahu ialah ustaz azhar idrus..wataknya berlawanan dengan datuk dr zulkifli al bakri walaupun dari negeri yang sama..


buka hati dan minda,adakah agama islam ikut nafsu kita yang suka ketawa dan jenaka??


“Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya karena ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990 dan Tirmidzi no. 3315. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


tengah trending sekarang sapa benci ulamak boleh unfriend..begitulah taksubnya seseorang terhadap individu yang disukai..malaysia ni ramai je orang yg pandai agama,jadi tak perlu taksub melampau


anda tak suka saya berkata pasal ulamak anda,anda pun boleh unfriend saya..




Khawarij: Bertindak sebelum terlambat

 

MS0 


Khawarij: Bertindak sebelum terlambat

SUSUPAN PAGI

KEWUJUDAN kumpulan parti politik disebut berfahaman Khawarij, yang mengambil pendekatan kekerasan dan sombong hendaklah diberi perhatian serius. Kumpulan ini sombong, langsung tidak boleh ditegur dan menganggap mereka sahaja Islamik. 
Persidangan Majlis Raja-Raja. Hiasan.

Kumpulan ini hanya mengakui mereka sahaja yang benar,  manakala yang lain terkeluar dari Islam, pihak lain semuanya kafir dan wajar diperangi.

Paling membahayakan sejarah kumpulan ini menganjurkan pembunuhan kepada pihak yang tidak selari dengan pemikiran mereka. Dizaman selepas kewafatan Rasulullah S.a.w kumpulan yang tidak bersetuju dengan para sahabat melancarkan pembunuhan ke atas pemimpin selepas Rasulullah.

Pemahaman ini sedang menyubur di negara kita. Perkara ini "disebutdedahkan" oleh mundir Rafit Al Mustopa Machang Muhaizad Muhammad menerusi satu youtubenya yang boleh diakes dalam medsos.

Menurut Muhaizad kumpulan ini ekstrem dan sangat ego tidak boleh dikritik langsung dan akan menganggap mereka sahaja benar manakala golongan lain sebagai kafir.

"Sesiapa yang mengkritiknya akan dianggap kafir, terkeluar dari Islam" tegas Muhaizad.

Membahayakan fahaman ini kerana ia dipraktikan oleh sebuah kumpulan politik. Muhaizad tidak menyebut kumpulan politik itu, tetapi segala tindak tanduk haraki itu mengarahkan kepada fahaman Khawarij dan Syiah yang telah diketahui umum.
 
Kumpulan Khawarij ini sama dengan fahaman politik Syiah yang mana sanggup mengkafirkan dan membunuh pihak yang tidak selari dengan pemikirannya. Jelas Muhaizab pada mulanya berlaku perbahasan politik untuk merebut kuasa dalam Syiah kemudian ia bertukar menjadi iktikad, akidah.

"Mula perbahasan politik untuk merebut kuasa sahaja tetapi ditukar menjadi iktikad," kata Muhaizab. Inilah yang berlaku dan dilakukan oleh kumpulan berkenaan menjadikan fatwa politik sebagai akidah.
Apa disebutdedahkan Muhaizab itu sesuatu yang sangat bahaya kepada kehormonian hidup ummat dinegara ini jika ia dibiarkan tanpda sebarang tindakan tegas.

Justeru sudah sampai masanya kalau pihak berwajib termasuk Majlis Raja-Raja Melayu sendiri membuat satu "dikrit" agar mana-mana kumpulan politik tidak dibenarkan terjebak dengan fahaman berkenaan, apa lagi mengambil fahaman itu sebagai akidah politik.

Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam wajar bersidang untuk membuat semakan dan ketatapan, kalau perlu mengharamkan parti yang mengambil fahaman berkenaan, diharam, haramkan.. kerana ia sangat merbahaya.

Terutamanya parti yang bernuansa Islam yang menggunakan Islam sebagai nama parti mungkin boleh dipertimbangkan semula kebenarannya kerana kencenderungan mereka ke atas itu lebih besar. Sekiranya penggunaan nama Islam boleh menimbulkan masalah, menjejaskan kestabilitan kerajaan elok sahaja ia diharamkan.

Adalan sangat bahaya kedudukan dan nama Islam dipakai dalam parti politik apabila ia diguna untuk merancuni dan menuba pemikiran rakyat dengan tujuan memberi gambaran bahawa parti mereka sahaja berhak memperjuangkan Islam, manakala parti lain tidak. 

Rakyat yang tidak berpengetahuan dan taksub akan berpegang parti berkenaan sahaja yang patuh "disujudi".Mengajak rakyat berpegang kepada sesuatu yang karut adalah berdosa dan merugikan negara.
 
Selain daripada itu, Kementerin Dalam Negeri (KDN) juga perlu mengambil langkah pencegahan penyebaran fahaman Khawarij seperti disebutdedah Muhaizad itu. Saifuddin Nasution Ismail boleh meminta mana-mana badan membuat penyedilikan berhubung hal ini untuk diambil tindakan.
Apa-apa peristiwa yang berbau tindakan politik berunsurkan fahaman berkenaan sebelum ini mungkin boleh dijadikan hujah dan alasan untuk bertindak. 

Jangan tunggu terlalu lama untuk mengambil tindakan. Suatu masa dahulu Mahathir Mohamad semasa menjadi PM pernah mencadangkan untuk bertindak ke atas parti menggunakan Islam sebagai nama, tetapi tidak diteruskan. Mungkin Mahathir takut kehilangan kuasa dan tentangan dari puak-puak itu. Anehnya hal sama dilaksanakan ke atas Jemaah Darul Arqam tanpa berhadapan dengan masalah besar. Bukankah ekoran penjernihan ke atas Arqam itu akhirnya menyedarkan ahli jemaah berkenaan yang disesatkan oleh pemimpinnya sebelum ini. 
 
Rasanya tidak perlu takut kepada tentangan balik dari puak-puak itu, melawan musuh untuk menegakkan kebenaran dan melupuskan kekufuran adalah WAJIB. Baik rebah sekali daripada suatu hari rebah tidak boleh bangkit lagi. Baik kalah kerana menegakkan yang haq daripada bersikap tawakus kerana takutkan kepada tindakan musuh. Trims. [wm.kl. 11:17 am 26/12/23]