RENTASAN 1469 | PANAS!! TERNYATA ISLAM GAGAL DIPERKASA, DIMARTABATKAN DI...
Sesi PMQ DS Anwar Ibrahim - Isu Dedolarization, Nilai Ringgit dan Kos Sa...
TUNJUK BUKTI JIKA BETUL MP KUALA KANGSAR DIUGUT, ANWAR CABAR HAMZAH
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin atas dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut agar menyokong kerajaan.
Anwar berkata ia merupakan satu dakwaan serius dan Hamzah seharusnya mengemukakan bukti berkaitan kepada pihak berkuasa.
“Kalau ada bukti, dia patut keluarkan (bukti). Jangan pakai bebal saja.
“Kalau ada (bukti), ini satu tuduhan yang serius. Dia patut buat laporan agar ada siasatan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Iskandar yang merupakan ahli parlimen Bersatu mengumumkan sokongannya terhadap Anwar.
Hamzah kemudian mendakwa SPRM telah mengugut Iskandar agar berbuat demikian jika tidak ingin dihadapkan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Dalam pada itu, Anwar turut menafikan dia ada menghubungi Iskandar atau menghantar wakil untuk bertemu dengannya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/683228
PM NYATAKAN SOKONGAN JITU MALAYSIA BANTU RAKYAT PALESTIN MENERUSI PERBUALAN TELEFON DENGAN KETUA HAMAS
1. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika perbualan menerusi telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.
2. Dipetik dari laman Facebook Perdana Menteri, beliau menyatakan sokongan agar pengeboman Israel di Gaza dihentikan serta penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.
3. Beliau turut mengkritik Israel agar meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, melaksanakan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mengejar resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.
4. Perdana Menteri pada masa yang sama turut menyatakan komitmen Malaysia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan khususnya makanan dan ubat-ubatan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.
5. Serangan pengeboman Zionis Israel sejak 10 hari lalu menyebabkan seramai 2,670 rakyat Palestin maut termasuk 750 kanak-kanak dengan jumlah mangsa yang cedera pula meningkat kepada 9,600 orang.
Sumber: Astro Awani
#KomunikasiKomuniti
#MalaysiaMADANI
#PilihPerpaduan
MACAI ATOK MEMANG TAK BOLEH BUAT APA...DIA JADI MBS DULU PUN TAK BOLEH BUAT APA PUN
Syed Saddiq punya hujah, sebuah keluarga 6 orang (ibu, ayah dan 4 orang anak), perlukan 5 papan telur sebulan. Maknanya 150 biji sebulan, 25 biji seorang setiap bulan, iaitu hampir tiap-tiap hari setiap orang makan sebiji telur.
Aku tak tahu kajian mana yang dia ambil. Tapi aku sendiri yang satu keluarga ada 9 orang, aku suami isteri, 6 orang anak kami dan mak aku, rasanya tak sampai 5 papan pun sebulan. Kecuali kalau aku ada masak special.
Cerita telur ni cerita kecil je. Tapi yang aku nak ulas, aku kesian tengokkan Saddiq ni. Nampak sangat dah terdesak nak kritik DS Anwar, sampai terpaksa guna fakta yang kelakar. Tak tepat tu satu hal. Ini kelakar, satu hal lain.
Betul, tanpa harga siling, memang harga telur dan ayam boleh melonjak. Tapi kena ingat, harga telur dan ayam jadi tak stabil hanya selepas Mahiaddin jadi PM. Masa tu bekalan tak menentu selain harga dedak yang meningkat.
Masa Ismail baru ditetapkan harga siling. Kenapa harga siling perlu waktu itu? Sebab kedua-dua PM itu tak mampu selesaikan masalah bekalan telur. Harga siling ditetapkan konon untuk bantu rakyat tapi dalam masa yang sama membunuh industri.
Kalau kedua-dua PM ini mampu pulihkan bekalan telur dan ayam, harga ayam dan telur tak perlu naik mendadak dan tak perlu pun ditetapkan harga siling seperti tahun-tahun sebelum Mahiaddin jadi PM dulu. Faham tak ni?
