Himpunan Viva Palestin: Larangan bertakbir bukan pendirian kerajaan


 Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan kontroversi larangan bertakbir dan menaikkan sepanduk ketika perhimpunan solidariti Palestin anjuran Viva Palestin adalah pendirian pihak penganjur.


Justeru Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ketetapan yang dibuat itu adalah kuasa budi bicara pihak penganjur.


"Dalam satu himpunan, akta yang mengawal ialah Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mana ia meletakkan tanggungjawab penganjur, peserta dan pasukan polis.


"Oleh itu, (sama ada) boleh atau tidak perhimpunan oleh satu pertubuhan mengenakan apa-apa sekatan ia tidak mencermin pendirian kerajaan," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta adakah kerajaan mengeluarkan sebarang garis panduan berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman.


Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, Malaysia kekal mendokong penuh perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman yang dibuat rejim Israel.


"Isu pokoknya solidariti rakyat yang dijajah serta nyawa 2 juta rakyat Gaza.


"Sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adakan pertemuan dengan pemimpin Mesir, Arab Saudi dan Turki (menghentikan konflik Palestin-Israel).


"Jadi soal boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita juga jelas. Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dengan sendiri kita menidakkan sokongan (Israel)," ujarnya lagi.


Sementara itu, semalam, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM) yang juga penganjur himpunan ‘Freedom for Palestine’ Datuk Dr Musa Mohd Nordin memohon maaf atas tindakannya yang didakwa melarang peserta melaungkam takbir selain merampas sepanduk imej kecaman kepada Netanyahu.


Jelasnya, pihak penganjur menyedari tindakan tersebut menimbul ketidakpuasaan hati pelbagai pihak.

[laporan polis] KEBIADAPAN RATU FITNAH DALAM MEMFITNAH TINDAKAN TERDESAK...



Satu Laporan Polis oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap fitnah mengaitkan YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan perjumpaan yang kononnya dianjurkan oleh isteri pemimpin Israel beserta fitnah-fitnah sisipan lain yang sengaja ditimbulkan di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur 23.hb Oktober 2023





RENTASAN 1472 | PANAS!! KINI PAS TERPAKSA BERDEPAN DENGAN GOLONGAN 'ORAN...




MENARIK DALAM RENTASAN 1472
1. HANYA JAUHARI KENAL MANIKAM 2. KITA BERSATU DALAM SOLIDARITI 3. SIAPA “ORANG MENIPU DAN ORANG JAHAT” ITU?







RENTASAN 1473 | PANAS!! MOTIF SEBENAR PAS, HARAKAH ENGGAN BAYAR HUTANG K...




MENARIK DALAM RENTASAN 1473
1. HUTANG TAK BAYAR, MANA INTEGRITI PAS? 2. PAS BAKAL MATI KEMPUNAN? 3. KEPURAAN DAN TIADA MASA 4. ANTARA BEKAS BANDUAN DAN PRESIDEN PERASAN




KEADILAN buat laporan polis, siasat fitnah ke atas Wan Azizah




 Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi mangsa terbaharu fitnah di media sosial oleh puak fanatik politik.


Susulan itu, KEADILAN Bandar Tun Razak membuat tiga laporan polis terhadap empat pemilik akaun media sosial berhubung dakwaan video fitnah ke atas Dr Wan Azizah kononnya dikaitkan dengan Israel.

Ketua Wanita Cabang, Jamilah Syed Mohamed yang ditemui pemberita selepas memfailkan laporan itu berkata, hantaran di media sosial itu jelas berniat jahat untuk menyebarkan fitnah dan memberi gambaran seolah-olah isteri perdana menteri itu menyokong Israel.


"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas dan tangkapan berlandaskan undang-undang negara.


"Video seperti ini boleh menjatuhkan reputasi ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai isteri Perdana Menteri dan juga reputasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di Kuala Lumpur pada Isnin.


Ditengah konflik Palestin dan Israel yang sedang memuncak di Gaza, tiga pengguna media sosial pada Ahad dikesan memuat naik gambar dan video Dr Wan Azizah yang disunting.


Difahamkan, gambar yang disunting adalah gambar Wan Azizah bersama isteri pemimpin-pemimpin dunia lain termasuk isteri Perdana Menteri Turkiye, Emine Erdogan diraikan dalam satu majlis anjuran Wanita Pertama Amerika Syarikat bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di Amerika Syarikat, pada 21 September lepas.

Isu pelajar terkandas selesai perbincangan PM - Sheikh Al-Azhar


 Pertemuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmed Al Tayyeb pada lawatan kerjanya ke Mesir membawa berita gembira.


Hasil perbincangan diadakan berjaya menyelesaikan masalah dihadapi 60 pelajar dari Pahang yang sebelum ini tidak dapat meneruskan pengajian di universiti Islam terkemuka itu.


"Jalur (saluran) yang ditetapkan Universiti Al-Azhar ialah semua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut.


"Bagaimanapun, saya sudah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak Pahang itu diurus secepat mungkin dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi sudah memberi jaminan.

"Tetapi saya juga beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini tidak akan berlaku lagi, insya-Allah, semua negeri diharap mematuhi peraturan sedia ada kerana ini syarat ditetapkan Kerajaan Mesir dan Universiti Al-Azhar, alhamdulillah selesai," katanya dipetik di akhir lawatan kerja seharinya ke Mesir


Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ahmed dan ketibaan beliau di Al-Azhar disambut Timbalan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Muhammad Abdur-Rahman Al-Duwini.


Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.


Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Sheikh Al-Azhar itu bersetuju membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, pada suku pertama tahun depan.


"Kunjungan beliau itu akan kita manfaatkan dengan penganjuran sidang Islam serantau, supaya kita mendapat manfaat daripada kehadiran dan gagasan beliau," katanya sambil memaklumkan Malaysia bersama Al-Azhar, akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan ditugaskan untuk menyelaraskan penganjurannya.