Berpuluh tahun harga telur terkawal tanpa harga siling, hari ini, hanya selepas 2 tahun harga siling ditetapkan, tiba-tiba MP pembangkang terutamanya Saddiq ni jadi gelabah biawak bila nak apungkan semula harga. Dah kenapa?
Bekalan dah pulih sekarang. Dah banyak tempat yang tawarkan ayam kurang dari harga siling. Jadi tak payahlah jadikan ini isu. Industri ini perlu juga diselamatkan agar tidak mati disebabkan tekanan yang dikenakan.
Kalau habis semua benda nak ditetapkan harga, maka negara kita lebih teruk dari negara komunis. Tapi dalam berhujah, aku nampak si Saddiq ni dan MP PN yang lain macam nak Malaysia bertindak seperti negara komunis pula.
Ini pokok pangkalnya hati. Sebab hati tu dah hitam sangat, sampai terpaksa reka isu dari perkara yang bukan isu semata-mata nak nampakkan dia saja yang betul dan lawannya salah. Walau tanpa hujah yang konkrit. Guane boh?
Raja Gelap II
.
TAK HABIS LAGI BAB CUKAI PERKHIDMATAN 2%? AWAT PIANG SANGAT NAK FAHAM
Tak habis la cerita cukai perkhidmatan naik 2% ni. Tadi ada orang tunjuk video Mat Saleh mana bising subsidi akan dihentikan untuk T20 pulak. Aku pun tak pasti Mat Saleh tu orang Malaysia ke bukan.
Dia macam ni. Masalah negara kita sekarang ini, hutang dah menggunung hingga mencecah RM1.5 trillion. Kalau negara teruskan tren berhutang begini kita boleh bengkrap tak berapa lama lagi.
Kenapa hutang kita tinggi? Sebab 3 tahun terakhir ni perbelanjaan besar, ketirisan banyak berlaku dan pelaburan kurang masuk. Ketirisan sedang dikawal, pelaburan juga sedang diusahakan. Sekarang ini masa untuk kurangkan perbelanjaan.
Apa punca perbelanjaan negara tinggi? Salah satu darinya adalah kerana subsidi. Belanja subsidi lebih besar daripada belanja pembangunan. Jadi sesuatu harus dibuat. Tapi takkan nak tarik terus subsidi?
Belanja subsidi tinggi sebab ia diberi kepada pihak yang tak layak. Contohnya golongan maha kaya. Golongan ini sapu lebih 50% daripada peruntukan subsidi petrol. Sebab kenderaan yang dorang pakai jenis minyak larap. Lebih dari sebijik pulak tu.
Golongan lain adalah pendatang asing. Mereka ni bukan rakyat tempatan. Tapi mereka yang bedal subsidi kita. Sebab tu kerajaan kena kawal. Kalau tak, akan jadi kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Jadi subsidi ni tak boleh disifarkan terus. Sebab ada ramai lagi rakyat yang perlukan. Itu yang lahir idea subsidi bersasar. Pun begitu, kerajaan masih perlu dana untuk tampung perbelanjaan.
Sebenarnya mana-mana kerajaan pun, cara buat duit adalah melalui cukai. Suka tak suka, kerajaan perlu, sama ada perkenal cukai baharu atau naikkan cukai yang sedia ada. So kerajaan ini pilih naikkan cukai perkhidmatan.
Tapi niat kerajaan masih lagi tak mahu bebankan orang miskin. Jadi untuk perkara yang paling selalu diguna iaitu makanan, minuman & telekomunikasi diberikan pengecualian. Supaya rakyat terutamanya yang miskin tak terasa kesan secara langsung.
Tapi pengilang, pengeluar tetap akan terkesan juga. Kos mereka akan naik contohnya dari segi logistik dan ada kemungkinan nanti mereka akan pindahkan kenaikan kos tersebut kepada pengguna akhir iaitu rakyat marhaen.
Betul, kos mereka akan naik. Tapi berapa banyak? Mereka mungkin pindahkan kenaikan kos tu kepada pengguna tapi berapa banyak? Kenaikan yang mereka alami cuma 2% peratus sahaja. Kena ingat.
Jadi kepada semua yang bising ni, aku nak tanya. Apa idea korang nak kurangkan hutang negara? Nak hentikan terus subsidi? Mana lebih membebankan rakyat, hapuskan subsidi atau naikkan cukai 2%?
Begitu juga yang bising kos golongan maha kaya (bukan T20) akan naik kesan subsidi dihentikan bagi mereka. Jadi nak teruskan subsidi itu? Dari mana kerajaan nak cekau duit? Tambah hutang?
Masing-masing komen bukan main bijak. Tapi idea tak ada. Masa PN memerintah dulu, apa yang PN buat? Tambah hutang je. Belanjawan defisit setiap tahun. Itu namanya nak musnahkan negara.
Ada pula mangkuk yang cadangkan GST. Bukan aku tak setuju GST tapi bukan masa ini. Ekonomi masih belum pulih selepas dirosakkan oleh PN. Rakyat masih susah. Masa ini, naikkan cukai perkhidmatan 2% adalah yang paling minimum impaknya kepada marhaen.
Kebanyakan yang berkata buruk sebenarnya bukan kisahkan kewangan ataupun survival negara. Tapi semuanya lebih kepada politik. Mereka ni berniat jahat, hanya nak menampakkan DS Anwar jahat je.
Hakikatnya kalau difikirkan, kita tak ada pilihan lain. Kalau nak teruskan subsidi dan tak naikkan cukai, kita kena teruskan berhutang dan kemudian jatuh bengkrap.
Atau kawal subsidi, naikkan cukai yang paling sikit kesannya secara langsung kepada rakyat miskin dan kurangkan hutang supaya negara kita boleh lebih makmur di masa akan datang. Boleh berfikir? Guane boh?
Raja Gelap II
.
MALL MULAI KOSONG KERANA TEKNOLOGI
Hanya di Malaysia Mall tumbuh bak cendawan. Sdgkan trend masakini dunia sudah berlaku perubahan dan menjadi isu dipanggil retail closure.
Teknologi telah ubah gaya hidup atau market berhavior masakini masyarakat dunia. Masyarakat mula gemar shopping online kerana mereka tidak bersesak ke Mall dgn kos petrol, tol dan parking.
Kebanyakkan Mall saya kunjungi di KL selain Pavilion, KLCC, Mid Valley dan IOI Mall Putrajaya…yg lain hanya dipenuhi 40-70% sahaja. Byk landlords kerugian apabila tenancies tutup bisnes.
Pavilion Bukit Jalil satu jenama besar tetapi di sini byk lot kedai masih kosong. Ini kerana terlalu byk Mall di Lembah Klang. Yg pelik bila Pavilion Bukit Jalil tidak mendapat sambutan, Pavilion masih berani buka Mall terbaru mereka di Damansara.
Teknologi mengubah manusia membeli dari rumah secara online. Manakala produk jenama besar mula perlahan lahan menutup outlet kerana dgn penutupan ini mereka boleh menjual dgn harga lebih murah.
Tanpa membayar sewa, tanpa membayar gaji staff, tanpa membayar bil elektrik dan sebagainya… kos mereka lebih rendah utk menjual harga jauh lebih murah daripada outlet.
Disebabkan itu semakin byk jenama dunia mula menutup outlets mereka di seluruh dunia. Jadi cukuplah meluluskan pembinaan kompleks membeli belah lagi. Trend berubah dan ikuti perkembangannya.
KALAU ADA SEKALI PUN YANG NAK SERTAI. ELOK PERTIMBANGKAN LAH. TAK PERLU TERGESA GESA MENERIMANYA.
PAS mengamalkan sistem terbuka dan tidak akan menghalang mana-mana perwakilan membahaskan sebarang isu termasuk tawaran menyertai kerajaan perpaduan sepanjang muktamar tahunan parti itu hujung minggu ini.
Bagaimanapun, menurut timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man isu tawaran menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka tidak menjadi topik utama.
Ini kerana, menurutnya, ahli PAS sangat memahami dasar permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).
“Keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri jelas bahawa rakyat bersama PN. Kami akan terus pertahan janji dan komitmen kepada pengundi.
“Oleh demikian, saya menjangkakan isu ini tidak menjadi topik utama kerana ahli parti memahami dasar permuafakatan politik Pas di dalam PN,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini.
Anwar dalam temu bual bersama Time Magazine yang disiarkan dalam talian pada 11 Oktober lalu berkata, dia pernah menjemput PAS bersama kerajaan perpaduan pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Anwar berkata, syarat dasar utama ialah, agar PAS menerima bahawa walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, dan setiap rakyat mempunyai tempat. Namun, katanya, pelawaan itu telah ditolak.
Perdana menteri bagaimanapun memberi gambaran bahawa pintu untuk PAS menyertai pentadbirannya masih terbuka.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, isu Palestin adalah antara topik yang bakal disentuh oleh semua perwakilan termasuk muktamar tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS.
“Saya jangka ada tiga isu besar. Pertama, isu kos sara hidup dan ekonomi, kedua, isu pemerkasaan parti daripada segi penyediaan barisan kepimpinan dan pelapis akan datang. Ketiga, saya lihat isu nasional iaitu isu yang berlaku di Palestin.
“Saya lihat para perwakilan agak teruja untuk muktamar kali ini lebih-lebih lagi dengan pencapaian kita dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15) dengan memenangi empat negeri. Begitu juga dengan keputusan di Selangor dan negeri lain,” katanya lagi.
Muktamar Tahunan PAS ke-69 kali ini akan diadakan di Shah Alam dari 20 hingga 22 Oktober ini.
MÃ laysiakini.
PM GESA NEGARA ISLAM TERUS TEKAN ISRAEL
Malaysia mengajak pemimpin-pemimpin negara Islam memberi tekanan kepada Israel agar segera menghentikan tindakan zalim terhadap penduduk Palestin.
Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat sambil menegaskan Malaysia akan terus menggunakan semua platform termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menekan Israel.
“Saya telah menghubungi beberapa pemimpin Islam untuk menyatakan kita sedia menyokong sama ada menerusi OIC atau juga rencana lain bagi memberi tekanan agar kegilaan dan kezaliman ini dihentikan.
“Dengan ini, saya memutuskan tambahan permulaan dana daripada kerajaan sebanyak RM10 juta dan saya mahu pastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta,” katanya dipetik ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani semalam.
Beliau sementara itu menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sidang dewan yang menzahirkan rasa mual ke atas tindakan Israel ke atas Gaza.
Anwar pada Selasa ketika mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan bahawa rakyat Malaysia akan terus dan tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung perkembangan semasa konflik antara Palestin dan Israel yang semakin memuncak ketika ini.
Kementerian Kesihatan Palestin setakat Khamis mengumumkan, sebanyak 1,537 rakyat Palestin terkorban di Gaza akibat peperangan.
'Pengapungan harga ayam, telur jika bekalan pulih, harga rendah'
Oleh: Abdullah Zaid
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan
sebelum ini akan ditamatkan dan diapungkan kembali sekiranya harga telah stabil
serta kembali rendah.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) berkata
peruntukan subsidi RM3.7 bilion untuk telur dan ayam selama ini hakikatnya
turut dinikmati golongan ‘maha kaya’ dan 3.7 juta warga asing.
"Melihat keadaan harga pasaran, bila harga itu kurang
daripada harga siling seperti sekarang. Dan harga ayam dan telur di Thailand
lebih rendah daripada Malaysia (tidak berlaku penyeludupan), maka tiba masanya
kita apungkan.
"Kalau benar ada kekurangan kita akan cambahkan daripada
stok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok
ayam dan telur dan saya telah beritahu menteri untuk membeli dari Thailand
andai kata ada keperluan," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan
Menteri (PMQT) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk
mempertimbangkan pemberian subsidi tunai bagi bantuan lain sekiranya perlu.
"Cadangan pemberian tunai itu sedang dipertimbangkan untuk
beberapa urusan lain dan akan diumumkan kelak.
"Ia difikirkan untuk mengelak ketirisan dan manfaat kepada
warga asing," ujarnya lagi.
Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengumumkan
kawalan harga sementara bagi ayam dan telur tidak akan diteruskan sekiranya
keadaan telah pulih.
Langkah tersebut dilakukan selepas memastikan bekalan bahan
makanan itu mencukupi di pasaran.
KPM cadang hadis 40 diperluas ke seluruh sekolah kebangsaan
Oleh: Abdullah Zaid
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk
memperluaskan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ke semua sekolah
kebangsaan pada tahun depan.
Menterinya, Fadhlina Sidek (PH-Nibong Tebal) berkata, modul
penghayatan itu hanya akan diajar kepada pelajar dan guru beragama Islam dalam
semua aktiviti yang dilaksanakan.
"Modul ini dibangunkan Kementerian (KPM) dan diselaraskan
dengan JAKIM bagi memastikan kupasan hadis dalam modul terbabit sesuai dengan
tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.
"Modul penghayatan ini bukanlah mata pelajaran baharu, namun
modul itu adalah bahan pengayaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan ia
juga tiada pertindanan dengan mata pelajaran Islam sedia ada.
"Oleh itu, KPM merancang untuk perluasan aktiviti penghayatan
ini ke semua sekolah KPM yang hanya akan membabitkan murid beragama Islam saja
mulai tahun 2024," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,
hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata model penghayatan pada ketika
ini hanya dilaksanakan secara rintis melibatkan sekolah menengah kebangsaan
agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) sahaja.
"Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau luar
bilik darjah selain pihak sekolah boleh merujuk model itu dengan memuat turun
Digital Educational Learning Initiative Malaysia atau Delima bagi memastikan
aktiviti penghayatan itu dapat dilaksanakan dengan baik," ujarnya lagi.
Pada 19 Ogos lalu KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam
Nawawi yang bertujuan bagi memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan
memperkasakan kefahaman agama.
ABIM PERSOAL PRESIDEN UKRAINE SOKONG ZIONIS ISRAEL
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kecewa di atas kenyataan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan serangan sayap bersenjata Hamas ke atas Israel sebagai serangan pengganas.
Sedangkan kata Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Zelensky yang diserang oleh Rusia memainkan naratif membela diri sama dan tanah air sebagaimana rakyat Palestin yang diganasi Israel setiap hari.
“ABIM mengecam sikap Zelensky membela tindakan penceroboh rejim Zionis yang terus menerus membedil Gaza di wilayah Palestin yang bergolak.
“Sedangkan dalam isu penentangan Ukraine terhadap pencerobohan Rusia, lagu yang didendangkan mereka adalah perjuangan rakyat Ukraine mempertahan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan.
Faisal dalam pada itu turut menggesa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) agar tidak terus berdiam diri dan memanggil sidang tergempar mengecam tindakan Israel yang telah melewati batas kemanusiaan mengebom penempatan orang awam setiap hari.
Katanya, pemimpin Zionis telah melakukan jenayah perang dengan membunuh rakyat Palestin tidak bersenjata dan mereka seharusnya didakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa.
“ABIM menggesa agar Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya rejim Israel menghentikan serangan ketenteraannya ke atas wilayah Gaza melalui gencatan senjata, dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.
“ABIM juga mendesak PBB menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa jenayah perang yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya lagi.
Serangan udara Israel ke atas Palestin sehingga kini telah mengorbankan 1,500 jiwa. Terbaharu, Israel memberi kata dua kepada penduduk Palestin untuk melarikan diri ke selatan Gaza dalam tempoh sehari sebelum serangan darat besar besaran bermula.
Kebanjiran banduan, KDN terokai kaedah baharu - Saifuddin
Oleh: Abdullah Zaid
Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti kaedah baru bagi
menanggani masalah kebanjiran banduan di 13 penjara.
Menterinya, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata
penghuni di 40 penjara seluruh negara ketika ini ialah 75,629 orang melebihi
4,153 atau 5.8 peratus kapasiti asal penjara.
Justeru, katanya. kerajaan sedang mengambil beberapa langkah dan
cadangan, antaranya pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib, pengenalan
parol serta memperkenalkan penahanan di rumah (home detention) bagi tujuan
mengelakkan penjara terlalu padat.
"Sejak tahun 2008, lebih 40,000 parol dikeluarkan, pembebasan
berlesen sehingga 23,000 orang, perintah kehadiran wajib pula 6,000 orang, jadi
mereka berada di luar dan penjara kurang sesak.
"Selain itu, kita akan laksanakan hukuman alternatif misalnya
kita sedang meneroka idea melaksanakan penahanan di rumah, mereka tak berada di
tembok penjara, mereka berada di luar tapi dengan pemasangan gajet. Kita sedang
di fasa akhir untuk menguruskan sedikit tafsiran undang-undang," katanya
ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, KDN juga kata Saifuddin, akan meminda Akta Penagih
Dadah yang menjadi punca banduan paling ramai direkodkan.
Jelasnya, individu yang melakukan jenayah itu akan ditempat terus
ke pusat pemulihan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK).
"Di penjara sekarang, sebanyak 35 peratus adalah tahanan
reman dan kadang-kadang tempoh tahanan itu lebih lama daripada pendakwaan.
"Itu satu kezaliman buat mereka, jadi sekarang Jabatan
Penjara, Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman sedang berbincang apakah boleh kes
diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," ujarnya lagi.
RMK-12: PENERANGAN EKONOMI MADANI KE PERINGKAT DAERAH
Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat akan diterangkan kepada rakyat ke seluruh pelosok negara.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam satu siaran media.
“Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 kini menjadi dokumen untuk rujukan dasar kerajaan, pihak industri dan rakyat dalam merealisasikan Ekonomi MADANI.
“KSP RMK12 merangkumi aspek-aspek yang lebih luas, termasuk sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosio-budaya, dan sebagainya.
“Ini menunjukkan pendekatan yang holistik dalam perancangan pembangunan negara,” katanya.
RMK, menurut Rafizi akan dibawa berdiskusi bersama rakyat di mana orang ramai boleh bertanyakan soalan. Dan hal itu belum pernah dilakukan kerajaan sebelumnya.
“Selepas ini, Kementerian Ekonomi akan turun ke daerah-daerah di seluruh negara untuk menerangkan Ekonomi MADANI dan program-program ekonomi terbaru daripada kerajaan.
“Orang ramai boleh tanya soalan dan berdiskusi lanjut berkenaan rancangan kami,” katanya lagi.
Ops Jamin periksa 31,100 kedai, pastikan bekalan beras cukup
Oleh: Abdullah Zaid
Ekoran kekurangan bekalan beras, Kementerian Perdagangan dan Kos
Sara Hidup (KPDN) melakukan Ops Jamin bagi memeriksa 31,100 premis di seluruh
negara.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, operasi yang
dijalankan itu turut melibatkan kerjasama Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan (KPKM).
Jelas Fuziah, kolaborasi itu antara lain bagi memastikan beras
putih tempatan (BPT) dijual pada harga stabil dan terkawal selain untuk
mengembalikan semula keyakinan rakyat dalam menangani kenaikan harga barang.
"Seperti hari ini kita turun sendiri melihat keadaan bekalan
dan harga beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Sebelum ini kita maklum, negara
berhadapan dengan masalah bekalan beras.
"Selain itu, KPDN membuat jualan Rahmah beras iaitu kita jual
beras import dengan harga Rahmah lebih kurang dengan harga beras tempatan.
Kalau kata tiada beras, kita akan bantu sampaikan kepada KPKM.
"Tapi kalau terima aduan beras tempatan ditampal label beras
import, kita akan siasat bawah akta berkaitan. Ada beberapa siasatan yang sudah
dimulakan di mana beberapa laporan sudah saya terima," katanya.
Justeru itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan
keras terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan aktiviti
tersebut.
"Empat kes melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011 dan dua kes
melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 menjadikan 10 kes secara keseluruhannya
telah diambil tindakan oleh KPDN," ujarnya lagi.
Sebagai rekod, Ops Jamin yang mula dijalankan sejak 7 Julai lalu
hingga semalam itu dilancarkan bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi
selain memastikan BPT dijual pada harga terkawal iaitu RM2.60 sekilo (kg).



